34 - Gay?!

2.3K 271 13
                                    

Minhee meletakkan buku nota sains di atas ribanya. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dari tadi Minhee cuba untuk tidak memikirkan tentang Mingyu. Pelik juga bila melihat perangai Mingyu yang bermanja dengan Wonwoo. Minhee membuat ekspresi geli apabila satu perkataan muncul di dalam mindanya.

Kulit buku nota sains itu ditutup. Kemudian, buku itu diletakkan ke atas bantal di sebelahnya. Minhee menukar posisinya kepada pembaringan. Selimut yang berada di bawah kaki ditarik hingga ke paras hidung.

Dia menatap siling bilik itu lama. Pelbagai teka-teki bermain dimindanya. Semuanya berkaitan dengan Mingyu.

"Takkanlah dia tu gay?" monolog Minhee sendiri.

Selimut diturunkan ke paras pinggang. Minhee mengubah posisi pembaringannya. Kini dia menghadap tingkap biliknya.

Minhee dapat melihat cahaya yang menerangi biliknya dari tiang lampu yang berada diluar rumahnya. Dia memejam matanya rapat. Walaupun sudah beberapa minit dia berkeadaan begitu, dirinya masih tidak berasa ngantuk.

Minhee menukar posisi pembaringannya lagi. Tubuhnya membelakangi cahaya tersebut. Walaupun begitu, dia masih tidak dapat tidur. Lampu tidur yang berada di sebelah kanan dihidupkan. Minhee menatap siling biliknya.

Minhee teringat sewaktu Mingyu merampas ciuman pertamanya. Hanya memikirkan perkara itu boleh membuatkan mukanya membahang.

Tak mungkinlah dia tu gay!

Ia hanya ciuman. Benda tu hanya untuk menyelamatkan diri dari ditangkap. Si gay boleh je cium perempuan kan?

Tak mungkin! Takkan selama ni aku syok sendiri?!

Sedarlah minhee! Dia tak sukakan kau!

Minhee mengetuk kepalanya. Boleh jadi gila bila cakap dengan diri sendiri. Telefon bimbitnya yang terselit di bawah bantal dicapai. Telefon itu dihidupkan hanya untuk melihat jam berapa. 'Dah 11:45,' getus Minhee.

Telefon bimbitnya diletakkan di tepi. Lampu tidur dimatikan. Matanya dipejam. Lama dia berkeadaan seperti itu tetapi ianya langsung tidak membuahkan hasil. Minhee mencelikkan matanya semula. Dia mengeluh. Ini kali pertama dia tidak boleh tidur kerana cahaya yang datang dari luar biliknya. Atau pun ianya tentang perkara gay itu?

***

Keesokannya Minhee hadir ke sekolah dengan lingkaran hitam di bawah matanya. Sudah seperti panda. Panda haiwan comel tetapi jika panda manusia ianya sangat no no.

Cerita tentang panda, ia mengingatkan Minhee pada seseorang iaitu Hong Jisoo. Tetapi Jisoo memang dilahirkan sebegitu. Peminatnya yang di sekolah mengatakan Jisoo seperti seekor kucing. Memang tidak dapat dinafikan ia memang sama.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Minhee melabuhkan punggung di tempatnya. Beg disangkutkan ke tepi lalu wajahnya disembamkan ke meja. Pandangan dari rakan sekelasnya hanya dihiraukan.

Minhee terlelap. Pada waktu peperiksaan hendak dimulakan, barulah Jung mengejutkannya. Sewaktu mengeluarkan bekas pensel dari beg, baru dia teringat sesuatu.

OMONA! AKU TAK SEMPAT ULANGKAJI!

Dan bamm!! Kesemua soalan peperiksaan itu dijawab dengan tangisan yang penuh dengan kesedihan. Jawapan untuk soalan-soalan itu semua merepek. Minhee menjawap dengan penuh kehentaman(?). Jika jawapan yang diberinya betul, mahu melompat dia nanti.

***

Setelah menyimpan buku nota Sains di dalam loker, Minhee menuju ke kantin. Sebelah tangannya memegang buku nota bagi peperiksaan yang seterusnya.

Dari tepi matanya, dia dapat melihat Yijin yang sedang menikmati makanan dimeja yang agak tersorok di kantin. Langkah diatur ke arah itu. Yijin menegurnya sebaik saja Minhee tiba di situ.

"Min, asal mata kau tu?," tanya Yijin. Dia memerhati Minhee duduk di hadapannya.

"Aku tak boleh tidur." Yijin mengambil satu gigitan pada roti berkrim coklatnya.

"Asal kau? Abang kau kacau ke apa?."

"Taklah."

Pada waktu itu, Jaehi dan Jung duduk dimeja mereka dengan tangan yang penuh. Satu dari makanan yang dibawa Jung diberikan kepada Minhee.

"Nah, makanan kau." Minhee mengambil makanan itu.

"Thanks." Selepas itu, mereka mula berbual tetapi Minhee hanya menghiraukan mereka.

Minhee membuka plastik yang membaluti Kimbabnya. Semasa mengunyah makanan, matanya meliar ke seluruh kantin. Pandangannya jatuh pada satu meja yang diduduki sekumpulan lelaki. 13 orang kesemuanya. Tetapi hanya dua orang yang menarik perhatiannya.

Kim Mingyu dan Jeon Wonwoo.

Kedua manusia itu duduk bersebelahan. Minhee memerhatikan mereka berbual dan secara tiba-tiba Mingyu tertawa dan memukul bahu Wonwoo. Minhee mengecilkan matanya dan mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia menyumbat salah satu Kimbab kepunyaannya ke dalam mulut.

Sekali-sekala dia akan mengerling ke arah Mingyu dan Wonwoo. Dia tidak perasan bahawa Jaehi memanggilnya berkali-kali.

"Yah Jung Minhee!."

Minhee membulatkan matanya memandang Jaehi.

"Apa?"

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"

"Tak. Ulang balik."

"Uhm, abaikan."

Tbc

saya tak dapat update seminggu. masalah tenet lagi, harap dapat tunggulah ya 😧😧
Saya tanya adik dengan sedara saya sandwich dalam bahasa melayu apa. dua² kata mana satu pasir --"
Tapi srs lah, sandwich dalam melayu memang sandwich je ek? 😂😂

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now