33 - Girly gyu

2.2K 274 9
                                    

Minhee menyimpan alat tulisnya di dalam bekas pensel. Dia merehatkan kepala di atas meja. Sementara menunggu waktu peperiksaan tamat, Minhee sempat menenungkan nasib dirinya.

Fikirannya mula melayang pada kejadian semalam yang agak memalukan. Selepas terlanggar rak majalah, meja yang tersedia di depan kedai serbaneka itu pula yang dilanggarnya. Rakan-rakannya(termasuk seungkwan) hanya tertawa. Mingyu seorang sahaja yang sudi menolongnya. Tch, inilah sahabat.

Hanya mengingati perkara itu boleh membuatkan Minhee meraung di dalam hati. Tetapi apabila mengingati tentang rakan-rakannya itu, dia sudah membayangkan dirinya mencincang tubuh mereka semua.

Lamunannya terhenti apabila Bohyuk menyepak kerusinya dari belakang. Minhee ingin memarahinya kerana mengganggu ketenteramannya. Sebaik saja menoleh ke belakang, kertas peperiksaan matapelajaran Enggeris dihulur kepadanya. Terus niatnya mati.

Kertas peperiksaan itu bertukar tangan. Minhee meletakkan kertas peperiksaan miliknya di atas kertas peperiksaan milik Bohyuk sebelum memberi kepada orang di hadapan. Dalam hati dia bersyukur kerana tidak menghamburkan amarahnya kepada Bohyuk . Bohyuk seorang yang suka mengusik dan Minhee tidak suka akan perkara itu.

Pernah sekali surat cinta yang ditulis Jaehi dibaca oleh Bohyuk. Surat cinta itu sepatutnya diberikan kepada Chanyeol tetapi disebabkan Yijin dan Jung yang merebutkan surat itu dan akhirnya ia terpelanting ke arah Bohyuk.

Selepas Bohyuk membacanya, dia terus mengusik Jaehi sehingga sekarang. Kadang-kala dia mengugut bahawa dia akan memberi tahu abangnya (iaitu jeon wonu). Nasib menyebelahi Bohyuk kerana abangnya berada di dalam kelas yang sama dengan Park Chanyeol. Demi menutup mulut Bohyuk, Jaehi sanggup menahan lapar kerana wang sakunya sudah digunakan untuk membeli makanan buat Bohyuk.

Minhee menyimpan bekas pensel di dalam beg. Cikgu Lyn memberikan kata-kata akhir sebelum melepaskan mereka pulang. Minhee hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Apabila loceng sekolah berbunyi, beg sandangnya di sangkut pada sebelah bahu.

Setelah cikgu Lyn keluar, barulah rakan sekelasnya berpusu-pusu keluar meninggalkan kelas diikuti Minhee. Minhee membuka loker miliknya untuk menyimpan buku teks.

"Ay Min! cepatlah sikit," kata Jaehi yang baru tiba di sebelahnya.

"Oi, tahu tak perkataan sabar? Aku pun belum simpan buku lagi." Jung tiba di sebelah kiri Minhee lalu mengambil kunci loker di kocek blazernya.

Jaehi bersandar pada loker sementara menunggu mereka berdua selesai menyimpan buku. Dia mengerling ke nama pemilik loker yang disandarnya. Terkejut beruk Jaehi melihat nama pemilik loker tersebut. Langsung dirinya dilarikan ke tepi Jung.

"Kenapa tak cakap tu loker Se Gi! Aish, nasib baik dia tak datang simpan buku dia!." Jung mengangkat bahu.

"Aku ingat kau dah tahu." Minhee mengangguk tanda menyokong kata-kata Jung. Pintu loker ditutup lalu dikunci.

"Kau orang tak takut ke dengan dia?," soal Jaehi. Jung menutup pintu loker dan berpaling ke arah Jaehi.

"Buat apa nak takut. Dia pukul lelaki je kalau kau nak tahu."

"Oh yeke?"

