27 - Hantu!

2.1K 292 20
                                    

Peperiksaan akhir tahun akan bermula tidak lama lagi. Disebabkan itu, masing-masing sibuk membuat persiapan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mingyu dan Minhee juga jarang berjumpa kerana tidak ada masa terluang.

Puan Jung mengatakan jika Minhee mendapat keputusan yang cemerlang untuk kali ini, dia akan memberikannya sebuah telefon pintar yang baharu kepadanya. Itu membuatkan Minhee bersemangat untuk belajar. Buktinya, setiap malam dia akan mengulangkaji pelajaran dan tidak menonton televisyen atau melepak dengan rakan-rakannya.

Meja belajarnya penuh dengan buku rujukan untuk menjawab perperiksaan yang akan dijalankan pada awal bulan oktober. Tangannya laju menulis pada buku latihan Matematik. Setelah selesai menjawab semua soalan itu, Minhee menyimpan pen yang digunakan untuk menjawab soalan Matematik itu ke dalam pensel case nya dan menyusun buku-bukunya di rak kecil.

Minhee menguap. Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di tepi untuk melihat jam berapa. 10:10 malam. Minhee membuat muka sebal apabila teringatkan Soonyoung. Buku rujukan Sains dicapai dan dibawa ke katil. Telefonnya tidak lupa dibawa.

Sehelai demi sehelai muka surat itu diselak. Tekun dia membaca buku itu sehingga tidak perasan seseorang memasuki biliknya. Sepasang tangan mencuit pinggangnya membuatkan dia menjerit kuat dan berselubung di dalam selimut. Satu suara juga menjerit apabila Minhee menjerit. Buku yang dibaca tadi sudahpun jatuh ke lantai.

Perlahan-lahan kepalanya dikeluarkan daripada ditutupi selimut. Kelihatan Krsytal yang sedang berdiri di tepi katil meletakkan tangan kanannya didada. Selimut dicampak ke tepi dan tangan disilangkan. Ekspresi kerek ditayangkan.

"Nak apa?" Usai menenangkan diri, Krystal menjeling adiknya yang terbaring di atas katil.

"Tidurlah! dah pukul 11:30 dah ni! esok bangun lambat padan muka." Minhee menguling biji mata. Dia mengambil buku yang terjatuh dilantai dan meletakkan buku itu dialmari kecik yang menempatkan lampu tidur.

"Unnie masuk bilik Min sebab nak cakap tu je?" tanya Minhee. Krystal membetulkan rambutnya dicermin almari solek Minhee sambil mengangguk.

"Dah kan? so buat apa lagi dekat sini?" Krystal terhenti melakukan kerjanya dihadapan cermin. Matanya tajam menjeling Minhee sebelum langkah diatur ke pintu keluar. Pintu bilik ditutup kasar.

"Tutup lampu!"

Tombol pintu bilik dipulas dari luar dan muncul separuh wajah Krystal yang sedang bengang. Pintu dibuka sedikit untuk membolehkan tangannya masuk. Suis lampu itu ditutup lalu pintu bilik ditutup. Minhee tertawa melihat ekspresi kakaknya. Lampu tidur yang berada dibelah kanan dihidupkan. Tangannya meraba-raba diatas katil mencari telefon.

Setelah me(nj)umpai, aplikasi permainan dibuka untuk menghilangkan bosan sementara menunggu untuk dirinya mengantuk. Minhee hanya menumpukan perhatian terhadap alatan canggih itu. Satu mesej dari aplikasi Line diterima. Permainan itu dihentikan dan mesej itu dibuka. Ternyata ia daripada Jung.

Minhee mengerutkan dahi apabila terlihat link yang diberinya. Walaupun begitu, dia tetap menekan link itu. Link itu pergi kepada satu account Twitter yang menempatkan cerita-cerita seram. Disebabkan rasa ingin tahu yang menyelubungi diri, Minhee membaca salah satu dari cerita seram itu.

Ia mengisahkan seorang perempuan yang keseorangan sedang bermain telefon di dalam bilik yang gelap. Perempuan itu sedang membaca creepypasta di aplikasi Twitter pada larut malam. Minhee menelan liurnya perit kemudian memandang sekeliling biliknya. Dia menyambung semula pembacaannya apabila sudah berpuas hati.

Perempuan itu terlalu khusyuk membaca cerita seram ditelefon canggihnya. Seketul batu dibaling mengenai tingkap biliknya membuatkan perempuan itu teroleh. Perlahan-lahan kakinya diatur ke tingkap dan...

Minhee menekup telefonnya ke katil. Selimut ditarik menyelubungi dirinya. Dalam hati sudah berbakul sumpahan diberikan kepada Jung kerana memberinya link itu. Lama dia berkeadaan begitu. Setelah memastikan semuanya selamat, Minhee menarik selimutnya ke paras dada. Terkejut dia apabila mengetahui dia tidak keseorangan. Nafas ditarik dan satu jeritan bergema disatu rumah keluarga Jung.

"OMMAAAAAAAA!"

******

Keesokan harinya, Minhee tidak hadir ke sekolah kerana demam terkejut. Rupa-rupanya gerangan itu ialah abangnya yang sedang mencari cas dibiliknya. Walaupun sudah berlapis-lapis comforter membaluti tubuhnya tetapi kesejukannya masih dapat dirasai. Satu badan menggigil. Minhee terbersin. Dia menarik comforter ke paras leher. Hoseok yang duduk ditepi katil dikerling.

"I hate you."

Tbc

Hoseok abang yang taguna ヽ('▽`)/

agagaga jk jk. nanti kena kecam dengan fans dia karang-

saya update guna hotspot mak. ya ya ya sekali lagi takda tenet. meh lah lanje topup umobile 10. agagaga

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now