Anggap sajalah yang svt satu kelas. selamat membaca!
-nj
------
Mingyu mengusutkan rambutnya. Wonwoo yang berada di sebelah hanya dihiraukan. Dia penat. Penat memikirkan cara untuk meluahkan perasaan kepada Minhee.
Pelbagai cara yang difikirnya tetapi tiada satu pun yang bagus. Semuanya pernah dibuat orang. Dia perlukan idea! idea yang bernas!
Bunyi buku ditutup kuat membuatkan kepala Mingyu berpaling ke tepi. Wonwoo memandangnya dengan pandangan kau-dah-kenape. Mingyu mengeluh lalu menyembamkan wajah ke meja. Cikgu Jihyo terpaksa keluar dari kelas kerana ada mesyuarat kelab disiplin. (entah wujud ke tidak)
Wonwoo menatap wajahnya dengan ekspresi wajahnya seperti biasa. Walaupun begitu, ia tetap dapat mencairkan hati peminat-peminatnya.
"Kau kenape? sawan? gila?" tanya Wonwoo. Mingyu mengumam sesuatu yang tidak dapat difahami sebelum mengangkat kepalanya.
"Tak. Hampir gila." Wonwoo masih mengekalkan ekspresi wajahnya.
"Kau ade masalah? aku boleh tolong. Apa gunanya kawan kalau tak boleh tolong kawan baiknya sendiri. Melainkan kawan yang hanya mahukan harta kawannya itu. Kawan dan sahabat lain. Kawan ialah kawan yang entah ada atau tidak semasa kita susah. Sahabat pulak-"
"Not againnnnn." Tangan Mingyu sudah melekat dimulut Wonwoo. 'Susah betul dapat kawan yang emo ni,' bisik hatinya.
Wonwoo mengalihkan tangan Mingyu daripada mulutnya. "Lain kali kalau nak suruh aku berhenti cakap. Tak perlu nak tutup mulut aku. Dahlah tangan bau busuk." Mingyu menghidu tangannya. Kemudian, dia menjeling Wonwoo. Tangannya langsung tak bau busuk, malah wangi macam sabun basuh pinggan! (sabun basuh pinggan wangi.. lagi lagi jenama glo xD)
"Ok ok. Kalau aku bagitau, kau mesti kena tolong aku." Wonwoo mengangguk.
Mingyu mengambil nafas. Dengan wajah yang cuba dikawal, dia berkata, "Tolongakuconfessdekatminhee."
Pada mulanya, Wonwoo bingung dengan apa yang dikatakan oleh Mingyu. Setelah mengulangi ayat Mingyu tadi, dia tersenyum mengejek. Mingyu hanya berbuat tidak tahu dengan memandang ke atas sambil tangan bermain dengan pen.
"Aye Mingyu dah jatuh cinta~." Seungcheol menoleh ke belakang lalu mengangkat kening kirinya sambil tersengih. Jisoo (Joshua) yang kebetulan lalu ditempat Seungcheol terdengar apa yang dikata oleh Seungcheol.
"Siapa orang bertuah tu?" soal Jisoo sebaik menarik kerusi ditempat Mingyu.
Mingyu bermain dengan tangannya. Dia hanya memandang ke bawah kerana tidak mahu memandang tepat dimata mereka. Mingyu mengumam nama Minhee, perlahan. Jisoo grin. Mingyu mengambil buku di atas meja dan ditekup diwajah. Ya, dia malu.
******
-Cubaan pertama, cadangan Jun-
Mingyu, Wonwoo, Seungcheol dan Jisoo menunggu Minhee melalui tempat loker. Mereka menunggu Jun memberi isyarat jika mendapati Minhee berdekatan dengan mereka. Jun turut menyertai mereka kerana terdengar perbualan Seungcheol dan Jisoo. Manakan tidak, mereka berbincang tentang itu dengan suara yang kuat.
Apabila terdengar bunyi siulan, yang pasti dilakukan oleh Jun, Mingyu pantas menatap Jisoo dan Seungcheol dengan ekspresi cemas. Jisoo menyuruhnya melakukan idea mereka tadi sebelum Seungcheol dan Wonwoo menolaknya keluar dari tempat persembunyian mereka. Kawasan loker itu kosong, hanya ada mereka berenam sahaja termasuk Minhee.
Mingyu memandang ke arah si tua yang menunjukkan thumbs up kepadanya sebelum mengorak langkah ke Minhee yang sedang mengambil buku di dalam loker.
"Er Minhee?"
Minhee berpaling menghadapnya membuatkan rambutnya berterbangan kerana ditiup angin. Perbuatan itu membuatkan Mingyu terkaku seketika. Lidahnya kelu. Matanya tidak berkelip. Minhee sekarang ini sangat cantik baginya. Mingyu berada dialam maya sebelum terdengar suara Minhee memanggil namanya.
"Mingyu? Kim Mingyu? hellooooo." Minhee melambai tangannya di depan wajah Mingyu. Mingyu lantas mengeleng kepala supaya tersedar.
Minhee tersenyum melihat wajah Mingyu yang kacak itu. Memang tidak dapat dinafikan, sangat kacak. Senyumannya cuba disembunyikan dari dilihat Mingyu. Aduh, kantoilah senyum macam orang gila depan crush! (curi ayat yijin xD)
"Nak ape? saya nak cepat ni." Mingyu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Saya nak bagitau awak sesuatu ni..sebenarnya.."
"Sebenarnya..?" Kening Minhee terangkat. Mingyu menelan perit liurnya. Dia sudah bersedia untuk ini.
"Sebenarnya saya-"
"JUNG MINHEE!!PALLIWA!" Pekikan Yijin membuatkan Minhee tergopoh-gopoh menutup pintu lokernya. Dia meminta diri untuk ke kelas dan berlari anak bersama Yijin yang baru keluar dari tandas.
Mingyu memerhatikan Minhee pergi. Dia bersandar pada loker milik Minhee dan mengeluh. Hasratnya tidak tercapai.
Wonwoo, Jisoo, Seungcheol dan Jun keluar dari tempat persembunyian dan pergi ke arah Mingyu. Seungcheol menepuk bahu Mingyu.
"Tak ape, kita ada banyak lagi cara."
Tbc
fuh mingyu fuh. nak confess tak jadi. ini semua salah yijin ヾ( ゚⌒゚)ノ゙
nak tau lagi cara mingyu nak confess? sila tunggu chap seterusnya!
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot