13 - Minseo taguna

2.7K 386 17
                                    

Minhee membetulkan beg lalu mengetuk pintu. Pintu dibuka oleh seseorang dan muncul seorang perempuan yang dalam lingkungan umurnya.

"Yah, oppa sepatutnya- yah jung Minhee!" Perempuan itu terus mendakap tubuh Minhee. Minhee membalas pelukannya dengan teragak-agak.

Setelah perempuan itu melepaskan pelukan, mata Minhes membulat. "Omo! Minseo-ah! lama tak jumpa kau!" ujar Minhee sambil tersenyum gembira. Minseo membuat gaya peace.

"Tapi kenape kau ade dekat rumah Mingyu?" Minhee mengerut dahi. Minseo menoleh kebelakang dan terlihat Mingyu yang sedang melambai kepada Minhee.

"Eoh? dia abang aku lah."

"Abang?!" Minseo mengangguk. Kemudian dia tersenyum sinis. Minseo membisikkan sesuatu kepada Minhee dan perkara yang dibisikkan olehnya membuat Minhee mengetap gigi.

"Bisikkan ape lagi dekat situ? dah masuk," arah Mingyu sambil bermain telefon miliknya. Dia mencapai gelas yang berisikan air oren di atas meja.

Minseo menarik Minhee masuk ke rumah. "Min nak curi dia kejap." Dia menarik Minhee ke biliknya.

Minseo menutup pintu. Dia tersengih apabila melihat wajah Minhee yang kemerah-merahan menahan marah. Manakan dia tidak marah, sanggup rakannya ini merahsiakan tentang Mingyu adalah abangnya dan dia pula sudah memberitahu Minseo tentang rahsianya. Ah! tak fasal-fasal kena usik!

"Mian mian jikyojuji mothae mianhae~! jal salgae ba- ah! sakit!!" Nyanyiannya terhenti kerana pipinya ditarik oleh Minhee dengan sekuat hati. Minhee menarik kedua belah pipinya sehingga ianya bertukar warna. Minseo mengusap pipinya sambil muncung.

"Sampai hati kau! buat malu aku aje!" Minhee duduk di atas katil milik Minseo dan bersilang tangan. Wajahnya dipalingkan daripada menghadap Minseo. Minseo menunjukkan ekspresi menyampah. Dah mula dah drama dia tu.

Minseo melabuhkan punggung di sebelah Minhee. "Sorry lah. Dah kau tak pernah tanya, aku tak katalah aku ada abang," pujuknya. Matanya sengaja dikelip-kelipkan.

"Jangan buat mata macam tu boleh tak? ingat comel?" Minseo mencebik. Minhee menolak Minseo jatuh dari katil. Hasilnya ia membuat bunyi yang kuat sehingga Mingyu tersembur air orennya.

Minseo mengaduh kesakitan. Dia menjeling Minhee yang sedang ketawa. Setelah tawanya berhenti, dia menolong Minseo bangun. Mereka berdua keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Balasan sebab rahsiakan dari aku! hmm!"

"Eleh, bagitau Mingyu karang! baru tahu!"

"Bagitau ape?" Mingyu muncul dihadapan mereka sambil kening terangkat. Minseo membuka mulut untuk menjawab. Minhee yang perasan akan itu terus menekup mulut Minseo dan tersengih.

"Dia nak kata yang saya tak.. tak makan lagi! ha tak makan lagi.." jawab Minhee tersekat-sekat. Dia mengerling Minseo yang mengangguk pada kata-kata Minhee itu. Mingyu memandang pelik mereka berdua.

"Kalau macam tu, biar saya masak." Minseo menarik tangan Minhee daripada mulutnya. "Serius ke?!" Mingyu mengangguk. Minseo bersorak riang.

"Yeah yeah! Tak payah makan roti!" Mingyu mengeleng kepala dan berlalu pergi ke dapur. Minhee membuat muka sebal. Dia terus menarik Minseo ke dapur. Sebelum itu dia meletakkan begnya pada sofa di ruang tamu.

Minhee memandang Mingyu yang sedang mengambil bahan-bahan yang diperlukan. "Nak masak ape?"

"Bibimbap. Tolong rebuskan bayam tu. Lepastu, potongkan carrot." Minhee mengambil lobak merah yang berada di atas kabinet dapur dan papan pemotong.

"Habis Min nak buat ape?"

"Kau tak payah buat ape. Bukannya reti pun," ujar Mingyu sambil mengambil daging dipeti sejuk. Minseo tersengih.

Minhee menjeling Minseo. Apa nak jadilah dengan budak ni. Dia mengerling ke arah Mingyu. Pandai ke dia masak ni? Minhee mengabaikan soalannya dan terus melakukan kerjanya.

Haih, lobak lobak kenape kau merah?

Tbc
sorry pendek. tengah kelam-kabut.
nampaknya Minhee pandang rendah dengan mingyu. siapa sangka mingyu pandai masak, kan? abaikan broken hangul saya

Disini saya ingin menyusun 10 jari, ingin memohon kemaafan sekiranya saya pernah terkasar bahasa. Maafkan saya. Kosong-kosong ehh ?

# selamathariraya

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now