29 - Ewww!

2.2K 289 34
                                    

Cahaya matahari pagi mencelah masuk melalui langsir dari dalam kamar. Ianya tepat mengenai mata Minhee. Serta merta dia bangun dan mengosok mata menggunakan belakang tapak tangan. Jam loceng dikerling sebelum turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aktiviti yang dilakukan di dalam bilik air itu mengambil masa hampir 20 minit. Keluar saja dari bilik air, dia sudah lengkap berpakaian uniform sekolah. Minhee memakai bedak dan lipbalm dibibirnya.

Beg sekolah yang berada di meja belajar dicapai. Minhee membawa begnya turun. Beg diletakkan di sofa sebelum berlalu ke meja makan. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung disitu. Tangannya mencapai sekeping roti dan jem coklat. Minhee menyapu jem coklat pada roti itu. Kemudian roti yang sudah disapukan dengan jem itu disumbat ke dalam mulut.

Puan Jung menuangkan air oren ke gelas dihadapan Minhee sambil mengeleng. Minhee segera mengambil air oren yang dituangkan oleh Puan Jung lalu meneguknya. Dia terbatuk-batuk setelah selesai menghabiskan segelas air oren.

"Makan tu jangan gelojoh sangat. Kan dah tercekik," sampuk Hoseok yang kebetulan lalu disitu.

Minhee menepuk-nepuk dadanya. Setelah merasai semuanya sudah selesai, dia meneguk air kosong dari gelas kakaknya dengan tergesa-gesa (dia tidak mahu ditinggalkan oleh abangnya). Pipi Puan Jung dicium lalu dia berlari ke pintu utama. Begnya yang diletakkan di sofa tadi tidak lupa diambil.

Minhee menyarungkan kasut dan menuju ke arah kereta. Krystal sudah berada di sebelah tempat duduk pemandu. Dia menunggu Minhee masuk supaya mereka boleh segera ke sekolah.

Minhee masuk ke tempat penumpang di belakang. Dia menutup pintu kereta dengan kuat menyebabkan Hoseok menjelingnya dari rearview mirror. Hoseok membetulkan rambutnya sebelum memandu kereta itu ke sekolah.

******

Tali kasut diikat dengan ketat. Minhee bingkas bangun dan mencapai roti yang dibelinya untuk ke rooftop. Yijin, Jaehi dan Jung tidak hadir ke sekolah hari ni. Serentak pula tu. Sah pakat tak datang!

Pintu kaca ditolak. Langkah dituju ke bangku kayu yang tersedia disitu. Plastik roti dibuka. Makanan itu disumbat ke dalam mulut. Bengang juga dia apabila terpaksa berseorangan pada hari ini. Rambut yang jatuh ke mata ditiup dengan perasaan tidak puas hati.

Setelah menghabiskan satu bungkus roti yang berkrim coklat itu, plastik yang membalutinya dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan. Minhee mengerling jam tangannya. Masih ada masa sebelum waktu rehat berakhir. Dia mengambil keputusan untuk mengambil angin disitu sementara menunggu loceng berbunyi.

Seorang demi seorang meninggalkan tempat itu memandangkan waktu rehat tinggal beberapa minit saja lagi. Minhee tidak menghiraukan mereka. Malah dia lagi sukakannya kerana tiada lagi suara-suara yang bising. Minhee menghela nafas. Dia merehatkan diri pada tembok sambil memerhatikan pemandangan yang berlatarkan padang hijau.

Muka Minhee berkerut apabila terdengar suara yang terdengar seperti- desahan. Otaknya tidak berfungsi seketika pada waktu itu. Dia tidak pasti apa yang didengarinya itu adalah imaginasi atau realiti. Desahan suara tadi diikuti dengan desahan suara perempuan. Minhee terkaku.

Somebody frickle frackling?

(ho)ly (shi)t.

Minhee sempat menyumpah pasangan itu. Sekarang dia tidak tahu bagaimana untuk keluar dari situ. Perlahan-lahan Minhee bangun dan menuju ke pintu keluar. Semakin dia mendekati pintu keluar, semakin kuat suara itu kedengaran. Minhee membuat ekspresi jijik. Dia melangkah keluar dan pintu kaca itu dibiarkan tertutup sendiri.

Beberapa langkah dari rooftop, Minhee terjumpa Mingyu.

"Mingyu!" Mingyu membalasnya dengan sabaris senyuman.

"Awak dari mana? tak nak balik kelas?"

"Dari rooftop. Nak balik kelas lah ni. Awak?"

"Rooftop. Ada barang tertinggal semalam. Eo jalja," Mingyu ingin melangkah pergi dari situ tetapi tangannya ditarik oleh Minhee.

"Jangan pergi!" Kening Mingyu bertaut seketika.

"Kenapa pulak? bukannya ada apa-apa dekat situ."

"Itu.."

"Apa yang itu?" Minhee menggaru belakang leher yang tiba-tiba terasa gatal. Otaknya ligat memikirkan cara supaya Mingyu tidak pergi ke rooftop dan terdengar suara-suara tadi.

"Er.. er.. tak! kita dah lambat nak masuk kelas! jom!"

Lengan Mingyu ditarik supaya mengikutinya. Langkahnya dilajukan supaya Mingyu tidak dapat melarikan diri. Mingyu yang binggung dengan tindakan Minhee hanya mengikutinya sahaja. Loceng sekolah masih belum berbunyi menandakan waktu rehat masih belum tamat.

Di dalam hati sudah berbakul sumpahan dihadiahkan buat pasangan itu kerana telah menyusahkannya. Minhee berharap dia tidak akan berjumpa dengan pemilik suara itu. Kalau tidak, ia akan menjadi sangat kekok. Minhee mengetap bibir.

Yah hony! you owe me!

Tbc

Saya tahu cara penulisan saya tak sehebat author diluar sana seperti Jammie_Mingyu, SuamikuKacakGila27 dan banyak lagi. maaflah saya baru nak masuk 14 tahun bulan 10 nanti (2016)

pembaca bagi ff ni pun dah berkurangan. rasa macam nak delete je ff ni huhu

oh ya. PITY3 NEXT YEAR OH NO.

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now