26 - 아니

2.1K 289 24
                                    

Mingyu melabuhkan punggung di sebelah Wonwoo dengan perasaan bengang yang berbaki. Wonwoo membetulkan kaca matanya sebelum menyelak muka surat sebelah pada buku Sejarah yang dibaca. Mingyu dikerling sekilas sebelum menyambung bacaannya.

"Jadi macam mana?"

"Tiga perkataan, hyung. Jeon f***ing Jungkook."

Wonwoo tersenyum nipis. Matanya masih menatap buku itu. Setelah beberapa saat mereka mendiamkan diri, Wonwoo membuka mulut.

"Aku ada idea."

Dengan itu segala aktiviti Mingyu (seperti menghantukkan kepala di meja) berhenti dengan serta merta, wajah si tua dipandang dengan perasaan tertanya-tanya yang menyelubungi diri.

Wonwoo memberitahu ideanya yang agak bernas dengan keadaan berbisik. Buku sejarah miliknya sudah tidak dihiraukan lagi. Elok saja disitu dengan muka surat yang terbuka. Mingyu tersenyum seketika.

Apabila terdengar suara cikgu fizik mereka dari hadapan kelas, Wonwoo lantas mengucapkan kata-kata terakhir sebelum menumpukan perhatian semasa cikgu Jaemi mengajar.

******

Keesokkannya, setelah Minhee meletakkan beg dikelas dia mengambil keputusan untuk pergi ke taman. Ketika melalui koridor ke taman, dia ditahan oleh dua pelajar perempuan. Koridor itu agak tersorok sedikit dari pandangan manusia.

"Minhee-shi!" jerit salah satu dari pelajar perempuan itu kepada Minhee.

Minhee berpusing untuk menggunakan jalan lain. Dia tidak mahu membuat masalah dengan tiga manusia yang bermasalah itu.

"Hoi pekak! aku panggil kau ni!" jerit perempuan tersebut dengan bahasa yang kurang sopan. Langkah Minhee terhenti. Dia menarik nafas sebelum memaling tubuh menghadap pelajar perempuan tersebut. Muka mereka ditelitinya.

"Awak semua nak apa? setahu saya, saya tak pernah buat salah dengan awak berdua," kata Minhee perlahan. Orang kata kalau nak cakap dengan musuh, kena cakap menggunakan bahasa yang sopan.

Keluar ketawa kecil dari pelajar perempuan itu. "Kau ni, sejak bila dah pandai menggatal dengan Kris eh?" marah pelajar perempuan yang bernama Hyemi. (saya dah tukar jaebum kepada kris)

"Saya tak pernah goda dia, apatah lagi nak cakap dengan dia," ujar Minhee polos. Hyemi tersenyum sinis.

Pelajar perempuan yang dari tadi berdiam diri, mulai berjalan mengelilingi Minhee. Minhee mulai cuak. Cukuplah hanya Mina dan rakannya yang gila itu, dia tidak mahu masalahnya bertambah. Eunmi memandang Minhee atas hingga bawah sebelum mengeluarkan kata-kata pedas.

"Aku tengok, kau ni tak ada lah lawa sangat. Nak kata kaya.. lagilah tak. Ey pempuan, balik rumah nanti.. kau tengok cerminlah! kau ni tak layak untuk Kris! rupa macam sampah, ada hati nak dekat buah hati aku. Heol!" herdiknya.

Minhee memutarkan biji mata dan ingin beredar. Malas dia mahu melayan mereka. Tetapi, sekali lagi dia ditahan. Lengannya ditarik kasar kemudian dia ditolak dengan kuat sehingga terjatuh.

Mereka berdua berdiri mengelilingi Minhee. Sebelum mereka dapat berbuat apa-apa, satu suara dibelakang mengejutkan Hyemi dan Eunmi.

Hyemi dan Eunmi berlari meninggalkan Minhee setelah melihat gerangan itu. Baekhyun menolong Minhee bangun. Minhee mengucapkan terima kasih kepadanya sambil menunduk hormat. Dia tidak perasan wajah Baekhyun yang menolongnya. Setelah mengangkat muka, Minhee agak terkejut.

Baekhyun menguntumkan satu senyuman manis kepadanya. Minhee terpana seketika melihat senyuman Baekhyun. Tetapi pantas ditangkisnya selepas itu.

"Ada sakit dekat mana-mana tak? nak sunbae bawakkan pergi bilik kesihatan?" Minhee mengeleng laju. Dia terpaksa mendongak untuk memandang Baekhyun yang tinggi darinya.

"Er.. kamsahamnida, sunbae-nim." Baekhyun tersenyum kecil. Dia menyelerakkan rambut Minhee.

"Lain kali kalau ada apa-apa yang berlaku macam tadi, panggil je sunbae. Tau, Minhee?" Minhee mengangguk.

Sekali lagi Baekhyun menyelerakkan rambut Minhee sebelum beredar untuk ke kelas. Minhee menghantarnya mengikut pandangan mata. Setelah bayangan Baekhyun hilang, dia menyentuh rambutnya. Tertanya-tanya juga dia mengapa kebelakangan ini apabila setiap kali terjumpa dengan crushnya, mereka pasti akan menyelerakkan rambutnya.

Minhee pulang ke kelas dengan senyuman yang lebar. Niatnya untuk ke taman terpaksa dibatalkan kerana masa tidak mencukupi. Minhee membetulkan rambutnya semasa dalam perjalanan ke kelas.

Tbc

ay ay ayoo! maap kerana adanya perkataan f itu.

kawan saya yang laki kat skool ada la kata pickup line ni kat kawan saya

'Kau dari korea ek? sebab muka kau nampak sangat plastik.' dan saya be like aku hempuk kau karang ——

jangan lupa vote dan comment! kilu

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now