42 - (Bye!)

3K 287 20
                                    

Penceritaannya pada anaknya tergendala disitu. Bunyi bising dari dapur membuatkannya terpaksa keluar dari bilik untuk melihat apa yang berlaku. Setibanya disitu, dia agak terkejut apabila melihat keadaan dapur yang bersepah.

Wajah Mingyu dan Minmin yang tersengih seperti kerang busuk membuatkannya melangkah sebal ke arah mereka. Tepung yang tumpah di lantai dilangkah dengan berhati-hati. Tiba saja di hadapan dua mahluk yang dipenuhi dengan tepung, Minhee menarik telinga mereka.
"Ah! Ah! Appo! Minmin tak bersalah! Appa yang bersalah!" Anak kecil yang berumur 4 tahun itu cuba mempertahankan dirinya.

"Yak! Appa pulak? Minmin yang baling kat appa dulu kan?!" Minmin menjelirkan lidahnya kepada Mingyu.

Setelah telinganya dilepaskan Minhee, Minmin berlari ke ruang tamu sambil dikejari oleh Mingyu. Kedua mereka jatuh ke sofa panjang dengan pakaian yang dipenuhi tepung. Mingyu memeluk Minmin dengan erat supaya tidak dapat melarikan diri. Tangan Minmin yang kecil itu cuba menarik tangan appanya tetapi ia takkan pernah berjaya.

"Mummy! Tolonglah Minmin dari cengkaman maut appa!" Minmin mula memanggil penyelamat. Matanya sengaja dibulatkan pada mummy supaya menolongnya.

Jung yang duduk di sofa berhadapan dengan Minmin mengangkat kening. "Tak nak tolong. Padan muka Minmin." Minmin menunjukkan muka masamnya apabila mendengar kata-kata mummy nya.

Jung bingkas bangun dan mencapai beg tangannya. "Minhee, cakap dengan anak kau jangan panggil aku 'mummy'. Seokmin punya fasal lah ni, dah tau aku tak suka orang panggil aku mummy dia boleh suruh budak tu panggil aku mummy pulak," rungut Jung panjang berjela.

Minhee tertawa. "Aku dah cuba tapi Minmin ni tak nak dengar sebab dia nak sakat kau. Sila salahkan Seokmin," kata Minhee. Jung menunjukkan muka sebal.

"Dahlah, aku nak balik. Lama sangat aku kat rumah kau ni. Nanti mesti omma aku tanya. Yelah, hantar makanan pun lama." Jung melambai tangan kepada Minmin yang masih berada dipenjara Mingyu.

"Hati-hati bawak kereta tu!" jerit Minhee kepada Jung yang sudah berada di pintu utama. Kemudian, dia berpaling ke arah Mingyu dan Minmin. Tangannya disilangkan. Kepalanya digelengkan kepada dua mahluk itu.

Mingyu melepaskan Minmin. Serta-merta anak kecil itu melompat ke arah ommanya. "Omma! Kenape tak tolong Minmin! Boleh mati Minmin kena peluk dengan appa!" Minhee tersenyum melihat keletah anak lelakinya ini. Perilakunya yang menggosok rambut Minmin membuatkan Minmin mencebik.

"Tak naklah kawan dengan omma! Appa pun!" Minmin mengambil langkah jauh dari Minhee dan berangan. Mukanya ditolehkan ke arah yang bertentangan dengan omma dan appanya.

Mingyu menukar posisinya kepada duduk. Dia menepuk-nepuk bajunya. Tindakannya menbuatkan tepung-tepung itu jatuh ke sofa.

"Yak Kim Mingyu, kotorlah sofa tu." Mingyu masih menepuk-nepuk bajunya.

"Boleh bersihkan nanti," jawapnya. Buat seketika dia terhenti.

"Yah, mana panggilan 'oppa' tu?" Minhee memandang Mingyu menyampah. Belum sempat dia menjawab, suara kecil dari seorang budak perempuan menghentikannya.

"Omma!! Kata nak sambung cerita. Lama Minji tunggu dekat atas tau!" Minji yang memakai reben di kepala turun ke ruang tamu sambil membawa patung beruang.

Minhee menarik Minji bersamanya supaya duduk di sofa. "Nanti omma sambung. Minji tengoklah apa appa dengan Minmin buat. Habis tepung omma. Macam mana nak buat kek ni?"

Minji berdiri. Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Minmin yang masih merajuk. "Ini semua salah Minmin!" Minmin terua menoleh ke arah Minji.

"Eh Minmin pulak?! Appa yang mulakan dulu!" kata Minmin dan mengambil tiga langkah mendekati sofa yang diduduki keluarganya.

Sebelum benda bertambah teruk, Mingyu menarik Minji ke dalan pelukan bahayanya. "Yak appa! Lepaskan! Appa penuh dengan tepung kek Minji!"

Tepung yang jatuh ke sofa disapukan ke muka anaknya. Minji memandang Mingyu dengan ekspresi tidak puas hati. Minmin yang memerhati berlari ke dapur. Minhee berkerut melihat tingkah-laku Minmin. Tidak lama kemudian, Minmin keluar dari dapur dengan tepung yang digenggam di kedua belah tangan. Dia berlari ke arah Minhee, Mingyu dan Minji.

"Terimalah kuasa tepung dari Minmin! HIYAKK!"

Tepung itu tepat mengenai mereka. Dari situ, bermulalah peperangan tepung diantara anak-beranak itu.

Rumah mereka penuh dengan gelak-ketawa anak kecik itu. Bukan saja dapur mereka yang bersepah, malah ruang tamu dijadikan mangsa. Habis sofa hitam yang terletak disitu.

Setelah penat bermain, mereka sekeluarga akhirnya terbaring di karpet yang berada di ruang tamu.

"Kek Minji dah tak boleh buat. Minji nak ape?" tanya Mingyu sambil memeluk Minmin. Minji mengusap dagu semasa berfikir. Gayanya membuatkan Minhee geli hati.

"Minji tau! Minji tau!" Minji tersenyum riang.

"Mhm? Minji nak ape?" Mingyu memandang Minji yang sedang tersenyum.

"Minji nak adik lagi!!"

The End

Hah?! Dh tamat?! APAAAA?!

Ye dah tamat. Saya dah kehilangan idea dan malas nak sambung fanfic ni lagi. Hahah maaflah semenjak nak exam ni otak makin blank 😒
Ayat pun saya dah malas nak betulkan.

TRIMAS SEBAB SOKONG FANFIC NI DARI AWAL!! KAMSAHAMNIDA!!

Fanfic ni dah tamat.. Jadi akan ada fanfic baru lagi! Soonyoung yey! Ke wonu ek? Ke jun? 😂😂

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now