28 - Sick

2.1K 299 14
                                    

Minhee membuka kelopak matanya. Kepalanya terasa berat. Kepalanya yang masih terasa berat itu ditolehkan dengan perlahan-lahan ke kanan untuk melihat jam locengnya. Dunia bagaikan berputar. Kepalanya terasa berdenyut-denyut seperti ada batu yang menimpa kepalanya.

Dengan keadaan yang begitu, digagahkan diri untuk bangun. Minhee menuruni tangga dengan perlahan-lahan. Dinding dijadikan sebagai tempat tahanan. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Tubuh disandarkan ke bekakang. Comforter yang dibawa ditangan dipeluk. Kemunculan Puan Jung dari dapur mengejutkannya.

"Kenapa ada dekat sini? boleh pulak turun. Dah dah naik atas balik," arah Puan Jung. Minhee mencelik matanya dengan susah payah.

"Bosanlah dekat dalam bilik," rungut Minhee. Puan Jung mengeleng dan menyuruh dia naik ke atas semula.

Belum sempat Minhee hendak menjawab, bunyi loceng pintu membatalkan hasratnya. Puan Jung membuka pintu. Muncul Mingyu yang sedang berpakaian sekolah. Puan Jung menjemput Mingyu masuk ke rumah. Puan Jung dan Mingyu bersembang-sembang sedikit. Sewaktu Mingyu terpandang Minhee, Puan Jung terus menyuruh Mingyu untuk membawanya ke bilik.

Mingyu tanpa sebarang bantahan hanya mengikuti apa yang disuruh. Minhee terpaksa akur. Dia tidak mampu lagi untuk berlawan dengan keadaannya yang seperti ini. Tubuh Minhee yang dicempung diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Comforter itu ditarik sehingga menutupi tubuh Minhee.

Mingyu duduk dibirai katil. Beg sekolahnya diletakkan di tepi almari solek Minhee. Minhee mengerling ke arah Mingyu. Dia cuba untuk bersuara walaupun denga suara yang serak.

"Kenapa datang jenguk saya? awakkan baru balik sekolah."

Mingyu hanya mampu tersengih. Tangannya diletakkan di belakang leher.

"Nanti Hoseok oppa dengan Krystal unnie nampak awak. Awak tak kesah?" Minhe sedaya upaya untuk menguturkan kata-kata.

"Tak apa. Tahun 6 balik lambat sebab ada kelas tambahan," jawab Mingyu.

Pintu bilik dibuka oleh Puan Jung. Ditangannya membawa makanan untuk Minhee. Puan Jung menempatkan makanan itu di atas meja solek.

"Makan makanan omma dah masak ni, Minhee. Jangan tak makan." Muka Minhee berkerut. Dia mengeleng.

"Aip, nak baik demam kena makan. Pastikan dia makan ya, Mingyu," ujar Puan Jung tersenyum manis. Mingyu mengangguk sambil tersenyum.

Setelah Puan Jung keluar dari bilik. Mingyu membantu Minhee bangun dari pembaringannya. Dia membantu menyandarkan Minhee ke kepala katil. Mingyu pergi ke meja solek yang menempatkan semangkuk bubur ayam yang disediakan Puan Jung.

Dia duduk disebelah Minhee. Perlahan-lahan dia mengacau bubur ayam yang panas itu. Mingyu menyuakan sesudu bubur ke mulut Minhee. Minhee mengeleng lemah. Dia tidak larat untuk berkata-kata. Perbuatannya yang turun ke bawah tadi hanya membuatkan kepalanya bertambah pening.

Minhee akhirnya mengalah. Dia membuka mulutnya dan pantas bubur itu disuap ke dalam mulut Minhee oleh Mingyu. Minhee menelan perit bubur itu. Tekaknya berasa sakit. Setelah menghabiskan beberapa suapan, Minhee tidak lagi mahu menjamah makanan itu. Tekaknya berasa loya.

Mingyu meletakkan mangkuk itu di meja solek. Dia mencapai segelas air suam dan sebiji panadol. Disuakannya ke mulut Minhee. Minhee menayangkan wanah berkerut. Tangannya mengambil segelas air dan ubat itu dari Mingyu. Sambil terpejam mata Minhee menelan sebiji ubat panadol dan menyisip air suam itu. Mukanya berkerut menahan pahit.

Mingyu meletakkan gelas itu ke meja solek. Dia menolong Minhee baring. Minhee membuka matanya untuk menatap wajah Mingyu.

"Saya rasa saya yang patut buat apa yang awak buat." Mingyu tertawa. Dia menyelerakkan rambut Minhee.

"Nanti saya sakit awak tolonglah saya pulak."

"Janganlah cakap macam tu. Kata-kata awak tu satu doa tahu. Elok-elok dah sihat, nak sakit pulak," bebel Minhee. Mingyu tersenyum melihat Minhee membebel.

"Dah dah, tidur cepat. Dah nak exam boleh pulak demam."

Minhee menarik selimut ke paras dada. Rasa mengantuk mula menguasai diri. Walaupun matanya cuba dicelik tetapi ia tetap akan terkatup semula. Minhee mengalah. Perlahan-lahan dia tertidur.

Mingyu yang duduk dibirai katilnya hanya mampu tersenyum. Dia mencium dahi Minhee sebelum mengambil begnya dan keluar dari bilik Minhee untuk pulang ke rumah.

Tbc

eyyy

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now