8 - Senpai notice me!

3.2K 415 46
                                    

Pintu bilik ditutup rapat. Minhee meletakkan beg sekolah di atas meja belajar lalu merebahkan diri di atas katil. Dia tersenyum sendirian.

"Senpai notice me."

Minhee menampar diri sendiri. Ini semua kerana Kim Mingyu yang berjaya membuatkannya tersenyum seperti orang gila. Seramai-ramai crush nya, Mingyu seorang saja yang tahu tentang dirinya. Kecuali Hoseok, sudah tentu.

Buat kali pertama, crush nya tersenyum kepadanya. Buat kali pertama, crush nya meluangkan masa bersamanya. Buat kali pertama, dia terasa begini. (for the first time and forever~ xD)

Kejadian yang Mingyu mengatakan bahawa Minhee adalah kekasihnya masih segar dikotak fikiran. Bukannya dia tak suka, cuma berbuat tidak suka. Yep, playing hard to get.

Pintu biliknya diketuk. Minhee tersentak. Hoseok membuka pintu bilik dan bersandar didinding sambil memandang ke arah si adik. Minhee yang sudah menukar posisinya kepada duduk, memandang abangnya dengan kening terangkat.

"Kawan kau datang."

"Jangan cakap yang Jung, Yijin dengan Jaehi yang datang," kata Minhee. Matanya dikecilkan. Hoseok mengangguk.

"Hah?!"

"Bukanlah, orang lain," ujar Hoseok sambil tertawa kecil. Minbee menunjukkan buku lima kepada abangnya.

"Dah dah cepat turun. Nanti kawan kau dah balik," arah Hoseok. Minhee mengikut apa yang disuruh oleh abangnya tanpa banyak soal.

Sampai di ruang tamu, kelihatan Yoongi duduk di sofa sambil bermain telefon. Minhee mengerling ke arah Yoongi. Yoongi masih berpakaian sekolah. Minhee melihat pakaiannya. Eh, dia pun sama.

"Buat ape lagi kat sini, Min?" Suara Hoseok dari belakangnya membuatkan Minhee terlompat sedikit.

"Yah! you scared me!"

Hoseok menolak Minhee yang menghalang jalannya. Yoongi hanya memerhatikan mereka. Minhee menjeling Hoseok dan menunduk kepada Yoongi sebelum pergi ke arah pintu. Yoongi seperti biasa, hanya menunjukkan wajah cold nya yang boleh mencairkan hati perempuan. Tapi Minhee tidak.

Seorang lelaki yang tinggi nya lebih kurang ketinggian Minhee, sedang berdiri membelakanginya. Minhee berdehem membuatkan lelaki itu tersentak. Dia memusingkan badannya menghadap Minhee lalu tersenyum. Minhee pelik. Mengapa pula Chan ada dirumahnya?

"Uh.. sebenarnya Mingyu hyung yang suruh saya datang sini." Chan meletakkan tangan di belakang leher.

"Kenape?" Chan mengeluarkan coklat dari dalam begnya dan dihulurkan kepada Minhee.

"Sebab ni. Kalau saya tak datang sini nanti hyung paksa saya belanja dia makanan," ujar Chan. Minhee mengambil coklat itu.

"Kenape dia tak bagi sendiri?" soal Minhee kebingungan. Dia membelek coklat pemberian Mingyu.

"Entah. Malu kut." Chan tersengih. Minhee tersenyum.

"Kalau macam tu, cakap dengan dia saya cakap terima kasih. Ha awak pun, sebab hantarkan coklat ni."

"Ok. Baiklah, saya pergi dulu."

"Annyeonghigaseyo," ucap Minhee. Dia memandang Chan hingga dia hilang dari pandangan. Minhee menutup pintu. Semasa berjalan diruang tamu, Hoseok memberhentikannya.

"Apa?" Hoseok memuncungkan mulut ke arah coklat yang berada di tangan Minhee.

"Namchin bagi eh?"

"Taklah!" sangsah Minhee sepatah.

"Yelah tu. Bagitau omma yang Min dah ada namchin." Minhee menghiraukan Hoseok dan terus berjalan ke biliknya.

"Suka hati oppa lah."

Setelah Minhee masuk ke bilik, Hoseok membuat muka. "Budak ni.."

Yoongi yang disebelahnya menggaru kepala. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. "Hoseok, adik kau kawan dengan Yijin kan?" Hoseok mengangguk sambil menyumbatkan pringles ke dalam mulut.

"Baguslah kalau macamtu.." Hoseok memandang Yoongi dengan muka berkerut. Yoongi hanya membuat tidak tahu sambil bermain dengan telefonnya. Apa-apa pun, pasti ada sesuatu yang bermain dikotak fikirannya.

******

Bekal makanan yang berada ditangan diberi kepada Mingyu. Mingyu mengambilnya dengan kebingungan.

"Ni sebab saya datang lambat hari tu," terang Minhee lalu duduk di sebelah Mingyu.

Mingyu membuka penutup makanan itu. Mulutnya ternganga melihat makanan yang ada di dalam bekas itu. Sungguh dia tak sangka yang Minhee sanggup membuatkannya makanan. Baginya, inilah hadiah paling istimewa. Ya, setiap makanan yang diberi kepadanya adalah istimewa.

"Awak ke yang buat kimbab ni?" soal Mingyu tidak percaya. Minhee mengangguk. Mata Mingyu bersinar. Dia mengambil salah satu kimbab itu lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Wah! banyaknya inti!"

"Perisa lain lain? sedapnya!"

Mingyu memandang Minhee yang hanya memerhatikannya makan. Dia mengambil satu kimbab dan dihulurkan kepada Minhee.

"Makan." Minhee mengeleng.

"Tak ape. Saya dah makan dekat rumah."

Beberapa saat selepas Minhee berkata sebegitu, perutnya berbunyi. Minhee sudah menyumpah seranah dirinya. Mingyu tersenyum kecil.

"Nah." Mingyu menyuapkan kimbab itu ke mulut Minhee lalu menyimpulkan sebaris senyuman yang membuatkan dada Minhee berdetak dengan kencangnya.

Setiap kali Mingyu menyuapkan makanan itu kepada Minhee, dia akan menyuapkan kimbab itu kepada dirinya dan perkara itu diulang berselang-seli sehingga makanan itu habis.

Hari ini, Minhee dapat mengetahui satu perkara tentang Kim Mingyu.

Mingyu memang kuat makan.

Tbc

dalam keadaan ini, saya type chap ni. sungguh mencabarr. sedapnya kimbab (ToT)

mingyu memang kuat makan. hah xD

kily

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now