3 - Menyiasat

3.9K 514 81
                                    

Untuk keberapa kalinya Mingyu mengaru kepala. Dia mengerling jam tangan miliknya.

"Cikgu, mane orangnya? dah lama saya tunggu dekat sini," tanya Mingyu. Matanya meliar memandang sekeliling.

"Mingyu, manusia bukannya kuda mahupun harimau bintang. Tenaga kita dengan haiwan tidak sama. Jadi jangan pelik bila manusia kalah dengan haiwan," ujar Puan Ahn panjang berjela.

Mingyu mengeluh lemah. Menyesal dengan tindakannya tadi. Tidak fasal-fasal dirinya mendapat ceramah percuma.

"Yeee cikgu, saya tahu semua tu."

Pintu bilik diketuk. Muncul dua manusia dari belakang pintu. Mata Mingyu membulat sebaik mengalihkan pandangan kepada mereka.

"Perempuan tu!"

"Ah Jung Minhee, sila duduk. Seungkwan, kamu boleh pulang ke kelas." Seungkwan menunduk hormat sebelum menutup pintu.

Minhee memberikan senyuman manis kepada Puan Ahn. Dia melabuhkan punggung di sebelah seorang lelaki. Minhee hanya memandang ke arah Puan Ahn. Malas mahu mengetahui siapa lelaki di sebelahnya.

"Cikgu ade ape nak jumpa saya?"

Puan Ahn mengambil satu fail merah dilaci mejanya. Fail merah itu dihulurkan kepada Minhee.

"Saya nak kamu berdua siasat sesuatu. Dia ni sering tidak hadir ke sekolah, maklumat tentang dirinya juga tidak penuh. Kelmarin, cikgu Lee ternampak dia bersama dengan anak kepada Park Minhyun, orang yang berpengaruh di Seoul. Cikgu nak tahu ape hubungan dia. Kamu boleh lakukan?"

Mulut Minhee ternganga. Dia tidak pasti apa yang didengarinya adalah betul ataupun tidak. Ya tohan.. sudahlah dirinya tidak pandai bab menyiasat. Disuruh menyiasat pula. Hancurr hancurr hancurr.

"Oh ya, bukan kamu seorang. Partner kamu Kim Mingyu. Jadi tak ade lah susah sangat," kata Puan Ahn. Keningnya sengaja diangkat-angkat sambil tersenyum.

Minhee memandang sebelahnya. Kim Mingyu. Crush nya. Maknanya dia akan menyiasat bersama Mingyu?! ini lagi hancur hancurr hancurrrr.

Mingyu terkebil-kebil. Otaknya tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh Puan Ahn. Selepas siang bertukar malam, malam bertukar siang, akhirnya otaknya kembali berfungsi.

"BWO?! MENYIASAT?! DENGAN DIA?!"

"Ya dengan dia. Ade bantahan?"

"TAK ADE! cuma kenapa saya dengan dia yang kena?"

"Cikgu dah mintak president yang siasat, tapi dia kata dia sibuk. Jadi dia cadangkan kamu berdua untuk siasat benda ini."

Minhee mengetap gigi. President sekolah nya adalah kakaknya sendiri. Tidak pelik lah jika dia akan menyiasat bersama Mingyu.

"Kamu berdua boleh mulakan siasatan pada minggu ini. Saya beri masa dua bulan," kata Puan Ahn. Mingyu dan Minhee mengangguk serentak.

"Tapi cikgu, kenape perlu siasat macam ni sekali? bahaya sangat ke dia tu?" soal Minhee dengan wajah yang dimendungi tanda tanya.

Puan Ahn mengeluh. Banyak tanya pula Minhee ni, bisiknya.

"Sebab itu lah saya suruh kamu siasat. Nak tahu dia ade ape ape hubungan dengan Park Minhyun tu. Sekolah sepatutnya dah ambil tindakan sebab dia dah banyak tak datang sekolah tapi kalau dia ade hubungan dengan Park Minhyun tu, sekolah berkemungkinan akan ditutup atau pun sebagainya." terang Puan Ahn.

"Eo? kenape pulak sekolah kena tutup?"

Puan Ahn mengeluh lagi. Mingyu yang hanya memerhati tadi mula bersuara.

"Yah, kan cikgu dah kata dia orang berpengaruh."

"Ok."

Dalam hati Mingyu sudah berbunga kerana Minhee membalas kata-katanya. Walaupun hanya satu perkataan. (pOOR u)

Mingyu mencuri pandang ke arah Minhee yang sedang berbincang dengan Puan Ahn. Tiba-tiba Minhee menoleh ke arah nya membuatkan Mingyu cepat-cepat memandang Puan Ahn semula. Minhee mengangkat kening kirinya. Pelik dengan tingkah laku Mingyu.

"Sekejap. Siapa namanya?"

"Shin Se Gi."

"BWO?!" Jeritan Mingyu dan Minhee memenuhi ruang bilik itu. Puan Ahn mengurut dada kerana terkejut.

"Ah! cikgu! saya tak nak! rumors mengatakan dia tu anak kepada mafia!" Minhee mengeleng kepala selaju yang mungkin. Perlakuannya itu membuatkan kepalanya pening.

"Cikgu! saya tak nak mati cepat! omma saya keseorangan dekat rumah!" Mingyu mencelah.

Puan Ahn menjeling kedua anak muridnya itu. Mingyu dan Minhee bersep tangan, tidak sangka mereka sekepala. Puan Ahn pula hanya mampu mengeleng kepala.

"Anak mafia atau anak kucing, mati atau pun hidup. Keputusan saya tetap sama," Puan Ahn mengatakan kata-kata muktamad.

Mingyu mencebik. Minhee hanya diam tetapi dalam hati sudah menyumpah seranah Puan Ahn. Matanya melirik pada Mingyu.

"Wtf Mingyu?! why u do dis 2 me¿! NDFAKWYKMG"

Fangirl mood on.

Mingyu tidak sedar perlakuannya membuatkan si gadis ingin pengsan. Ya, begitu dramatik sekali. Minhee sedaya upaya menahan dirinya daripada melakukan perkara bodoh seperti mencubit bibir Mingyu. Dia juga cuba mengingatkan dirinya supaya tidak curang terhadap Jaebum. Ya, salah satu crush nya yang hot? mungkin.

Mingyu baru sahaja mencebik, sudah membuatkan Minhee ingin pengsan. Belum lagi menunjukkan tingkah laku yang sexy? omo! bagaimana pula Minhee untuk mengawal perasaannya dalam masa dua bulan?!

Pasti hancur!

Tbc

kalau ada siapa yang perasan, banyak perkataan hancur dalam chap kali ni xD

ada sesiapa nak tahu crush² minhee?

vote dan comment anda amat dihargai ^

k ily

-jjangkabom

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now