32 - Ehem

2K 269 5
                                    

Minhee menumpukan perhatian pada kertas peperiksaan matematik yang sudah separuh disiapkannya. Baru sahaja mata pen itu ditekan ke atas kertas, ada satu mengambil perhatiannya.

Wajah Minhee berkerut. Dia menoleh ke kanan untuk melihat gerangan yang memanggil namanya sewaktu dirinya sedang fokus menjawab soalan.

Setelah meliht gerangan itu, Minhee membuat muka sebal dan segera menyambung kerjanya yang diganggu oleh manusia yang bernama Yijin. Semasa menulis jawapan soalan yang tertera disitu, suara halus itu masih lagi kedengaran.

Dengan ekspresi wajah yang annoying, Minhee menoleh ke arah Yijin dengan berhati-hati supaya tidak dimarahi oleh guru yang sedang menjaga kelas mereka pada waktu ini.

"What?" Yijin mengerling ke meja guru sebelum membalas.

"Jawapan soalan 15 apa?" tanya Yijin dengan suara yang halus tetapi ia masih dapat didengari Yoonjae yang duduk di belakangnya.

Minhee menggulingkan biji mata. Dia menyelak kertas soalannya ke muka surat lima untuk melihat jawapan itu.

"B," jawab Minhee, ringkas sebelum mengira jawapan untuk soalan 34.

Mesin kira diletakkan ke tepi untuk memudahkan tangannya menulis jalan kira. Sekali lagi dia terdengar suara Yijin yang memanggilnya. Minhee hanya berbuat tidak tahu. Kertas soalannya masih belum lengkap dijawab dan masa pula semakin suntuk.

Yijin masih tidak berputus asa memanggil rakannya ini. Situasinya sekarang agak kelam kabut kerana dia baru sahaja ingin menjawab soalan ke-17. Pelbagai barang miliknya seperti pemadam(yang dibelah dua), gumpulan kertas dan bermacam-macam lagi sudah dicampak ke Minhee. Dia fikir dia dapat menarik perhatian Minhee tetapi sangkaannya meleset sekali. Minhee langsung tidak memandangnya. Barang yang dibaling langsung tidak diberikan semula. Elok saja terletak disekeliling meja Minhee.

Apabila Yijin membuka mulut untuk memanggil Minhee, satu suara dari belakang mengejutkan dirinya. Pantas dia menyambung menjawap kertas peperiksaannya dan mengabaikan jelingan tajam dari cikgu sohyun.

Cikgu Sohyun berjalan melalui mejanya untuk ke meja guru. Dia bersandar ke meja itu sambil memerhatikan pelajarnya menjawab kertas soalan. Cikgu Sohyun mengerling jam tangannya sekilas.

"Baiklah pelajar, waktu menjawab kertas soalan matematik kamu sudah tamat. Berhenti menulis dan letakkan kertas di sebelah kanan," kata Cikgu Sohyun dan mula menuju ke meja Aejung yang berada di tepi pintu.

Setelah semuanya sudah selesai, bunyi loceng sekolah tepat-tepat berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Minhee melepaskan nafas lega. Dia mengemas peralatan di atas mejanya dan disimpan ke dalam beg. Apabila terpandang ke hadapan, cikgu Sohyun sudahpun keluar dari kelas.

Dalam perjalanan ke rumah, Minhee, Yijin, Jaehi dan Jung sempat bersinggah ke kedai serbaneka untuk membeli ais krim. Ketika memasuki kedai itu, mulut Yijin tidak henti-henti merungut fasal kejadian di kelas lepas. Minhee hanya memekakkan telinga dan membayar ais krim itu.

"Yah Minhee! Sampai hati kau kan!." Minhee memberi satu not kecil kepada penjaga kaunter lelaki itu.

Penjaga kaunter lelaki itu mengerling ke arah Yijin. Malang masibnya apabila orang itu perasan akan kerlingannya. Yijin memberi ais krim kepunyaannya kepada penjaga kaunter itu dan memerhatikannya dengan tajam.

Hampir tersedak lelaki itu apabila terlihat mata gadis di hadapannya ini memandangnya sebegitu rupa. Jika tatapan tajam itu boleh menghasilkan laser, sudah pasti tubuhnya telah berlubang.

Mereka keluar dari kedai itu setelah membayar makanan mereka. Semasa menunggu Jung mengikat tali kasutnya, Jaehi sempat mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi kamera. Dia berselfie dengan ais krimnya berlatarkan pada jalan raya.

Satu suara menegur mereka dari hadapan. Lantas perbuatan mereka terhenti dan memandang tuan empunya suara.

Seungkwan yang tidak jauh dari mereka mula berjalan laju ke arah Minhee dan rakan-rakannya dengan gaya diva.

"Minhee! Aku ada sesuatu nak bagitau kau!."

***

"Kau jangan cakap yang perempuan tu nak curi Mingyu dari Minhee."

"...Mhm, aku baru nak cakap."

"APA?!"

Minhee menutup telinganya apabila Jaehi menjerit dengan kuat. Jaehi mengoncang bahu Minhee dengan laju sehingga membuatkan Minhee pening.

"Oh wow tolong berhenti, Jae," arah Minhee. Apabila Jaehi sudah melepaskannya, tubuhnya terus terdorong ke belakang kerana tidak dapat menyeimbangkan diri.

Dan pada masa itulah, seseorang muncul dan menyambut tubuhnya yang seperti jeli. Minhee memandang gerangan itu di matanya dan segera berdiri dengan betul. Tetapi langkahnya salah kerana dia telah menjatuhkan rak majalah di depan kedai itu.

Seungkwan menepuk dahi. Minhee memang pakar dalam bab melanggar barang apabila berhadapan dengan crush sendiri. Yay tepuk sikit.

Tbc

Lambat update.. sorryy. Sibuk mengedit cover itu yang terlupa agaga.
Fanfic ni makin bosan kan? Saya tak tahulah nak tamatkan macam mana 😦
saya buat keputusan untuk buat ff hoshi tapi saya akan publish lepas exam dan fanfic ni tamat (´⌣'ʃƪ)

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now