40 - Girlfriend?

2.1K 249 12
                                    

Tiga minggu telah berlalu. Mingyu masih tidak sedarkan diri. Minhee pula sibuk menyalahkan diri sendiri tentang hal ini. Walaupun Puan Kim sudah memujuknya tetapi dia tetap dengan pendiriannya(?).

Hari ini, seperti biasa Minhee pergi ke hospital dengan buah-buahan bersamanya. Sejak kemalangan itu, setiap hari dia akan pergi ke hospital untuk melawati Mingyu. Minhee tidak keseorangan. Sebelum ini, pasti ada rakan-rakan Mingyu akan melawatinya juga. Disebabkan itu Minhee tidak berasa keseorangan.

Langkahnya ditujukan ke arah bilik yang bernombor 104. Rambut yang terjuntai di mata dikuis dan diselitkan ke telinga. Apabila sampai di hadapan bilik itu, dia menolak dedaun pintu itu perlahan.

Seorang perempuan yang tidak dikenalinya sedang bermain telefon bimbit di dalam bilik itu. Walaupun pelbagai tanda tanya di dalam kotak fikiran, dia tetap melangkah masuk ke dalam. Perempuan itu mengangkat muka apabila merasai kehadiran seseorang.

Minhee meletakkan makanan yang dibawanya ke atas almari. Dia memandang perempuan itu. "Kawan Mingyu ke?," soalnya sambil duduk di kerusi yang tersedia.

Perempuan itu menjawab sambil mata tidak terlepas dari skrin telefon. "Nope, I'm his girlfriend." Jawapan yang diberikan perempuan itu membuatkan Minhee tersedak liurnya.

"Maafkan saya? Setahu saya, Mingyu tak pernah ada girlfriend," balas Minhee tajam. Perempuan itu menekan punat off telefon bimbitnya.

"Nampaknya Mingyu tak pernah bagitau tentang girlfriend dia yang duduk luar negara lah ni," ujar perempuan itu sinis. Minhee memandang perempuan itu dengan perasaan geram.

"Oh, saya nak keluar pergi beli makanan. Nak kirim?."

"Tak apa. Saya dah makan."

Perempuan itu mengambil tas miliknya yang terletak di sofa dan bingkas bangun. Dia berjalan ke pintu keluar. Langkahnya terhenti sewaktu pintu ditolak. Minhee memerhatikan perempuan itu dengan pandangan pelik.

"Uhm, nevermind," gumamnya lalu berjalan keluar. Setelah bayangannya tidak dilihat lagi, Minhee tersenyum tidak percaya. Dia mengerling ke arah Mingyu yang masih koma. Dia mengeluh. 'Banyak yang awak perlu terangkan, Mingyu,' getusnya.

***

Keesokannya, seperti biasa Minhee akan pergi ke hospital. Selepas makan tengah hari di rumah, dia segera bersiap untuk ke hospital. Masuk saja ke dalam hospital, bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidungnya. Walaupun dia bencikan bau itu, dia memaksa diri untuk menjejak kakinya ke dalam.

Sebaik saja masuk ke dalam bilik, perempuan yang mengakui dirinya adalah teman wanita Mingyu sudah ada. Mata Minhee melirik ke arah pakaian perempuan itu. Kali ini pakaiannya lebih sopan dari semalam.

"Datang lagi?," tanya perempuan itu. Dia mencapai air mineralnya dan penutup botol itu dibuka lalu meneguknya.

"Apa yang membuatkan awak fikir saya tak datang?." Minhee yang sudah duduk di sofa menyilangkan tangan.

"Agaknya selepas saya bagitau yang saya adalah girlfriend Mingyu..?."

"Awh, kenapa saya perlu buat macam tu? Agaknya tentang hal hubungan ini awak langsung tiada kaitan dengan Mingyu," kata Minhee dengan senyuman semanis gula. Perempuan itu membalasnya dengan satu senyuman sinis.

Seseorang membuka pintu menghentikan perempuan itu dari menjawab. Seungkwan masuk ke dalam dengan ekspresi yang tidak berperasaan dan duduk bersebelahan dengan Minhee. Sedari seseorang yang tidak dikenalinya juga berada disitu, dia membisik sesuatu kepada Minhee.

"Siapa perempuan tu?." Minhee mengerling ke arah perempuan yang dia masih tidak mengetahui namanya sebelum menjawab.

"Girlfriend Mingyu katanya." Seungkwan membulatkan matanya. Dia memberi Minhee pandangan are-you-kidding-me.

"Ya, Seungkwan dan jangan pandang aku macam tu."  Seungkwan ber'tsk' kepada Minhee. Dia berpaling menghadap ke arah perempuan yang berada disamping Mingyu. Sempat dia menjeling perempuan itu kerana baginya Minhee yang patut duduk disitu.

Perempuan itu mengangkat muka apabila merasai dua pasang mata memandangnya dengan tajam. "Saya tahulah saya terlalu cantik tapi tak perlulah pandang saya macam tu," ujarnya sambil tersenyum sinis.

Seungkwan mengulingkan bebola matanya. "Oh tolonglah. Nak dibandingkan awak dan dia, dia lagi cantik okey." Seungkwan mengipas mukanya dengan gaya diva.

"Whatever."

Minhee hanya berdiam diri. Dia malas mahu berperang mulut dengan perempuan yang perahsantan ini. Matanya tertancap pada Mingyu. Satu keluhan dilepaskan. Dia bersandar ke belakang. Matanya dipejamkan.

Bunyi pintu dibuka dari luar tidak menganggu Minhee. Kedengaran suara Wonwoo bercakap dan kata-katanya tiba-tiba sahaja berhenti. Minhee mencelikkan matanya untuk melihat apa yang berlaku.

Wonwoo yang berada di depan pintu hanya berdiri tegak disitu. Dia memandang perempuan yang berada disisi Mingyu dengan pandangan hairan.

"Seulmi?."

Perempuan yang dikenali sebagai Seulmi memberikannya senyuman yang boleh membuatkan Seungkwan termuntah.

"Aw, Wonwoo-ah, miss me?."

Tbc

k chap ni nak kena lempang k k.

dAH TAKDE IDEA DAH NAK SAMBUNG ACANE NI KWZJWK

Fanfic ni makin bosan kan? Srs bosan gila ann??? Aritu terfikir nak delete tapi sayang pulak sebab dah buat sampai berpuluh chapter /sigh

Kbye nak meraung kat sudut bilik

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now