Setelah selesai menyiapkan diri,Syamila menuruni tangga sambil melihat keluarganya berbual-bual bersama mertuanya,pantas menuju kearah mereka..
"mama..papa..daddy..mummy..Ila pergi dulu ye.."Syamila menyalami Puan Rauzah diikuti yang lain..
"jaga diri ya sayang.." Pesan Datin Amylin serta Puan Rauzah dengan serentak,Syamila hanya menggangguk dan tersenyum..
"Ila..daddy dengan mummy ingat nak balik hari ni,nanti Ila ikut Ik balik sana sama-sama ya.." Kata Dato' Rizal dengan senyuman..
"Ehh..tak nak stay sini lagi ke Bang Izal..Kak Lin??.."Encik Azman memandang besannya..
"tak mengapalah..lagi pun kerja dekat syarikat tu banyak lagi..nanti kalau ada masa Man datanglah kerumah kami dengan keluarga..Pintu rumah sentiasa terbuka untuk keluarga kamu.." Terang Dato' Rizal sambil memandang besannya..Encik Azman hanya mengganggukkan kepalanya tanda setuju
"In Shaa Allah daddy..baiklah Ila pergi dulu..assalammualaikum.." Selepas menyalam Puan Rauzah dan yang lain,Ila berlalu keluar ke garaj kereta..
Tiba-tiba dia terasa diperhatikan dari arah atas,pantas Syamila memandang kearah balkoni biliknya..Terkedu dia apabila melihat Ikram memandangnya seketika..
"urm..patutlah aku tak nampak dia tadi..dia ada dekat balkoni bilik..apa-apa jelah..aku dah lambat ni..baik gerak sekarang.." Kata Syamila sendirian lalu memasuki kereta Vios miliknya..
"aku ingatkan minah tu tak perasan aku dekat sini,rupa-rupanya perasan..hurm..dah blah dah..senyum dekat aku pun tidak..lantak kau lah minah "gumam Ikram sendirian pantas memasuki bilik selepas melihat kelibat kereta Syamila hilang dari pandangannya..
'apa yang perlu aku buat??betul ke apa yang aku buat ni??cinta??aku langsung tak cintakan dia..aku terima pun sebab mummy dan daddy." Bicara Ikram didalam hati..Dia termenung sambil memandang syiling..Fikirannya kembali memikirkan tentang permintaan IbuBapa nya pada minggu lepas..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Flashback....
Sebuah kereta sport memasuki sebuah rumah banglo tiga tingkat lalu memarkir keretanya digaraj yang telah disediakan untuk letak kereta..
Seorang pemuda keluar dari kereta sport kesayangannya lalu menuju kepintu rumah banglo tersebut, belum sempat dia ingin membuka pintu rumah,pintu tersebut telah dibuka dari dalam..Kelihatan seorang wanita separuh umur yang kelihatan anggun sedang berdiri dihadapan pintu tersebut..
"mummy..I really miss you.." Sapa pemuda itu lalu memeluk wanita yang dipanggil mummy.
"Miss you too son, mummy ingat anak mummy taknak balik malaysia lagi.." Jawab wanita itu sambil membalas pelukan tersebut..
"Mummy ingat Ik suka duduk sana ke??even dekat sana ramai awek's,ramai kawan tapi satu saja yang tak ada dekat sana.." Balas Ikram dengan mimik mukanya yang kelihatan sedih..
"Apa yang tak adanya??"
"Kebahagiaan sebenar Ik lah mummy. Mummy and daddy kebahagiaan Ik. Sejauh mana Ik pergi dan menetap. Mummy and daddy adalah yang utama selepas Allah.." Balas Ikram sambil memeluk bahu mummy nya..
Ye,dia akui sejauh mana dia pergi,Datin Amylin dan Dato' Rizal tetap berada dalam ingatannya sebab itu dia sanggup meninggalkan segala yang berada di UK untuk kembali ke Malaysia. 5 Tahun Ikram berada di sana untuk menyambungkan pelajarannya,Tiga tahun setengah menelaah dan akhirnya berjaya, dia mencari pengalaman dengan bekerja disana selama Setahun setengah..Setelah puas kerja disana dia kembali keMalaysia untuk bekerja di syarikat daddy nya pula,Dato' Rizal ...
"Pandailah anak mummy ni berkata-kata ya..kalau macam tu apa kata Ik tunaikan permintaan kami ni, boleh ke tak ya??" tegur satu suara ni,Ikram memandang kearah suara tersebut sambil tersenyum..lalu dia berjalan kearah seorang lelaki separuh umur yang sedang duduk disofa yang sedang berada diruang tamu rumah..
