Dalam perjalanan, Minhee terlanggar seorang perempuan yang sedang membawa buku yang banyak. Buku-buku itu habis bertaburan dilantai. Perempuan itu lantas mengutip buku-buku tersebut. Minhee yang tersedar cepat menolongnya. Buku itu dihulurkan kepadanya.
"Joseonghamnida," ucap Minhee sambil menunduk beberapa kali. Dia mendongak, memandang orang yang dilanggarnya. Matanya melirik ke arah teg nama perempuan itu. Matanya membulat.
"Joseonghamnida, sunbae. Saya betul-betul tak perasan." Daein hanya tersenyum. Ya, namanya Daein.
Orang pasti ingat Daein ini adalah seorang yang gedik, annoying dan banyak lagi hanya kerana nama. Kim Daein. Bagi mereka, nama Daein adalah seorang yang gedik. Tapi ia bertentangan dengan anggapan mereka. Daein memakai kaca mata besar, baju yang lebih besar daripada tubuhnya juga selalu membawa buku ke mana-mana saja. Ya, nerd.
Minhee membalas senyumannya dan mencuba untuk mengambil separuh buku yang dibawa Daein. Daein menolak pertolongan Haneul tetapi, Haneul menjadi seorang yang degil, dia tetap mengambil buku itu. Dia tersengih.
"Nak hantar buku ni dekat mane?" Daein bingung tetapi dia masih menunjukkan arah untuk menghantar buku-buku itu.
Mereka berjalan seiringan. Oleh kerana suasana terlalu senyap, Minhee memulakan bicara. "Sunbae masih ingat saya, tak?" Daein mengeleng.
"Saya yang teman sunbae mase dekat library haritu. Ingat tak? ingat tak?" Daein membetulkan kaca matanya. Dia mengimbas kembali kejadian itu.
"Oh, awak ke? hampir-hampir saya tak ingat sebab gaya rambut awak tu," ujar Daein. Minhee memegang rambutnya.
"Kenape? gaya rambut ni tak sesuai dengan saya ke? ah, saya patut-"
"Eh tak tak! semuanya okey cuma yelah.. sunbae tak pernah nampak awak dengan rambut lepas." Minhee tersengih. Sebenarnya, sebentar tadi dia pergi ke tandas untuk membetulkan rambutnya tepi pengikat rambutnya hilang.
Daein membuka pejabat guru dan mencari meja Puan Park. Setelah menjumpai, dia dan Minhee meletakkan buku itu di atas meja. Semasa mereka ingin keluar dari situ, Cikgu Hana tiba-tiba memanggil Minhee. Minhee menyuruh Daein keluar sementara menunggunya.
Minhee menunduk hormat kepada Cikgu Hana. "Ye, saem?" Cikgu Hana menyerahkannya sebuah telefon yang berjenama Iphone 6.
"Tolong bagikan telefon ni pada Kim Mingyu. Dia tertinggal dekat makmal. Saya banyak kerja. Terima kasih ye Minhee," kata Cikgu Park tanpa memandangnya. Tangannya laju menulis difail yang berwarna biru itu. Minhee mengangguk dan membawa telefon itu ditangan.
Minhee mengeluh, dalam ramai-ramai manusia tetapi kenapa mesti Mingyu? sudahlah kelas sunbae-sunbae berada ditingkat atas sekali. Tak larat dia nak menaiki tangga yang berserupa bukit itu. (-.-)
Minhee keluar dan terlihat Daein sedang menunggunya di tepi tangga.
"Jom sunbae," ajak Minhee. Tiba-tiba dia terperasan akan sesuatu.
"Sunbae kelas sama dengan Mingyu, kan?" soal Minhee, meminta kepastian. Daein mengangguk. Minhee bersorak riang. Dia memberi Daein telefon itu.
"Ni telefon Mingyu, dia tertinggal dekat makmal. Bagi dekat dia eh?" Daein membelek telefon kepunyaan Mingyu itu. Minhee menunggu balasan daripada Daein.
"Okay." Sekali lagi Minhee bersorak riang. Tidak perlulah dia berpenat lelah semata-mata hanya untuk memberi telefon itu kepada tuan empunya.
Tiba ditingkat satu, Daein mengucapkan terima kasih kepada Minhee kerana menolongnya tadi.
"Hal kecik je. Lain kali panggil saya lagi kalau perlukan bantuan."
"Oh kalau macam tu, bagilah nombor telefon awak dekat sunbae." Daein menghulurkan telefon pintarnya kepada Minhee. Minhee meletakkan nombor telefonnya.
"Saya masuk kelas dulu. Bye sunbae." Daein mengeleng kepala sambil bertsk.
"Tak perlulah sunbae-sunbae. Panggil saya unnie, okey?" Minhee membuat tanda ok dan mereka berpisah ke kelas masing-masing.
Minhee terhenti dari berjalan. Dia baru teringat tentang telefon kepunyaan Mingyu itu. Kepalanya dipukul.
"Pabo! macam mane aku boleh terlupa nak tengok wallpaper telefon dia tu!" Minhee mengetuk kepala berkali-kali. Orang yang lalu-lalang memandangnya dengan pelik. Minhee terus tersedar apa yang dilakukan. Dia membetulkan baju dan berdehem lalu membuat langkah yang besar ke kelas.
Tak fasal-fasal dia dah buat freeshow dekat situ.
Tbc
senanye takde mood nak type ff tapi sebab mingyu dan minhee, saya terpaksa. lol lol
terima kasih kepada readers yang masih menyokong fanfic ini^ saya sangat menghargai jasa anda.
kilu
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot