23 - Piggyback

2.5K 312 21
                                    

Minhee didukung di belakang badan Mingyu dalam perjalanan pulang. Mereka senyap. Tiada siapa yang membuka mulut untuk bersuara. Minhee mencuri pandang ke arah wajah Mingyu yang beberapa cm darinya. Dagunya diletakkan di atas bahu jejaka itu.

Rasanya dia tidak perlu berkeadaan begini jika Hoseok masih belum pulang ke rumah. Sepatutnya Hoseok yang berada ditempat Mingyu sekarang. Nak suruh kakak dia dukung? tak sampai rumah lagi tulang belakang dah sakit. Berat kakaknya dan dirinya lebih kurang sama. Mana mungkin boleh menampung dirinya.

Blazer sekolah milik Mingyu yang diikat dipinggang dibetulkan. Mingyu yang menyuruhnya untuk berbuat begitu kerana Minhee memakai skirt. Sewaktu Minhee ingin menanggalkan blazer ditubuhnya, Mingyu terlebih dahulu memberi blazernya.

Tubuh Minhee masih lemah gara-gara dari pengsan tadi. Sakit perutnya juga masih terasa. Disebabkan itu dia perlu didukung atau dipimpin. Mingyu menawarkan diri untuk mendukungnya. Sebolehnya Mimhee hanya mahu dipimpin tetapi disebabkan ketinggian mereka yang jauh beza.

Minhee menoleh ke belakang apabila tidak lagi mendengar derapan tapak kaki yang sedang berjalan dibelakangnya. Seingatnya Jung, Yijin dan Seungkwan berada di belakang tetapi sekarang sudah lesap. Rumah Minhee dan Yijin hanya berhadapan sahaja. Mungkin mereka saja meninggalkan Minhee dan Mingyu berdua.

Minhee bersyukur kerana Jaehi pulang bersama abangnya iaitu Kim SeokJin. Gadis pendek itu tidak pandai menyimpan rahsia, mulutnya tidak henti-henti daripada bercakap. Sah mulut murai!

Rambut yang terjatuh ke mata hanya dibiarkan. Matanya terasa berat, mungkin kesan dari ubat yang ditelan tadi. Minhee menutup matanya dan mengeratkan pegangan pada leher Mingyu.

Tidak lama kemudian, mereka sudah tiba di depan rumah Minhee. Mingyu memberhentikan langkahnya. Dipanggil nama Minhee berkali-kali tetapi tiada sebarang sahutan.

Wajahnya ditoleh ke kanan dan terlihat Minhee yang tertidur. Mingyu tersenyum kecil sambil mengeleng kepala. Loceng rumah ditekan. Mingyu memandang sekeliling. Dia hanya perlu menunggu penghuni rumah untuk membuka pintu.

******

Mingyu keluar dari biliknya dan turun ke ruang tamu. Dia disambut dengan pemandangan yang indah. Mingyu mengeleng kepala melihat keadaan adiknya yang terbongkang tidur di atas sofa sambil mulut ternganga. Kakinya melangkah mendekati Minseo. Telefon yang dipegang dihidupkan dan wajah Minseo yang sebegitu itu diambil gambar untuk dijadikan ugutan nanti.

Minseo secara tiba-tiba bangun dari pembaringan. Ia membuatkan Mingyu terkejut lantas mematikan telefon pintarnya. Apabila memastikan Minseo hanya mengigau dengan cara melambaikan tangan dihadapan wajah si adik, si abang melepaskan nafas yang ditahan.

Sempat dia menjeling ke arah Minseo yang sedang tidur. Walaupun dia tahu yang adiknya itu takkan nampak tapi siapa kesah?

Mingyu berjalan ke arah dapur dan membuka peti ais. Air sejuk dituangkan ke dalam gelasnya. Air itu dihirup rakus bagi menghilangkan dahaganya. Dia membasuh gelas itu dan pergi ke ruang tamu semula. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan Minseo yang masih terlena.

Televisyen dihidupkan dan Mingyu mencari siaran yang menarik. Setelah menjumpai, dia mencapai bantal disebelah kirinya dan dipeluk. Matanya fokus memandang kaca tv itu sehingga tidak perasan akan adiknya yang sudah sedar kerana bunyi bising daripada televisyen itu.

Minseo mengosok matanya dan menoleh ke kiri. Dia lantas mencucuk pinggang Mingyu lalu menguap. Perlahan-lahan Mingyu menoleh kepala ke kanan kerana dia takut sekiranya orang lain yang mencucuk pingangnya dan bukan Minseo. Dia membuat muka sebal apabila terlihat Minseo yang menguap besar tanpa menutup mulut.

"Yah, lambat balik." Mingyu menjentik dahi Minseo membuatkannya menyeringai kesakitan.

"Ape yah yah? ingat kau tengah bercakap dengan kawan kau ke? ini abang kau." Minseo mengusap dahinya sambil mulut muncung.

"Yelah oppaku yang kacak lagi sempurna~ adik mu ini terasa mahu muntah di wajah mu yang pelolesss." Mingyu menjentik dahi adiknya lagi. Kali ini lebih kuat. Buktinya dahi Minseo sudah bertukar kepada merah.

Minseo menyepak kaki Mingyu. Dia berlari naik ke biliknya yang berada di tingkat dua sebelum sempat Mingyu menjentik dahinya lagi. Minseo terhenti sewaktu berada ditangga dan memalingkan tubuhnya menghadap Mingyu yang berada di depan televisyen yang sedang menyiarkan rancangan Runningman.

"Yah oppa, kawan Min kata oppa dukung Minhee sampai rumah. Owwoo bagitahu omma yang oppa dah ade buah hati~" Mingyu memandang adiknya dengan wajah yang tidak berminat.

"Omma dah tahulah." Lidah dijelirkan kepada si adik. Minseo berdiri seperti patung disitu sambil memikirkan apa yang patut dilakukan. Muncul satu mentol yang tidak berapa bercahaya di atas kepalanya.

"Oho! kalau macam tu Min bagitahu svt oppas! oh-jalja!" Minseo lantas berlari ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik abangnya. Mingyu pantas mengejar Minseo dari belakang. Dia tak nak rahsia dia terbongkar.

"YAH MINSEO!"

Pada masa yang sama, di rumah Minhee.

Minhee yang baru bangun dari tidur terpinga-pinga melihat dirinya sudah berada di dalam bilik. Hoseok yang duduk dibirai katilnya dipanggil.

"Macam mana Min boleh sampai dekat rumah?" soal Minhee dengan bingung. Hoseok mematikan telefonnya dan memandang adiknya pelik.

"Oi kau ni dah kenape? hilang ingatan lepas bangun tidur? tsk, teruk betul. Ade sorang lelaki mane entah dukung kau sampai rumah. Nama dia oppa tak tahu." Minhee menggaru kepala yang tidak gatal. Kepalanya diketuk berkali-kali. Namun masih tidak dapat mengingati perkara sebelum dia tertidur.

Hoseok hanya memerhati perilaku sewel adiknya dengan ekspresi yang keliru. Agaknya inilah gara-gara makan masakan Krystal yang tak sedap tu, bisik hatinya.

Amboi, masih sempat mengutuk ya cik abang?

Tbc

cousin saya minat fattah amin dan dia meroyan sebab sorang budak musical.ly ni jiran fattah -,-
dia kecam budak tu -.-

ramai org kata muka kami sama tapi sebenarnya tidak. ok saja nak cakap. kilu♥

ape beza blazer dengan kot?

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now