Pandangannya cuba difokuskan terhadap cikgu Raina yang sedang mengajar di hadapan kelas. Kaca mata miliknya dipakai untuk melihat tulisan dipapan hitam dengan lebih jelas. Kemudian, Minhee memberikan perhatian sepenuhnya kepada cikgu Rania.
Sedang dia menulis formula dibuku nota, perutnya tiba-tiba sakit. Sakit yang amat. Agaknya itu menjelaskan yang dia akan- ok masalah perempuan.
Pen yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja. Minhee memegang perutnya. Dia menunduk wajah supaya dapat menyorokkan kedutan didahi. Pengajaran cikgu Raina terhenti seketika apabila terlihat Minhee berkelakukan sebegitu.
"Minhee? ada apa-apa yang tak kena?" soal cikgu Raina dengan prihatin. Minhee mengangkat wajah dan mengeleng kepala lalu tersenyum plastik. Pembelajaran disambung selepas itu.
Minhee berkeadaan begitu sehinggalah waktu rehat. Kepala direhatkan di atas meja. Yijin yang ingin mengajaknya ke kantin, terus risau melihatnya begitu.
"Min? kau sihat tak ni?" Pertanyaan Yijin dibalas dengan anggukkan. Minhee bangun dari tempat duduknya dan memaut lengan Yijin. Rakannya itu menjongket kening.
"Aku sakit perut."
"Kau nak ikut aku pergi kantin ke tak ni?"
"Ikutlah. Nanti aku sorang je dekat sini." Yijin mengangguk tanda faham. Dia mengorak langkah ke kantin diikuti Jaehi dan Jung di belakang.
Perjalanan mereka ke kantin terasa lama bagi Minhee. Koridor yang tadinya lengang dengan manusia sudah hiruk-pikuk dengan suara mereka. Perutnya juga semakin menjadi-jadi. Sakit yang amat. (ok ni dah ulang dua kali xD)
Pegangannya dilengan Yijin semakin longgar. Minhee terhenti dari langkahnya. Terasa dirinya jatuh dan disambut seseorang. Dalam samar-samar, Minhee terlihat wajah Mingyu yang panik sambil memanggil-manggil namanya. Itulah perkara yang terakhir dilihatnya sebelum pandangannya gelap.
******
Cahaya yang menembusi langsir di bilik kesihatan membuatkan Minhee terjaga. Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Wajah Mingyu yang tersenyum membuatkan dia bangun dari pembaringan. Perutnya masih terasa sakit tetapi ianya tidak sesakit tadi.
"Saya dekat mane ni?"
"Bilik kesihatan. Awak pengsan masa nak pergi rehat," terang Mingyu.
Bunyi derapan kaki berdekatan dengannya membuatkan kepala tertoleh ke arah itu. Segelas air suam dan ubat dihulur kepadanya. Daein tersenyum. Minhee mengambil ubat dan gelas itu dari tangannya dan mengucapkan terima kasih.
Minhee memasukkan ubat itu ke dalam mulut dan membawa gelas itu ke mulutnya. Gelas air suam yang sudah tinggal suku itu dicapai oleh Daein dan diletakkan di atas meja.
"Macam manalah boleh pengsan, Minhee..." Minhee menyandarkan diri dikepala katil.
"Sakit perut sangat." Daein mengeleng kepala. Dia membetulkan kaca matanya yang melorot ke hidung. Jam tangannya dikerling.
"Oh, unnie dah kena masuk kelas. Mingyu-shi, tolong jaga Minhee ya." Mingyu mengangguk dan memberikannya senyuman manis.
Perlahan-lahan kakinya menapak keluar dari bilik kesihatan. Pintu ditutup dan dia bersandar di situ. Dadanya berdetak dengan kencang. Daein tersenyum gembira tetapi ianya tidak lama. Senyumannya mati apabila mengingati Minhee yang sering berada disamping Mingyu.
Daein mula menyukai Mingyu sejak tahun ketiga disekolah ini. Selama ini dia menahan perasaannya secara diam-diam. Ramai yang memperlekehkannya kerana memakai kaca mata besar dan memakai baju yang lebih besar dari saiz tubuhnya. Bukan itu saja, segelintir dari mereka yang tidak mahu berkawan dengannya kerana mereka tahu akan perangainya yang sebenar.
Perkara itu telahpun heboh disatu sekolah. Ramai yang tidak percaya akan khabar angin tentang Daein. Sama ada mahu percaya atau tidak, itu terpulang.
Minhee adalah salah seorang darinya. Dia langsung tidak mempercayai khabar angin itu. Malah dia berkawan dengannya dan menganggap Daein sebagai kakak angkat.
Daein tersenyum lemah. Air mata yang berada ditubir matanya dikesat mengunakan sapu tangannya. Daein mengorak langkah ke tandas untuk membersihkan muka sebelum pergi ke kelas.
Mungkin Mingyu bukan jodohnya...
Tbc
APE? APE? INGAT DAEIN TU JAHAT?
eh eh over pulak xD #makjahover
jangan lupa untuk vote dan comment ya~ kalau tidak minghao akan menghantui kamu~ ceh gurau gurau! xD
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot