30 - Bye world

2.1K 275 24
                                    

Setelah membawa Mingyu lari dari tempat itu, Minhee melepaskan pegangannya pada lengan Mingyu. Dia memerhatikan kawasan sekeliling yang agak asing baginya. Keningnya bertaut seketika. Apabila terlihat makmal sains yang berada di seberang sana, Minhee menepuk dahi.

"Aish, dah salah blok," gumamnya.

Mingyu yang berada di belakangnya dikerling. Minhee tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah Mingyu.

"Saya nak masuk kelas. Ambik jelah esok barang awak tu. Jalja," ujar Minhee lalu ingin beredar.

Minhee memaling tubuhnya menghadap jejaka itu apabila namanya dipanggil. Keningnya terjongket. Tetapi Mingyu tidak berkata apa-apa. Ianya lagi menambahkan tanda tanya dalam diri Minhee.

"Awak ingat saya tak tahu kenapa awak tak bagi saya pergi rooftop?," kata Mingyu tersenyum nakal. Dia mengatur langkah mendekati Minhee. Minhee terkejut dengan pertanyaan Mingyu dan mengundur selangkah demi selangkah ke belakang apabila Mingyu semakin menghampiri.

Langkahnya terhenti apabila tubuhnya terperangkap di dinding. Dia tidak sedar berapa langkah ke belakang yang di ambilnya. Mingyu meletakkan tangan kanannya disebelah bahu Minhee.

Minhee ingin melarikan diri ke sebelah kiri tetapi pantas Mingyu meletakkan tangannya di sebelah kiri bahu Minhee pula. "Apa maksud awak?," Mingyu mengangkat sebelah keningnya.

"Mhm, apa kata awak bagitau apa yang ada dekat atas tu?," pertanyaan Mingyu membuatkan Minhee menelan liurnya perit. Kali ini Minhee betul-betul terperangkap dengan tangan Mingyu di kanan dan kiri serta soalan Mingyu yang membuatkannya semput ini.

Minhee tidak menjawab. Dia menundukkan pandangannya kerana malu. Siapa saja yang tak malu? sudahlah dia sedang  berhadapan dengan lelaki! takkan dia mahu menjawab perkataan itu? pasti mukanya sudah merona merah.

Mingyu tersenyum melihat reaksi malu Minhee. Soalannya tidak dijawab Minhee.

"Betullah tekaan saya ni," kata Mingyu dan mendekati Minhee.

Minhee agak terkejut dengan karakter Mingyu hari ini. Selalunya Mingyu seorang yang periang dan comel? ok comel. Mingyu di depannya kini sangat berbeza. Bukan lagi periang dan comel yang sering dilihatnya tetapi seorang yang pervert!!

Jantung Minhee berdegup pantas apabila Mingyu mengelus lembut pipinya. Minhee bersyukur kerana tiada sesiapa yang melihat posisi mereka tetapi dia perlu segera lari daripada situasi ini!

Bau haruman Mingyu dapat dibauinya kerana mereka terlalu dekat. Minhee cuba meleraikan pegangan Mingyu dibahunya. Mingyu hanya ketawa nakal.

"You smells so good."

Mingyu mendekatkan wajah ke muka Minhee. Mata Mingyu turun ke bibir Minhee yang kemerah-merahan itu. Minhee menelan liurnya. Deruan nafas Mingyu dapat dirasai dilehernya.

"Minhee, saya..." Mingyu mencium leher Minhee.

Muka Minhee membahang. Kali ini dia pasti mukanya sudah seperti tomato. Minhee pantas melarikan diri dari situasi itu.

"Kita dah lambat ke kelas!!"

Minhee lari dari kawasan koridor yang sunyi itu. Mingyu yang ditinggalkan di belakang hanya tersenyum. Dia mengelengkan kepala lalu mengikuti Minhee dari belakang.

"What a cute reaction."

******

Keesokkannya semasa waktu rehat, Minhee menemani Yijin dan Jung di perpustakaan. Semasa mencari tempat duduk, mereka terjumpa Mingyu dan Wonwoo.

"Sunbae." Mingyu menyimpulkan sebaris senyuman. Wonwoo yang berada di sebelahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Walaupun begitu, Jung sudah berfangirling di dalam hati. Baginya muka Wonwoo yang begitu sangat hot! Tak salah kan minat sedara sendiri?

"Buat apa dekat sini?," soal Mingyu. Yijin mengulingkan biji mata. Sudah terang lagikan menderang yang mereka datang untuk membaca buku.

Minhee menyiku pinggang Yijin sebelum menjawab pertanyaan Mingyu. "Nak ulangkaji sikit. Exam dah nak dekat kan." Mingyu mengangguk.

Kemudian, Mingyu mengelip matanya kepada Minhee dan meletakkan tangan di lehernya.

"Our secret."

Wonwoo memandang mereka berdua dengan pandangan pelik. "What secret?," Wonwoo mengerling ke arah leher Minhee dengan perasaan ingin tahu.

Muka Minhee membahang dan cepat-cepat menyembunyikan tempat dimana Mingyu menciumnya kelmarin. "It's nothing!"

How embarrassing..

Mingyu tertawa dan menarik Wonwoo keluar dari perpustakaan. Sebaik saja pasangan meanie itu hilang dari pandangan, Yijin dan Jung memberi Minhee pandangan pelik.

"What secret? baik kau cakap sebelum aku bagitau Seungkwan yang kau pernah masukkan lipas dalam beg dia," ugut Yijin. Jung mengecilkan matanya memandang Minhee.

Minhee memandang ke tempat lain dan berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Yijin.

"Yah Jung Minhee!"

Tbc

Sorry sebab tak update semalam. tertidur. Agagaga

saya rasa nak buat ff baru pasal hoshi. macam mana? nak baca tak kalau saya buat?

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now