19 - Cafe

2.5K 338 24
                                    

Pelayan lelaki yang berseluar hitam dan berbaju putih membawa minuman yang dipesan. Minuman diletakkan di hadapan mereka dengan cermat dan sopan. Minseo sempat melihat tanda nama pelayan itu.

Hwanhee cepat berlalu meneruskan kerjanya. Mata Minseo melirik ke arah Hwanhee pergi. Puan Kim mencucuk pinggang anaknya kerana berkelakuan sebegitu. Minseo mencebik lalu mencapai gelas minuman dan menyedut hujung straw.

Puan Kim tersenyum apabila terpandang wajah Puan Jung.

"Budak-budak nak membesar.." Bibirnya dicebik lagi. Minseo bersandar membuatkan kerusinya terdorong ke belakang.

"Tak apelah. Budak sekarang dah pandai nak cari sendiri. Dulu orang tua kita yang pilihkan," ujar Puan Jung, berpengalaman.

Puan Kim tertawa kecil apabila mengingati tentang perkara itu. Perkahwinannya diaturkan oleh kedua orang tuanya sendiri. Perkahwinan tanpa cinta. Lama-kelamaan cinta itu akan berputik.

Puan Jung dan Puan Kim berbual tentang masa silam mereka manakala anak-anaknya menjadi patung. Bagi Minseo dan Minhee, disekeliling mereka hanya kedengaran 'Yoo Jaesuk' (sejenis serangga)

Minseo menendang kaki Minhee di bawah meja. Minhee yang sedang bermain telefon, terjerit kecil membuatkan tumpuan Puan Jung dan Puan Kim terarah kepadanya.

Minhee tersengih dan berkata dia terlihat lipas di bawah meja. Dari situ, cerita yang dibualkan oleh omma-omma mereka ialah tentang haiwan belaan mereka.

Setelah memastikan Puan Kim tidak memandangnya, dia mengambil keputusan untuk menendang kaki Minseo semula.

"Omo!" Puan Kim terjerit. Wajah Minhee sudah menunjukkan yang dia cemas. Adakah dia tersilap?

"Ade masalah ke Sekyung?" tanya Puan Jung, bimbang. Puan Kim memandang ke arah bawah meja dan terlihat seekor kucing yang sedang menjilat bulu.

"Oh, ia hanya kucing." Minhee menghela nafas lega. Sangkanya dia tertendang kaki Puan Kim.

Puan Kim bertanya kepadanya tentang Mingyu. Minhee teragak-agak untuk berkata-kata. Minseo yang terlihat Minhee sebegitu, mengambil kesempatan untuk membalas apa yang dibuat Minhee tadi.

"Dia dah kawan dengan oppa lama." Minhee menjeling Minseo.

"Eh tak adalah lama sangat, kenal awal tahun ni." Minhee tersenyum tawar.

Cawan yang berisikan air coffee dihirup sedikit demi sedikit. Puan Jung meletakkan semula cawan itu dan menoleh kepala ke Minhee.

"Min tak pernah bagitau omma pun yang Min ada kawan nama Mingyu," kata Puan Jung sambil memandang tepat ke arah anaknya. Minhee menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Er sekarang omma dah tau, kan?" Ommanya mengeleng kepala sedikit.

Puan Kim hanya menunjukkan senyuman. Matanya melirik ke arah jam tangannya yang elok terpakai dipergelangan tangan kanannya. Dia cepat menghabiskan air yang dipesan tadi. Beg yang berada di atas meja diambil.

"Saya nak kena balik ni. Nak masak untuk makan malam. Kalau ada ape-ape calling-calling ye?" ujar Puan Kim dan tersenyum manis. Puan Jung tertawa kecil mendengar ayat Puan Kim.

"Yelah, Sekyung. Nanti ada masa kita jumpa lagi." Puan Kim mengangguk. Dia mencuit bahu anaknya yang berada di sebelah. Puan Kim bangun dari tempat duduknya.

Minseo menyedut air nya buat kali terakhir sebelum beredar. Dia menunduk kepada Puan Jung dan melambai tangan kepada Minhee. Kemudian, Minseo mengikuti ommanya yang sudah beberapa tapak di hadapan.

Puan Jung memberi duit yang perlu dibayar kepada Minhee. Minhee mengambilnya lalu bangun dan menapak ke kaunter. Pelayan tadi yang sedang menjaga kaunter.

Hwanhee tersenyum kepada Minhee. Minhee membalas senyumannya dan membayar minuman mereka.

******

Mingyu memerhatikan ommanya yang sedang mengemas barang dapur. Melihat Puan Kim yang bersusah-payah untuk meletakkan gula di kabinet atas, Mingyu lantas menolongnya.

"Lain kali kan omma.. kalau nak Mingyu tolong, panggil je. Apa gunanya jadi tinggi~" Gumpulan kertas tepat mengenai kepalanya. Minseo datang dari arah belakang sambil membuat ekspresi menyampah.

"Bataks tinggi! tahulah orang pendek!" Minseo bersilang tangan. Mingyu tersenyum mengejek kepadanya.

"Jeles, cakap." Minseo membuat gaya hendak muntah. Dia menunjukkan ekspresi geram sebelum berlalu dari situ.

Semasa Puan Kim sedang menyusun pinggan, sempat dia memulakan bicara bersama anak lelakinya.

"Gyu kenal Minhee?" Mingyu mengangguk sambil mengunting paket gula dan dimasukkan ke dalam bekas. Puan Kim tersenyum melihat anak lelakinya membuat kerja dapur.

"Minhee tu pemalu orangnya ya? tadi omma ada jumpa dia dengan omma dia. Lawa." Mingyu tersenyum mendengar kata-kata ommanya.

"Memanglah lawa, bakal menantu omma," monolog Mingyu, perlahan. Puan Kim mengeleng kepala sambil tersenyum.

"Aip, habiskan belajar dulu baru kahwin ya.." kata Puan Kim sengaja. Mata Mingyu membulat. Terus kerjanya terhenti.

"Omma dengar?!" Puan Kim mengangguk dan tertawa. Mingyu membuat muka cemberut. Satu idea muncul dikotak fikirannya.

"Er kalau Mingyu dengan dia.. omma restu tak?" Mingyu menatap Puan Kim dengan mata yang bersinar bak batu permata.

"Omma okey je.."

Dalam hatinya sudah berbunga-bunga. Mingyu memandang Puan Kim dengan penuh kasih sayang. Puan Kim menjongket kening memandang anak lelakinya ini.  Tubuh ommanya dipeluk seerat-eratnya. Dicium dahi ommanya berkali-kali tanda gembira.

Mingyu berlari ke bilik dengan riang bagaikan memenangi loteri. Puan Kim yang sedang mengupas kulit bawang, geli hati dengan tingkah laku anaknya. Suka sangat.

Tbc

dot kikuyu

fanfic ini baru saja bermula. nantikan.

jangan remove ff ni dari library ya. saya update ni pun guna hotspot mak. tenet takde (ToT)

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now