"Tak guna punya jantan! menyesal aku cintakan kau..ergh!!kenapa aku dungu sangat sampai nak jatuh cinta semua untuk mamat playboy macam dia..menyesal!!" Syamila mengambil pistol kesayangannya lalu menembak tepat kedada patung-patung yang berada diruang latihan..
Selepas kejadian di shopping kompleks tadi, syamila mengambil keputusan untuk pergi kerumah keluarga angkatnya, Sir Ahmad Robert..sesampai disana,dia terus pergi ketempat latihan yang selalu dia berlatih menembak..
Dari jauh kelihatan Ilham sedang memerhatinya sambil memeluk tubuh..kagum dimata Ilham dengan ketangkasan Syamila dalam menembak..dari sekolah menengah Syamila mulai aktif pada sukan itu sehingga ke Universiti Syamila masih aktif biarpun tak seaktif dulu..
Bunyi tembakan masih berterusan..hampir keseluruhan patung buatan itu hancur disebabkan tembakkan Syamila yang berturut-turut tanpa henti..
"Ila.."Tegur Ilham yang sudah berada dibelakangnya..Kelihatan Syamila tidak mendengar teguran itu lalu dia mencabut penutup telinga yang berada ditelinga Syamila.
"What the??!!" Jerit Syamila..terkejut dengan tindakan drastik Ilham lalu dia ingin menumbuk muka abangnya tapi ditahan..
''Isk..isk..tak cukup laju ni sampaikan abang masih boleh menahannya.." Kata Ilham bersahaja..
"Yeke??nampaknya abang pula masih tak fokus macam dulu.."Syamila terus mengangkat lututnya menendang kearah Ilham..
"Woi!senak weii..aduuh..mandul boleh.."Ilham terduduk disebabkan penangan Syamila..
'Padu..padu..sakitnya..aduh menyesal tak cover belah sini tadi..'Omel Ilham..
Syamila sudah tergelak melihat muka pucat abang angkatnya itu..setelah rasa okay sedikit baru Ilham bangun biarpun masih terasa senak..
"Sakit tahu tak!adik suka sangat main tendang dekat situkan..kalau abang mandul nanti bini abang macam mana???" kata Ilham dalam geram..
"Siapa suruh tak berhati-hati..hidup kena penuh dengan muslihat bang.."Balas Syamila bersahaja lalu berjalan kearah bangku yang tersedia ada.. Ilham mengekori Syamila dari belakang sebelum mengambil tempat ditepi Syamila..
"Ila okay ke.?dah malam ni..tak nak balik??"
"Eh??dah malam ke abang??kenapa tak perasan ye??" Syamila mengaru kepalanya yang tidak gatal..
"Mana nak perasan tengok lah bilik ni cerah disebabkan apa..nasib baik kalis bunyi kalau tak habis orang kuar dengar.." Syamila hanya tersengih sahaja..
"Daddy asyik tanya abang je..ke-.."
"Daddy tanya apa bang??bila abang nak kahwin ke??tulah bang..Ila suruh kahwin awal tak nak..daddy dah teringin nak pegang cucu tu..kalau mummy ada lagi mesti abang kena dah dengan mummy.."Celah Syamila..tatkala menyebut panggilan ibu angkatnya hatinya terasa sebak..
"Dah tak payah nak tangkap leleh dekat sini..nanti mummy ingat abang tak reti jaga Ila..abang tahu Ila rindu mummy..tapi Ila kena ingat..semua yang terjadi ada hikmahnya..nanti kita cari siapa yang bunuh mummy yea..kita balas balik apa yang dia dah buat dekat mummy..kita tuntut balik ya.." Pujuk Ilham sambil mengusap kepala Syamila..
"Ya..nanti kalau Ila dapat pembunuh tu..memang Ila campak Atom terus dekat dia..biar hancur berkecai.." Jawab Syamila..Ilham mendengarnya tergelak besar..
YOU ARE READING
Isteriku Ketua Gengster? (C)
Action"Isteriku Ketua Gengster ??"..Nur Syamila Aishah adalah Seorang wanita yang naif,pemalu tetapi tersembunyinya satu kisah yang dimana tiada siapa tahu siapa sebenarnya dia. termasuk keluarga dan teman rapatnya..Mahupun suaminya sendiri.. sehinggalah...