39 - Date

2.1K 249 14
                                    

Minhee melihat pantulan tubuhnya dari cermin. Dia tersenyum sendirian sebelum keluar dari biliknya. Hoseok yang berada di ruang tamu mengangkat muka apabila Minhee melaluinya. Bau haruman adiknya itu membuatkan hidungnya gatal. 'Lori minyak wangi tumpah apa?,' getus hatinya.

Pakaian Minhee diteliti. Sebelah keningnya dijongket kerana pelik melihat Minhee berpakaian cantik-cantik di awal pagi.

"Yah yah, kau nak pergi mana ni? Minyak wangi sebotol eh kau pakai?." Hoseok mengutarakan soalan kepada Minhee. Si adik yang berada di meja makan hanya mengabaikan abangnya dan mencapai sekeping roti.

Minhee terus berlalu pergi ke arah pintu utama tanpa memandang Hoseok. Hoseok menjengkelkan matanya. Dia menghantar Minhee melalui ekor mata.

Setelah sepasang kasut converse merah disarung, pintu utama rumah dibuka dan kakinya melangkah ke luar rumah. Langkahnya ditujukan ke taman yang berdekatan dengan rumahnya. Minhee duduk di salah satu buaian yang terdapat disitu. Dia menghayunkan buaian itu ke depan dan kebelakang sedikit. Sambil itu, dia tersenyum.

Bunyi yang terhasil dari telefon bimbit mengejutkan Minhee. Dia menghidupkan telefon bimbitnya dan membuka mesej daripada Mingyu.

Mingyu
Dah sampai?

Minhee tersenyum. Dia membalas mesej Mingyu selepas itu.

Minhee
Dah. Awak dah sampai mana?

Minhee menatap skrin telefon bimbitnya. Tidak lama kemudian, satu pesanan ringkas dari Mingyu diterimanya lagi.

Mingyu
Dah nak sampai. Tunggu saya :)

Minhee mematikan telefon bimbitnya. Telefon itu dipegang erat sambil sebaris senyuman terpapar diwajahnya. Senyuman gembira. Hari ini Mingyu ingin membawanya keluar. Date? Mungkin.

Hanya satu perkataan yang mewakili perasaannya sekarang. Gembira. Minhee menekup wajahnya dengan tangannya. Buaian yang didudukinya sudah terhenti dari berhayun. Kepala pantas didongak ke arah pemanggil namanya itu. Kelihatan Mingyu dari seberang jalan melambai kepadanya.

Minhee membalas lambaian Mingyu. Satu debaran memukulnya saat melihat Mingyu ingin melintas jalan. Mingyu tersenyum kepadanya semasa melintasi jalan yang memisahkan antara mereka berdua.

Minhee memerhatikan Mingyu dari jauh. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Ah, mungkin perasaannya sahaja. Tanpa Mingyu sedari, sebuah kereta meluncur laju di jalan yang dilintasinya.

Hanya beberapa langkah lagi untuk Mingyu tiba disamping Minhee. Minhee yang berasa cemas mula menoleh ke kanan dan kiri. Sedari sebuah kereta laju menuju ke arah Mingyu, lantas jeritannya dikeluarkan.

Namun, semuanya sudah terlambat. Tubuh Mingyu terpelanting ke baju jalan dengan keadaan yang bermandi darah. Minhee berlari ke arah Mingyu dengan air mata yang cuba ditahan. Tibanya disitu, mulutnya ditekup dan air matanya mula jatuh. Dia menelefon ambulance dengan perasaan yang bercampur-baur.

Setelah panggilan ditamatkan, lututnya berasa longgar dan automatiknya dia jatuh melutut. Kepala Mingyu diletakkan ke ribanya.

"Bertahan, Mingyu. Awak akan selamat." Minhee tersedan-sedu mengatakan ayat itu. Mingyu hanya mampu tersenyum kelat. Dia terbatuk-batuk.

"Saya mungkin dah tak lama.."

"Jangan cakap macam tu! Awak akan hidup!." Minhee memintas ayat Mingyu. Dia tidak sanggup mendengar ayat itu keluar dari mulut kekasihnya.

Bunyi siren ambulance membuatkan Minhee tersentak. Mingyu dibawa masuk ke ambulance bersama Minhee untuk menemaminya. Dalam perjalanan ke hospital, Minhee hanya mengenggam tangan Mingyu.

***

Seorang doktor keluar dari bilik icu dengan berita yang baik. Orang tua Mingyu, rakan-rakannya dan adiknya juga sudah tiba di hospital sebaik menerima berita mengejutkan itu. Encik Kim menuju ke arah doktor yang ditugaskan untuk merawat anaknya.

"Macam mana dengan keadaan anak saya?," soalnya.

"Anak encik selamat tetapi dia dalam keadaan koma. Juga ada keretakkan sedikit di kepalanya." Puan Kim melepaskan nafas berat. Lega apabila mendengar anaknya terselamat.

"Berapa lama dia akan sedar?."

"Itu bergantung. Mungkin dalam 2-3 bulan atau lebih. Kami tidak boleh menjangka."

"Terima kasih, doktor." Doktor itu memberikan satu senyuman sebelum menuju ke tempat lain.

Puan Kim dan Encik Kim masuk ke dalam bilik yang menempatkan Mingyu. Puan Kim sebak melihat anaknya terlantar kaku di katil hospital. Puan Kim melabuhkan punggung di kerusi. Anaknya diperhatikan sayu.

Seorang demi seorang masuk ke bilik itu. Seungcheol yang sudah lama menanti di dalam bilik, menuju ke luar untuk mengambil angin. Setibanya diluar, dia terlihat Minhee yang sedang duduk di kerusi yang tersedia dengan kepala yang ditundukkan. Seungcheol melangkah mendekati Minhee.

"Minhee? Kenapa tak masuk?." Minhee pantas mengesat air matanya yang mengalir.

"Ya, nak masuklah ni." Dia bingkas bangun dan mengesat tubir matanya. Seungcheol memberikannya senyuman tawar sebelum beredar ke rooftop.

Pintu bilik itu ditolak dan dia melangkah masuk ke dalam. Apabila terlihat satu susuk tubuh yang terbaring kaku di atas katil, matanya kembali berair. Minhee hanya berdiri disitu tanpa beraksi apa-apa. Suasana di dalam bilik itu juga senyap, hanya kedengaran mesin yang membantu Mingyu bernafas.

Saat terpandang wajah Puan Kim yang penuh dengan kerisauan, hatinya menjadi gusar. Jika dia tidak keluar dengan Mingyu, pasti ini semua tidak akan terjadi. Minhee mengatur langkah ke arah Puan Kim. Dia berlutut di tepinya. Perbuatannya membuatkan penghuni di dalam bilik itu terkejut.

"Maafkan saya. Semuanya salah saya. Kalau saya tak keluar dengan dia, semuanya tak akan terjadi." Minhee menundukkan wajah. Sepasang tangan menariknya untuk bangun. Ianya milik Puan Kim.

Puan Kim hanya mampu tersenyum kelat. "Ini bukan salah kamu. Semuanya berlaku dengan tidak dijangka. Tak usah lah kamu salahkan diri sendiri." Minhee menangis. Dia memeluk tubuh Puan Kim. Puan Kim mengelus rambutnya dengan perasaan yang berbelah bahagi.

Minhee menlonggarkan pelukannya. Air matanya dilap menggunakan hujung lengan baju. Dia akan menyalahkan diri sendiri jika Mingyu tidak akan bangun.

Tbc

Maap chap lepas banyak typo. Saya dh mls nak panjangkan ff ni. Tak tau lah macam mana awak semua baca ff yang bosan ni. Ayat pun macam sakai (─ ─)

Kk bye mingyu kena langgar😭😂

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now