15 - Jung siblings

2.6K 352 21
                                    

Pintu almari baju dikuak. Sebuah kotak hadiah kecil yang tersorok pada timbunan baju diambil. Minhee tersenyum sinis ketika melihat kotak itu. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Penutup kotak itu dibuka dan terlihatlah barang-barang pemberian daripada bekas teman lelakinya.

Ya, dia mempunyai bekas teman lelaki. Dahulunya, lelaki itulah yang dicintainya tetapi sekarang lain. Cintanya pada lelaki itu pudar apabila mengetahui dia telah dianayai dibelakang.

Teman lelakinya curang dengan sepupunya sendiri. Hatinya berkecai apabila melihat Park Jimin dan Lee Minha bercumbuan semasa ingin memasuki rumah sepupunya. Sebenarnya sudah beberapa kali dia menangkap mereka bersama tetapi dia hanya mengangap itu hanyalah kebetulan.

Dia menyesal kerana mencintai insan yang bernama Park Jimin. Dia menyesal kerana menbangga-banggakan Minha sebagai sepupu yang paling baik. Minhee menyesal dengan segala-galanya.

Sehingga kini, dia masih tidak berbaik dengan mereka berdua. Tiada siapa tahu tentang perkara ini melainkan Minha. Hubungannya dan Jimin sengaja dirahsiakan supaya boleh membuat kejutan pada majlis hari jadi abangnya tetapi hajatnya tidak kesampaian.

Minhee tersenyum sinis sambil memerhatikan barang-barang yang diberi Jimin semasa mereka masih bersama. Kotak itu dibuang ke dalam tong sampah. Sekarang, hatinya berasa lapang. 'Tak apa. Aku dah move on,' getus hatinya.

Telefon miliknya yang berada di atas katil berdering. Ianya panggilan daripada Jaehi. Haneul mengangkat panggilan itu dengan senang hati. Semasa berbual dengan Jaehi, wajahya tiba-tiba menunjukkan ekspresi terkejut. Dia pantas mematikan panggilan tanpa sempat Jaehi menyambung percakapannya.

Minhee membuka aplikasi Instagram dan mencari Ig Minseo. Dia menekan post baru Minseo dengan pantas. Video itu memaparkan Mingyu yang sedang menyuapkan sesudu bibimbap kepadanya.

Dengan perasaan yang geram, Minhee menjerit; "KIM MINSEO!!"

Krystal yang sedang menyidai kain dengan tidak sengaja terbaling sepit baju ke arah anjing yang sedang melalui dihadapan rumah manakala Hoseok terhantukkan kepala ditangga sewaktu mengambil kucing dibawah tangga. Kali ini, jeritan abang dan kakaknya pula yang kedengaran. Minhee menekup mulutnya.

"Woops. Tak sangka aku jerit kuat sangat," monolognya.

******

Hoseok mencapai stokin yang berada dirak atas lalu dimasukkan ke dalam bakul. Krystal menjelingnya.

"Apa? stokin aku yang lama dah berlubang," lalu bersiul. Krystal menguling mata. Dia menarik Minhee ke tempat baju. Hoseok membuat ekspresi menyampah.

Mata Krystal bersinar apabila meliht baju keluaran baru. Dia berlari ke arah baju itu berada. Minhee yang ditinggalkan di belakang hanya mampu meniup rambut yang jatuh ke mata. Hoseok yang baru tiba di sebelahnya menepuk bahu adiknya dan berlalu ke arah Krystal. Perlahan-lahan Minhee mengatur langkah ke arah mereka.

Tiba disitu, Krystal menunjukkan satu baju kepada Minhee. "Cantik tak?" Minhee dengan malas, mengangguk. Krsytal mengukur baju itu dibadannya lalu dibaling kepada Hoseok. Sejurus itu, tiga baju dibaling kepada adiknya. Hoseok menangkap baju itu dengan kelam-kabut.

Krystal membuka cermin mata hitamnya lalu dengan diva pergi ke arah fitting room.

"Khaja." Mulut Hoseok ternganga.

"Yah, ingat aku ni kuli batak ke ape?!" Krystal berhenti daripada berjalan. Dia bercakap sambil membelakangi Hoseok.

"Lah, bukan ke?"

"Yah!"

Minhee membuat muka sebal. Dia kemudian mencuit bahu Hoseok. "Min nak pergi kedai sebelah." Hoseok mengangguk.

Dengan pantas, Minhee keluar dari kedai itu. Dia mengorak langkah ke kedai yang disukainya. Beberapa langkah dari situ, dia ternampak kedai ais krim. Minhee terliur.

Pintu cermin itu ditolak. Seseorang anak kecil menikmati ais krim itu sehingga comot di dalam kedai itu membuatkan Minhee geli hati. Dia ke kaunter untuk membuat pesanan. Setelah itu, dia mencari tempat duduk. Matanya liar memandang sekeliling. Tatapannya berhenti disatu sudut apabila terlihat seorang lelaki yang selalu dilihatnya sedang bermain telefon.

Minhee mengatur langkah ke arah lelaki itu. Dia duduk dikerusi berhadapan dengan lelaki itu. Perlahan-lahan lelaki yang berpakaian serba hitam itu mengangkat wajah apabila merasai kehadiran seseorang. Minhee tersenyum.

"Hi, memengyu."

Tbc

Akhirya siap jugak. hoho. Ingat tak sempat nak buat chapt ni. Lepas habis tengok cite hindustan terus buat <(‾︶‾)>

jangan lupa vote dan comment!

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now