9 - Mafia

3K 397 14
                                    

dedicated to @-jjisoo

mingyu is hot hot hot

-nj

------

Mingyu berpaling ke kanan dan ke kiri. Setelah memastikan tiada siapa yang melihat mereka, Mingyu menarik Minhee keluar dari situ. Mereka berdua menyandarkan tubuh pada dinding. Menyiasat sangat memenatkan, bukan?

Mingyu mengerling ke arah Minhee. Nafasnya masih tidak keruan. Mereka melarikan diri daripada konco-konco Se Gi. Siapa sangka Se Gi adalah anak kepada seorang mafia. Nasib baik mereka memakai mask hitam. Jadi, identiti mereka masih lagi tidak ketahui.

Mask hitam yang tadi elok menutupi sebahagian dari wajah, dibuka. Minhee turut melakukan perkara yang sama. Mingyu mengesat manik-manik peluh didahi.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki yang banyak(?) pergi ke arah mereka. Mingyu terus menarik Minhee ke tempat lain. Mereka bersembunyi disatu lorong yang agak gelap. Lorong itu sangat sempit sehingga Minhee boleh merasai deruan nafas Mingyu dipipinya. Minhee sedaya upaya mengundur ke belakang. Tapi apa kan daya, dinding menghalangnya daripada berbuat sedemikian.

Kedengaran beberapa suara sedang bercakap berdekatan dengan mereka. Seseorang bergerak ke arah tempat mereka bersembunyi. Hanya nafasnya dan Minhee kedengaran. Mingyu terpaksa menahan nafas untuk mengelakkan daripada tertangkap. Dia memberi isyarat kepada Minhee supaya menahan nafasnya tetapi Minhee tidak memberi sebarang reaksi kerana tidak faham.

Mingyu menyumpah dirinya. Wajahnya didekatkan lagi dengan wajah Minhee. Dia terpaksa membongkok sedikit kerana Minhee lebih rendah berbanding dirinya. Mingyu terpaksa mengambil langkah drastik ini. Seperti apa yang bermain difikiran anda, ciuman dibibir. Hanya cara itu saja yang boleh.

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh digunakan tetapi fikiran manusia bila dimasa yang cemas agak cetek. Bila dah cemas, apa yang terlintas difikiran itulah yang akan dibuat tanpa berfikir kesannya.

Seperti yang disangka, mata Minhee membulat. Jantungnya seakan-akan berhenti. Dia menatap wajah Mingyu. Mata Mingyu tertutup rapat. Minhee hanya kaku disitu. Dia tidak sangka yang ciuman pertamanya diambil dengan cara ini. Dan yang membuat jantungnya mengepam dengan pantas adalah Kim Mingyu...

Kim Mingyu yang mengambil ciuman pertamanya.

Perkara itu bagaikan mimpi. Atau ini hanya angan-angannya? Tidak. Semuanya berlaku di alam realiti. Bukan mimpi mahu pun angan-angan yang direka.

Setelah memastikan mereka sudah pergi, Mingyu lantas meleraikan ciuman. Dia keluar dari lorong itu dan bersandar pada dinding sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Mingyu merasai kehadiran seseorang di sebelahnya. Minhee juga melakukan perkara yang sama sepertinya. Mingyu tidak menoleh. Minhee pula diam membisu. Mungkin masih terkejut dengan kejadian tadi. Mingyu mengeluh.

"Maaf dengan tindakan saya tadi, tapi saya terpaksa."

******

Mingyu termenung sendirian di dalam bilik. Dia masih memikirkan tentang kejadian petang tadi. Perkara itu asyik menghantuinya sehingga kini. Rasa bersalah? ada sedikit.. gembira? dia tersenyum sendiri. Tapi perasaan Minhee? dia tidak tahu.

Rambutnya dikusutkan. Dia risau jika Minhee tidak melayaninya seperti dulu.

Tetapi apabila mengingati tentang ciuman itu, bibirnya tidak henti daripada menguntumkan senyuman. Mingyu masih dapat merasai perisa lip balm yang dipakai Minhee pada bibirnya. Mungkin mereka berkedudukan sebegitu agak lama. Atau memang lama? Sekali lagi Mingyu tersengih sendirian. Dia menepuk-nepuk pipinya supaya kembali ke realiti.

Really, this guy..

Tapi sayangnya ciuman itu langsung tidak ada apa-apa maksud. Ianya tidak bermakna. Ciuman itu hanya bertujuan untuk menyelamatkan diri.

Hmm, mungkin lain kali?

Tbc

APE YANG SAYA TELAH LAKUKAN?! NSBSYESHZHWWXXH
MINGYU SANGAT HOT

lupa soonyoung jap /amik pistol, tembak diri sendiri

oh ya, mingyu dah tukar percakapan ke saya-awak.

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now