"Yeeeew cik Jaehiiii."

Minhee yang hanya memerhatikan mereka berdua mengelengkan kepala. Beg sandangnya dibetulkan.

"Dah jomlah. Tadi kata nak balik sangat. Tup tup dia boleh bersembang dekat sini." Minhee menarik Jung dan Jaehi ke luar sekolah.

Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Wonwoo. Pada mulanya mereka mahu menghiraukannya tetapi apabila Wonwoo memanggil Jung, langkah mereka terhenti. Jung memberikan Wonwoo pandangan kau-nak-apa.

"Omma aku ajak family kau makan malam dekat rumah."

"Oh okey. Nanti aku bagitau omma. Tu je ke?." Wonwoo mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek seluar dan membuka aplikasi Line. Telefon miliknya dihulurkan kepada Jung.

"Baca tu." Jung mengambil telefon Wonwoo. Berkerut mukanya apabila membaca mesej daripada Aunty Jeon.

"Minah senget tu pun ada nanti?! Yah are you kidding me?!." Wonwoo hanya mampu mengangguk. Jaehi mengangkat tangannya secara tiba-tiba.

"Siapa minah senget?." Minhee menepuk dahi.

Baru sahaja Jung membuka mulut untuk menjawab, satu suara dari jauh menganggu percakapannya.

"WONU HYUNG!."

Minhee melihat di belakang Wonwoo. Ternyata pemilik suara itu adalah Kim Mingew.

Mingyu memaut lengan kanan Wonwoo sebaik tiba di sebelahnya.

"Hyung ni bukan nak tunggu pun! Penat gyu kejar!."

Wonwoo menoleh ke tepi untuk memandang muka Mingyu. Ekspresi yang biasa digunakan terpapar di wajahnya.

"Mhm, sure."

Mingyu menunjukkan ekspresi sebal. Dia memandang ke hadapan. Baru dia perasan ada tiga manusia bersama mereka. Sangkanya, hanya mereka berdua.

Apabila terlihat wajah Minhee yang tersenyum kepadanya, perlahan-lahan tangannya yang memaut lengan Wonwoo dileraikan.

"Er hai Minhee!."

"Hai."

Jaehi menjongket sebelah keningnya. "Minhee je?" Satu cubitan dari Minhee dihadiahkan buat Jaehi. Gadis kecil itu mengaduh kesakitan.

Jung memberikan telefon bimbit milik Wonwoo kepadanya semula.

"Dah tak ada apa lagikan? Kalau macam tu, kami balik dulu!," kata Jung dan menarik Jaehi dan Minhee bersamanya. Bersusah-payah dia menarik mereka berdua.

Wonwoo mengerutkan dahi melihat adik sepupunya sebegitu. Dia menoleh ke tepi.

"Jomlah balik. Lepas ni hyung kena tolong omma masak." Wonwoo mula melangkah keluar kawasan sekolah. Mingyu terkedek-kedek mengejarnya dari belakang.

"Ah hyung!! Kenapa tak cakap yang Minhee ada tadi! Nanti dia fikir aku ni suka hyung pulak!." Mingyu menghentak-hentak kakinya pada jalan raya tanda protes.

"Biar dia fikir," balas Wonwoo. Mata Mingyu membulat mendengar balasan dari si tua. Dia memberhentikan langkahnya.

"Hyung ni tak membantu langsung!!." Lagi Mingyu menghentak kakinya. Sudah persis seorang budak. Tak pun perempuan.

Wonwoo memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

"Siapa suruh kau buat perangai macam tu." Mingyu mencebik. Dia berlari anak ke arah Wonwoo yang sudah di hadapan.

"Manalah aku tau yang dia ada dekat situ. Lagi pun aku saja nak buat hyung menyampah."

Tbc

Girly gyu aye 😂🔫
Esok nak update. Tunggu ya..

Oh ya jeon bohyuk masuk dalam chap ni agagaga 🙈🙉🙊

Kbyeilu
-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now