Minhee menyuap ais krim ke dalam mulut dengan penuh selera. Dia tidak menghiraukan dimana dia berada. Tumpuannya 100% pada ais krim itu. Minhee tidak perasan yang perlakuannya hanya diperhatikan oleh Mingyu. Mingyu tersenyum kecil. 'Macam budak kecik!' kata hatinya.
Minhee terhenti daripada menikmati makanan manis itu apabila telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Dia menyeluk tangan di dalam poket seluar lalu membaca mesej itu. Selepas itu, Minhee menaip sesuatu sebelum meletakkan telefon itu di atas meja.
Mingyu menjongket kening dan menjuihkan mulut ke arah telefon itu.
"Unnie saya, dia tanya saya dekat mana," terang Minhee.
"Awak datang dengan unnie awak?"
"Yup. Dengan abang saya jugak."
"Oh.."
Minhee menyambung kembali menikmati makanannya tadi. Suasana diantara mereka kembali 'krouk krouk' kerana tiada siapa yang membuka mulut. Mingyu menyuap ais krim coklat yang dipesannya tadi lalu mencapai telefon. Dia menghantar mesej kepada Minghao. Sudah 15 minit dia menunggu di kedai ais krim ini semata-mata hanya kerana menunggu Minghao yang katanya pergi ke tandas.
Mingyu menatap mesej yang dihantar kepada Minghao tadi lama. Masih tidak berbalas. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah rakannya itu. Tidak lama kemudian, mesej daripada Minghao diterimanya.
Minghao
Tunggu aku. Aku terlanggar sorang minah ni. Tak pasal-pasal kena ganti air dia yang tumpah.Mingyu
Kalau macamtu, aku ada dekat kedai ais krim yang sebelah kedai yang kita masuk tadi. Cepatlah!Mingyu meletakkan semula telefonnya ditempat tadi. Matanya dialihkan kepada Minhee. Dia terpandang sisa ais krim yang berada ditepi mulut Minhee.
"Awak ada ais krim dengan tepi mulut." Minhee mengelap ditepi mulutnya. Tetapi ianya masih tidak mengenai sisa ais krim tadi.
"Tak. Sebelah sana." Masih tidak mengenai.
Mingyu bangun dari tempatnya dan mengelap sisa ais krim itu menggunakan ibu jarinya. Ibu jarinya itu dijilat. Minhee menelan liurnya perit.
"Tak tau pulak perisa strawberry sedap," gumam Mingyu.
Minhee mahu saja terjun dari bangunan 50 tingkat. Tapi bila difikirkan balik, dia masih belum meminta duitnya yang dipinjam Jaehi pada dua hari yang lepas.
Sungguh.. adakah ini gurauan?
******
Seungkwan membaling pen ke arah Mingyu yang berdiri di depan kelas. Pen itu tepat mengenai kepalanya. Mingyu memegang kepalanya sambil mengaduh kesakitan.
"Yah Boo Seungkwan!"
"Apa? kau halang aku nak tengok papan hitam." Seungkwan mengipas dirinya menggunakan kipas kertas yang dibuat Chan tadi.
Ya, Chan yang buat kerana dia (seungkwan) terlalu fab untuk buat kipas kertas.
Ok Boo Seungkwan, ok.
Siapa punya bias lah ni kan? (´▽`)
Mingyu mengutip pen yang jatuh di tepi kakinya lalu dibalingkan kepada Seungkwan. Tapi kali ini tepat mengenai mukanya yang fab. Mingyu tersenyum sinis. Hah, balasan.
Seungkwan terus berdiri di atas kerusi. Sekarang, pelajar yang berada di dalam kelas memberi perhatian kepadanya.
"Kau memang nak kena kan?!" Mingyu tersenyum mengejek.
"Kau nak buat apa lagi?"
Lama Seungkwan diam kerana sedang memikirkan apa yang perlu dilakukan. Muncul satu mentol yang cerah daripada kepalanya. Seungkwan tersenyum jahat.
"Kalau aku kata aku nak bagitau rahsia kau yang paling besar? acane?"
"Rahsia paling besar? macam?"
"Yang kau suka se-" Mingyu berlari ke arah Seungkwan dan menekup mulutnya. Salah satu pelajar kelas itu menyampuk.
"Macam?" Mingyu menjeling Sanha.
"Sibuk nak tahu. Seungkwan, kau memang nak kena dengan aku hari ni." Seungkwan pantas menggigit tangan Mingyu lalu berlari keluar dari kelas.
"Aku nak bagitau dia!!"
"YAH JANGANLAH!"
Tbc
otw nak gi beraya aye aye /nari aju nice
sesiapa yang baik hati, tolong promote ff ni dekat orang lain /muka tak tau malu. tak nak buat pun takpa
yano, senanye takde mood nak menaip tapi demi readers- uhuk uhuk
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot