38 - Wew

2.2K 256 18
                                    

Makanan ringan dari kabinet dapur dicapai. Soonyoung membuka salah satu plastik makanan ringan itu dan menyumbatkannya ke dalam mulut. Empat lagi plastik makanan ringan itu dibawa ke ruang tamu. Dia membaling makanan itu ke arah Jun lalu mengambil tempat di atas sofa. Soonyoung mengunyah makanan di dalam mulutnya.

Seokmin cuba mengambil satu plastik makanan ringan yang berada di tangan Jun tetapi dihalang oleh Seungkwan. Mereka berdua berebutan mengambil makanan ringan yang tidak berhasiat itu. Aksi mereka diperhatikan Mingyu.

Mingyu dengan senangnya mengambil makanan ringan yang berwarna kuning di tangan Jun. Dia membuka plastik dan menyeluk tangannya ke dalam. Setelah meyumbatkan beberapa(?) makanan itu ke dalam mulut, Mingyu bangun dan mengambil telefon bimbitnya. Plastik makanan ringan tadi sudah diberikan kepada Seungkwan.

"Aku nak balik rumah jap. Ada barang tertinggal," kata Mingyu apabila terlihat muka Soonyoung yang penuh dengan tanda tanya.

"Oh okey. Tapi jangan lambat, kalau tak kita orang dah mulalan cite tu nanti," balas Soonyoung sambil mengunyah. Jisoo mengeleng melihat perbuatannya.

"Jangan bercakap waktu makan, Soonyoung." Soonyoung tersengih.

Mingyu melangkah ke arah pintu utama. Dia menyarungkan kasutnya. Pintu ditutup dan Mingyu mula berjalan ke rumahnya. Rumahnya hanya beberapa blok dari rumah Soonyoung jadi dia tidak perlu risau jika dia lambat. Mingyu bersiul dalam perjalanan ke rumahnya. Tangan di masukkan ke dalam kocek seluar.

***

Tidurnya terjaga apabila terdengar telefonnya berdering. Sebelah tangannya meraba sekeliling katil. Minhee mengangkat telefon tanpa mencelik mata.

"Min, kau nak makan apa?." Minhee menguap.

"Apa-apa je..," jawab Minhee malas. Dia mencelikkan mata apabila terperasan yang menelefonnya adalah Minseo. Terus Minhee menukar pembaringannya kepada duduk.

"Yah kau pergi mana hah?! Kau tinggalkan aku seorang kat rumah kau?!."

"Dah kau tidur, aku pergilah dengan diorang. Diikutkan aku nak pergi dengan Yijin je tapi Jung ni ha yang sibuk nak ikut." Minhee mendengus.

"Yelah-yelah. Balik cepat! Dahlah ni rumah kau, tuan rumah tak ada tapi tetamu ada. Karang tetiba omma dan appa kau balik macam mana? naye je aku." Minseo mengekeh suka.

"No worries! Omma dan appa aku tak balik hari ni! Ok bye!." Panggilan ditamatkan oleh Minseo.

Minhee membaling telefon bimbitnya ke belakang. Jangan risau, ianya di atas katil. Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Selepas itu, dia terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Semasa menurun tangga, bekalan elektrik di dalam rumah tiba-tiba terpadam. Minhee cepat memaut sesuatu disekelilingnya. Di dalam mindanya sudah terfikir tentang telefon bimbit. 'Aish, menyesal tak bawak turun!.'

Minhee memandang sekeliling. Cerita hantu yang dibacanya sebelum ini tiba-tiba sahaka berada di dalam ingatan. Minhee hanya mampu tabah. Apabila ternampak bayangan sesuatu di ruang tamu, dia membatu disitu. Minhee memberanikam dirinya untuk bersuara.

"Ada sesiapa kat sana?." Dengan teragak-agak dia menuruni tangga.

Sampai di tangga yang keberapa, Minhee terdengar rintihan dari seseorang. Dia tersentak. Minhee mencapai apa saja yang berdekatan dengannya. Dia membuat benda itu sebagai senjata untuk melindungi diri. Terlihat bayangan seseorang dari gelap. Senjata tadi dipegang erat.

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now