Minhee dan Mingyu berjalan berseiringan. Mereka baru habis berbincang tentang manusia yang bernama Shin Se Gi.
Shin Se Gi. Pelajar yang paling misteri di sekolah mereka. Mempunyai ramai peminat kerana wajahnya yang seperti badboy. Sering membuat masalah di sekolah. Tidak kira masa dan waktu.
Minhee menelan liurnya perit apabila kejadian dua minggu yang lepas menerjah mindanya.
Jaehi menampar lengan Yijin sambil
tergelak."Kau tarik rambut Yoongi sunbae? omona! tak percaya aku!" ujar Jaehi dengan sisa tawanya.
Yijin mengusap tangannya yang kebas akibat ditampar oleh Jaehi manakala Minhee memandang Yijin dengan mata membulat.
"Serious ke Jin?! kau telah menempah maut dari Yoongi sunbae! oh my." Minhee kehilangan kata-kata.
Dia tidak sangka rakannya ini telah membuat perkara yang boleh dikatakan gila. Nampaknya, Yijin adalah sasaran Yoongi yang seterusnya.
Belum sempat Yijin membalas, satu pergaduhan telah berlaku di kawan loker sekolah yang mereka lalui. Jaehi terus menarik Minhee dan Yijin ke arah pergaduhan itu. Pelajar-pelajar lain mula mengerumuni.
Kelihatan Se Gi dan seorang pelajar sedang bergaduh. Pelajar itu luka teruk. Se Gi berhenti dari memukul pelajar itu lalu membetulkan bajunya. Dia tersenyum sinis.
"Cari fasal dengan aku lagi? silakan. Tapi pastikan kau kuat dari aku."
Jaehi ternganga melihat adegan itu. Yijin hanya menunjukkan wajah bosannya manakala Minhee hanya berdiam diri. Se Gi mengambil blazernya yang berada dilantai lalu memakainya. Pelajar yang mengerumuni memberi Se Gi ruang untuk berjalan.
Sejurus itu, Jaehi terus bersuara. "Kau nampak tak? muka handsome tapi perangai scary!" Yijin menguling mata.
Minhee mengerling ke arah pelajar yang sedang bersandar pada loker itu. Kesan-kesan lebam ada di wajahnya. Peringatan, jangan sesekali buat masalah, lagi-lagi dengan mahluk yang bernama Shin Se Gi.
"Yah."
Lamunannya terhenti. Minhee menoleh, memandang Mingyu.
"Ya?"
"Kita nak mulakan siasatan ni bila?"
"Entah. Ikut sunbae lah. Saya tak kesah."
Balasan dari Minhee membuatkan Mingyu terdiam sebentar. Minhee mengerling ke arah Mingyu ternyata dia sedang memikirkan hari untuk mereka pergi menyiasat.
Sungguh Minhee tidak percaya yang dirinya bakal menyiasat. Bersama Mingyu pula itu. Menyiasat? ingat polis ke?
"Esok, nak?" cadang Mingyu. Minhee terus mengangguk. Rasanya esok tiada apa-apa, bisiknya.
"Sunbae serius ke nak siasat fasal Shin Se Gi ni?"
Soalan Minhee membuatkan Mingyu memandangnya pelik. "Habistu? dah cikgu Ahn suruh. Nak buat macam mana?"
Minhee mengangguk. Ada betulnya juga.
"Baiklah! esok, belakang sekolah, pukul 2! lambat? belanja sunbae makan."
"Arraseo!" Minhee menjeling Mingyu. Jeez, ini Minhee lah, mane pernah lambat.
******
Mingyu bersandar di dinding. Matanya mengerling jam tangan miliknya. Sudah jam 2:15 petang tetapi bayangan Minhee tidak muncul-muncul. Entah-entah Minhee sudah pun pulang meninggalkannya disini. Ish, pelupa betul!
Mingyu mengambil keputusan untuk pulang tetapi niatnya terbatal. Dari jauh terdengar derapan tapak kaki yang sedang berlari.
"MINGYU SUNBAEEEE!" (BAEEE BAEEE)
Mingyu menoleh. Ternyata itu adalah Minhee. Setelah Minhee tiba di depannya, dia tersenyum mengejek.
"Awak lambat. Belanja sunbae makan nanti," ujar Mingyu tersenyum bangga. Bangga kerana dia dapat makan percuma.
Minhee mengelap manik-manik peluh didahi mengunakan sapu tangan.
"Tapi puan park yang menyebabkan saya lambat!"
"Oh ye? ada sunbae tanya?"
Minhee menghentak kaki tanda protes. Mingyu geli hati melihat Minhee sebegitu. Comel. (MiNHEE YAA)
"Cepatlah! nanti dia dah pergi!"
Minhee berlari anak ke arah Mingyu dan mengikutinya. Dari jauh terlihat Se Gi yang sedang berjalan seorang diri keluar dari sekolah.
Spy mood on.
Tbc
does she love me? does she love me not? xD
penyiasatan mingyu dan Minhee akan bermula. nama ship mingyu dan Minhee? ada cadangan?
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot