41 - Seulmi

2.4K 244 19
                                    

Setelah bercakap dengan Wonwoo dalam masa yang singkat, Seulmi lantas mencapai beg tangannya dan keluar dari bilik hospital. Bunyi kasut tumit tinggi itu berbunyi kuat tanda dia menghentak-hentakkannya semasa berjalan. Pandangan dari orang lain hanya dihiraukan.

Wonwoo bersandar ke dinding. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar belakang untuk mengambil telefon bimbitnya. Tingkahlakunya diperhatikan Minhee dan Seungkwan. Seungkwan berdehem.

"Hyung kenal pempuan tu?," soalnya. Jawapan dari Wonwoo amat menguji kesabaran kerana mengambil masa yang lama.

Ini kerana Wonwoo sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Bagi seseorang, jika dia sedang bermain telefon, dia pasti tidak akan melayan orang disekeliling ataupun mengambil masa yang lama untuk memberi balasan.

Setelah lama ekspresi sebal yang terpapar dimuka Seungkwan, barulah Wonwoo menjawab pertanyaannya.

"Dia tu.. Cousin hyung."

Jawapan yang diberikan amat mengejutkan Seungkwan. Dia berpaling ke arah Minhee kemudian pinggang gadis itu dicuit.

"Cousin Wonu hyung!," bisik Seungkan dengan ekspresi yang melebih-lebih. Minhee memandang sebal ke arah Seungkwan.

"Aku tahulah. Aku tak pekak lagi." Minhee mengambil telefon bimbit dari dalam beg. Dia bangkit dari tempat duduknya. Dia menuju ke pintu keluar.

"Kau nak pergi mana?."

"Rooftop. Jagakan beg aku," ujarnya tanpa menoleh ke arah Seungkwan.

Setelah sampai ke tingkat paling atas, Minhee dengan langkah yang longlai menuju ke bangku yabg tersedia. Dia melabuhkan punggung disitu lalu menghidupkan telefon bimbitnya yang dari tadi dipegang. Aplikasi Line ditekan dan nama Jung dicari. Satu mesej dihantar kepada Jung selepas itu.

Minhee
Kau ada cerita fasal cousin kau yang annoying kat aku haritu, boleh aku tau nama dia?

***

Jung membetulkan posisi duduknya. Rumahnya yang penuh dengan anak-anak kecil yang dijaga ommanya. Dia melihat Soonyoung yang sedang mengejar dua budak yang sedang berlari. Jung lantas bangun dari tempatnya untuk menolong Soonyoung.

Bunyi dari telefon bimbitnya membuatkan hasratnya tergendala. Dia menghidupkan telefonnya dan membaca mesej yang baru diterima itu dengan wajah yang berkerut.

Minhee
Kau ada cerita fasal cousin kau yang annoying kat aku haritu, boleh aku tau nama dia?

Jung
Seulmi. Omg aku kena basuh mulut aku sebab cakap nama dia-

Setelah butang hantar ditekan, dia meletakkan telefon bimbitnya di atas almari televisyen dan terus ke arah Soonyoung yang masih mengejar kanak-kanak itu. Jung menggaru kepala memikirkan cara untuk memberhentikan Daehan dan Mansae.

Sepatutnya Wonwoo yang menemankannya menjaga anak-anak kecil itu kerana Puan Jeon sudah meminta bantuannya. Puan Kang tidak dapat menjaga anak-anak kecil kecil itu kerana ada hal yang penting di luar. Disangkakan Wonwoo yang datang tetapi Soonyoung pula yang menolongnya. Ah, bagus betul dapat abang sedara macam ni.

30 minit kemudian, suasana dirumahnya sudah senyap. Yang tadinya penuh dengan gelak tawa dan tangisan anak-anak kecil sekarang sudah seperti cengekerik. Soonyoung dan Jung menghempaskan diri mereka ke sofa. Mereka mengeluh secara serentak. Kemudian, tertawa.

"Tak sangka jaga budak ni memenatkan," kata Soonyoung. Dia menoleh ke arah Jung dan tersenyum.

"Agaknya macam ni lah omma saya setiap hari..." Jung membalas senyuman Soonyoung sebelum menghidupkan telefonnya.

Keningnya bertaut apabila mendapati satu mesej dari Wonwoo. Ianya pada pukul 2 tepat dan mesej itu dihantar sebelum mesej Minhee. Jung membaca mesej itu. Selepas itu ekspresi mukanya terus berubah.

Wonu
Kang, seulmi datang hospital tadi.

***

Minhee pulang ke rumah pada jam 2:40 petang. Dengan langkah yang malas, dia membuka pintu utama dan masuk ke dalam rumah. Beg dicampakkan ke sofa sebelum pergi ke dapur. Pintu peti ais dibuka dan bekas minuman yang berisi air sejuk dicapai. Apabila dia menutup pintu peti sejuk, dia disergah oleh abangnya.

Sikit saja bekas minuman itu akan terhempas ke lantai tetapi ia diselamatkan oleh Hoseok. Minhee mengurut dada tanda terkejut. Kemudian dia memukul lengan Hoseok.

"Oppa ni! Tak ada kerja lain ke sampai nak terkejutkan orang! Nasib baik bekas ni tak pecah." Bekas minuman itu bertukar tangan. Minhee mencapai gelas lalu menuangkan air sejuk itu ke dalamnya.

"Yelah nasib baik tak pecah. Aku yang tangkap memanglah selamat." Hoseok menunjukkan ketidakpuashatiannya(?).

Minhee membasuh gelas yang diguna tadi dan diletakkan ke tepi sinki. Dia kembali ke ruang tamu untuk mengambil beg tangannya. Selepas itu, tangga didaki untuk ke bilik.

Hoseok memandang ke arah tangga. Dia menjengkelkan mata. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu.

Di dalam bilik, Minhee sudah terbaring di atas katil tanpa membersihkan dirinya. Dia memusing ke kiri. Rambut yang terjuntai ditiup. Perasaan bengang mula timbul apabila memikirkan kejadian di hospital tadi. Minhee mendengus.

Pertama kali berjumpa dengannya dia pasti ada sesuatu yang tidak kena. Teman wanita Mingyu? Entah betul ke tidak. Mesej yang dibaca tadi lagi memeningkan situasi ini. Dengan Mingyu yang masih dalam keadaan koma. Semua persoalan yang berada di kotak fikirannya hanya boleh dijawab Mingyu.

Satu keluhan berat dilepaskan. Entah bila semua ini akan berakhir...

Tbc

selitkan sikit moment soonyoung dan jung. Fanfic ni makin merepek. Kbye

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now