Setelah menduduki peperiksaan akhir tahun, pelajar diberi berehat selama tiga hari(termasuk hari ahad). Jadi Seungcheol mengambil kesempatan untuk mengajak rakan-rakannya ke kafe.
Mingyu menarik kerusi di sebelah Soonyoung. Bunyi seretan kaki kerusi bergema ke seluruh ruang kafe. Setelah itu, tiba seorang pelayan perempuan di meja mereka untuk mengambil pesanan.
"Order?." Pelayan perempuan itu menekan pen birunya.
Seungcheol memandang pelayan perempuan itu dari atas hingga bawah. Kemudian matanya mengerling teg nama pelayan itu pula. Dia tersenyum sinis.
"Americano 5, vannila latte 2, caramel 3, cappucino 2, hot chocolate 1."
Gadis pelayan itu tidak memberi ekspresi apa-apa. Dia menulis pesanan itu pada buku nota kecilnya.
Sambil menulis pesanan itu, dia berkata; "Nak apa-apa lagi?."
"Mhm, saya nak awak." Seungcheol tersenyum nakal.
Pelayan itu menguling biji mata. Dia menyilangkan tangan sambil menatap wajah Seungcheol yang meminta pelempang.
"Tak lawaklah, Choi Seungcheol."
"Ada saya kata lawak, Lim Nayoung?." Seungcheol mengangkat sebelah keningnya. Nayoung menjeling Seungcheol sebelum melangkah ke dapur dengan perasaan bengang. Sakit hatinya pabila melihat muka Seungcheol. Ringan saja tangannya mahu menampar seseorang.
Seungcheol mengerling Nayoung yang sudah memasuki dapur. Dia tersenyum menang. Telefon pintarnya dihidupkan. Pandangan pelik dari rakan-rakannya hanya diabaikan.
Mingyu mengambil keputusan untuk membuka mulut setelah lama mendiamkan diri. "Siapa tu, hyung?," soalnya.
Si tua menekan butang tutup pada telefon bimbitnya sebelum memandang si penyoal itu.
"Kawan lama."
Mingyu menjongket kening kirinya. Walaupun terbit satu tanda tanya di dalam hati, dia hanya mengangguk. Jika ditanya lagi, mungkin dia akan dikatakan seorang yang suka menjaga tepi kain orang. Melainkanlah itu Boo Seungkwan.
"Kawan lama? Kawan lama apanya kalau macamtu!." Seungkwan menunjukkan kata-kata tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Seungcheol.
"Kau ni sibuklah. Yelah-yelah, dia tu musuh lama hyung dekat sekolah lama," terang Seungcheol. Ekspresi mukanya hanya bersahaja.
Seungkwan membuka mulut untuk bercakap. Sebelum itu, Chan yang duduk berhadapan dengannya sudah menutup muka dengan kipas kepunyaan Jeonghan.
"Hyung ada musuh? Fuh, lawanya musuh hyung! Tch, macam manalah dia boleh jadi musuh hyung.. tak patut." Seperti yang disangka, 'dirty water' milik Seungkwan pasti akan menyembur.
Chan mengeluh lega. Dia meneliti kipas tangan milik Jeonghan. Ekspresi geli terpapar diwajah apabila terlihat bintik-bintik liur Seungkwan di kipas itu. Pantas Chan memulangkannya kepada Jeonghan. Kemudian, dia bersiul. Tatapan tajam dari si Angel hanya diabaikan.
Jihoon yang berada diantara mereka hanya menunjukkan wajah bosan. Rambutnya yang agak serabai dibetulkan. Dia tidak sempat melihat cermin sebelum ke kafe kerana ditarik oleh Jun dan Soonyoung. Walaupun sudah berkeras enggan mengikuti mereka tetapi dia tetap dipaksa. Sesi tidur petangnya terpaksa ditinggalkan untuk hari ini. Jihoon mengeluh.
Tidak lama kemudian, seorang pelayan datang ke meja mereka dengan menatang dulang. Kali ini gadis pelayan lain. Bukannya pelayan yang bernama Nayoung.
Seungcheol mengerling teg nama pelayan itu. Pelayan itu meletakkan pesanan mereka dengan penuh cermat. Dia berasa kekok kerana perilakunya diperhatikan oleh 13 orang lelaki. Dia cuba untuk tidak membuat eye contact dengan mana-mana lelaki disitu.
Setelah selesai, dia mula beredar dari situ untuk menyambung kerjanya semula. Satu suara memanggilnya menyebabkan dia terhenti dari langkahnya. Dengan berat hatinya, dia memaling tubuh ke arah meja itu semula.
"Ye, saya. Ada apa-apa lagi?." Senyuman semanis gula dilemparkan. Bukan kerana mahu mengurat mereka tetapi ini adalah prinsip kerja. Jangan bermasam muka kepada pelanggan.
"Sohye-shi, tolong bagitau ni dekat kawan awak, Nayoung," ujar Seungcheol dan mengarahkannya menunduk.
Sohye dengan teragak-agak mengikuti arahan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Seungcheol mendekatkan dirinya dengan Sohye untuk membisikkan sesuatu. Sohye lantas membetulkan kedudukannya setelah Seungcheol membisikkannya sesuatu.
"Um, nak apa-apa lagi?." Jisoo mengeleng dan tersenyum. Melihat reaksi lelaki itu, Sohye segera menuju ke dapur.
Wonwoo menumbuk bahu Jisoo. "Acah gentleman lah hyung ni." Jisoo tertawa.
Mingyu mengelengkan kepala. Dia mencapai air vanilla latte miliknya yang tidak terusik lalu menyisipnya. Minuman itu diletakkan ke meja setelah menyisipnya sedikit.
"Jun hyung," panggil Mingyu. Jun menjongket sebelah keningnya sebagai balasan.
"Tolonglah ajar macam mana nak jadi coolllll."
Soonyoung tersedak. Jun menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Buat apa?," tanya Jun. Mingyu bermain dengan tangannya sendiri. Perkara itu membuatkan Seungkwan hendak termuntah. No aegyo please.
"Sebab Minhee suka orang yang cool. Tengoklah cara dia pandang hyung dengan Wonu hyung. Lain tau!."
Jeonghan menjentik dahi Mingyu, kuat. Mingyu mengaduh kesakitan sambil menggosok tampat yang sakit.
"Yah, jadi diri sendiri. Personaliti kau tak sama dengan dua ekor tu tahu," kata Jeonghan. Mingyu mencebik.
"At least ajarlah sikit. Eo, Jun hyung?."
Jum mengangkat bahu. "Aku tak tahu macam mana nak ajar."
Mingyu memberi pandangan simpati kepada Wonwoo. Wonwoo membalas pandangannya dengan ekspresi muka yang bosan.
"Fikiran matang. Mhm, tu je."
"Apekah?! Hyung ni langsung tak membantu!."
Tbc
Ayo ayo~ maap jika ianya bosan. pecah otak fikir idea hagaga.
Cover baru ni wonu pulak 😂 ok senanye tk jumpa mingyu png jadi.. hentam sajalah😂 ade sticker mingyu dekat situ kalau perasan 😂
Kakak sedara saya dah tau saya buat fanfic omg. Dia ada wattpad jugak! nasib saya pandai cover 😅
Kalau tak adehhhkebelakangan ni saya dah terminat i.o.i. whatta man whatta man xD bias saya chungha. bias korang?
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot