24 - Tomato

2.3K 304 5
                                    

Minhee berjalan sendiri ke perpustakaan. Kebelakangan ini keputusan peperiksaannya semakin merosot. Demi meningkatkan keputusannya semula, dia meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.

Minhee sudah mengajak Yijin untuk menemaninya di perpustakaan tetapi Yijin menolak kerana mahu mengisi perutnya yang kelaparan.

"Minhee-ah," panggil cikgu Minseok. Minhee berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil. Dia menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Boleh kamu tolong cikgu? tolong bagikan ini dekat Ahn Jaehyun dari kelas 5A-1. Maaflah cikgu ada hal. Terima kasih." Belum sempat Minhee hendak menolak, cikgu Minseok telah menyerahkan fail berwarna merah ke tangannya lalu pergi ke bilik guru.

Minhee mengeluh lemah. 'Jinjja!' omel Minhee. Ahn Jaehyun dari kelas 5A-1. Siapa yang tidak kenal. Ramai yang mengenalinya kerana mempunyai wajah yang kacak. Selain itu, dia juga selalu memenangi pertandingan bola keranjang bersama kumpulannya. Dan dia juga salah satu daripada crushnya!

Itu sudah menunjukkan alasan mengapa Minhee hendak menolak permintaan cikgu Minseok. Minhee mengambil keputusan untuk memberi fail itu kepada Jaehyun selepas waktu rehat tamat. Sebelum itu, dia mengulangkaji pelajaran di dalam perpustakaan.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Minhee mengemas buku-buku yang diambilnya dan disusun dirak yang menempatkan buku-buku tersebut. Dengan langkah yang berat, Minhee memaksa dirinya pergi ke blok yang menempatkan senior-senior nya.

Tiba di hadapan pintu kelas 5A-1, pintu kelas itu diketuknya kuat. Cikgu Clara yang baru sahaja memulakan kelasnya tergendala dan membenarkan Minhee masuk. Minhee berjalan ke arah cikgu Clara dengan perasaan gementar apabila merasai beberapa pasang mata memerhatikannya.

"Cikgu Minseok suruh saya hantarkan ini dekat Ahn Jaehyun." Cikgu Clara megerling fail merah yang berada ditangan Minhee. Nama Jaehyun dipanggil untuk datang ke hadapan. Terasa dirinya menjadi kecik apabila berhadapan dengan lelaki itu.

"Cikgu Minseok suruh saya hantarkan fail ini." Fail itu dihulurkan kepada Jaehyun. Jaehyun mengambil fail itu tanpa sebarang tanda tanya. Setelah melihat isi kandungan fail itu, dia mengucapkan terima kasih lalu menyimpulkan satu senyuman yang membuatkan hati Minhee berdetak dengan kencangnya.

Minhee lantas menunduk hormat kepada cikgu Clara sebelum keluar dari kelas itu. Langkahnya dilajukan ke kelas dengan wajah yang membahang. Pipinya cuba ditutup daripada dilihat sesiapa.

Sedang dia sibuk menghalang pipinya dari dilihat sesiapa, dia tidak sedar akan seseorang yang berada dihadapannya.

"Auch!!" rintih Minhee. Habis kesemua barangnya terjatuh berselerakan di atas lantai. Dia mengangkat mukanya untuk melihat gerangan siapakah yang dilanggarnya.

Apabila ternampak muka manusia tersebut, dia agak terkejut. Baru sahaja dia berjumpa dengan Jaehyun, sekarang Kris pula?!

Kris mengutip barang yang di atas lantai itu tanpa memandang wajah Minhee. Setelah selesai, barang itu diberikan kepada tuan empunya yang hanya berdiri seperti patung.

Minhee mengambil barangnya dari tangan Kris dengan kelam-kabut.

"Joseonghamnida, sunbae-nim," ucap Minhee dan menunduk beberapa kali. Kris tersenyum dengan tindakan Minhee lalu menggosok kepala gadis itu.

"Lain kali hati-hati ya." Minhee mengangguk laju. Dia menghantar pemergian Kris dengan pandangan matanya.

Selepas bayangan Kris hilang, langkahnya kembali diatur ke kelas dengan perasaan yang tidak boleh diucap dengan kata-kata. Perasaannya lebih kurang sama apabila berhadapan dengan Mingyu!

Apabila tiba di kelas, Minhee terus duduk ditempatnya tanpa menghiraukan pandangan pelik dari Mirae. Rambutnya sengaja dijatuhkan menutupi hampir keseluruhan wajahnya demi menghalang rakan sekelasnya terlihat pipinya yang merona merah.

Jaehi yang di sebelah mula memberi perhatian terhadapnya dan membiarkan kerja sekolahnya yang masih tidak siap. Perlakuan pelik Minhee ditatapnya dengan kening kirinya diangkat.

"Yah, kau kenape? sawan?" Minhee mengeleng laju. Dibiarkan pertanyaan Jaehi tidak berbalas. Telefon canggihnya diseluk di dalam kocek blazer dan digunakan untuk melihat wajahnya. Minhee agak terkejut melihat wajahnya yang sudah bertukar warna.

Jaehi memandang Yijin dan Yijin membalas tatapannya. Mereka mengangkat bahu lalu menyambung kerja yang tergendala.

Hanya satu bermain di fikiran mereka, mungkin Minhee sudah meluahkan perasaannya terhadap Mingyu or nah

Tbc

maaf tiada mingew pada chapter ini ;-; /tunduk 90° dengan soonyoung

saya masih mencuba untuk memperbaiki penulisan saya yang macam em em

sila tunggu chap yang seterusnya!

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now