"Daddy..Ik rindu daddy..ingatkan daddy pergi kerja..hehehe.." Ikram menyalami Dato' Rizal..
"Ohh by the way apa maksud daddy tentang permintaan tu??.." Sambung Ikram sambil duduk ditepi Dato' Rizal..Datin Amylin berjalan kearah dapur untuk menyediakan minuman mereka sekeluarga..
"Hurm..agak-agak Ik apa??.." Dato' Ikram memandang Ikram dengan senyuman yang sukar ditafsirkan..
"Maksud daddy, daddy nak Ik ambil alih syarikat daddy ke??Ik tak ada masalah.." Ikram pandang pelik dengan gelengan dari Daddynya..
"Mummy dengan daddy nak Ik kahwin dengan pilihan kami..mummy dah hantar cincin tunang dekat keluarga perempuan tu.." Sampuk Datin Amylin..Ikram terbangun kerna terkejut selepas mendengar kata-kata dari Datin Amylin..
"Ohh..no..no mummy..are you kidding right??mummy gurau sajakan??Ik tahu mummy pernah call Ik bincang tentang benda tu ta-.."
"Ikram Aliff,mummy dengan daddy tak ada masa nak bergurau tentang tu semua..mummy serius dengan semua ni,tempoh hari mummy ada call Ik bincang tentang perkara ni kan..Ik kata apa??Ik lupa ke??.." Belum sempat Ikram menghabiskan kata-katanya Datin Amylin sudah memotong, penerangan dari Datin Amylin membuat Ikram mengeluh
"Mummy,Ik ingat mummy bergurau,Ik muda lagi mummy..please mummy, I dont want.." Ikram kembali duduk sambil meraup mukanya dengan kasar..
"Mummy tak nak dengar apa-apa alasan dari Ik lagi..mummy dah berbincang dengan keluarga bakal mertua kamu,minggu depan kamu nikah.."
"WHAT!!!.." Ikram memandang kearah Dato' Rizal untuk mendapatkan kepastian dari kata-kata mummy nya..Dato' Rizal mengganggukkan kepalanya..
"Mummy,Ik tak nak..Ik tak akan berkahwin,. fullstop mummy,Ik penat Ik nak naik atas rehat baru sampai dari UK tiba-tiba suruh Ik nikah minggu depan,Ik tak nak keputusan Ik muktamad.." Muka Ikram merah menahan perasaannya ,Ikram bangun dari duduknya lalu berjalan kearah tangga untuk masuk kedalam biliknya untuk berehat..
"Baik,kalau Ik tak nak terpaksalah mummy guna cara ni,andai Ik anggap mummy dan daddy ni IbuBapa Ik, andai Ik tak nak mendapat gelaran anak derhaka,Ik buat lah keputusan mana yang baik.." Datin Amylin memandang wajah Anaknya dengan tajam..Dato' Rizal hanya mampu diam dan memandang kearah Ikram.,Dia tak akan masuk campur kerna dia tahu benda ni baik untuk anaknya..
"Hurm..mummy tak patut buat Ik macam ni..mummy tahukan Ik dah besar jadi Ik berhak mencari pasangan Ik sendiri.."
"Mummy tahu tu tapi Ik kena ingat Umur Ik semakin meningkat, umur Ik bukan muda lagi tapi dah 25Tahun, nikah ya mummy tahu anak mummy dan daddy akan bahagia juga.." Pujuk Datin Amylin dengan lembut..
"Hurm..ok mummy daddy,Ik terima tapi maafkan Ik andai Ik akan berkasar dengan dia nanti..Ik perlukan masa dan ruang untuk terima semua tu nanti..Ik naik dulu.." Ikram menaiki tangga dengan keluhan berat..Datin Amylin tersenyum dengan jawapan anaknya,lalu memandang Dato' Rizal yang sudah tersenyum lebar.. 'Alhamdulillah'
Ending Flashback
~~~~~~~~~~~~~~~~~
#author minta maaf lah sebab bab ni panjang daripada bab sebelum ni..tah kenapa y alih ni,idea byk pula timbul..huhu maaf oke -_-||
selamat membaca..
YOU ARE READING
Isteriku Ketua Gengster? (C)
Action"Isteriku Ketua Gengster ??"..Nur Syamila Aishah adalah Seorang wanita yang naif,pemalu tetapi tersembunyinya satu kisah yang dimana tiada siapa tahu siapa sebenarnya dia. termasuk keluarga dan teman rapatnya..Mahupun suaminya sendiri.. sehinggalah...