BAB 45

10.9K 327 8
                                    

Seminggu telah berlalu tapi keadaan Syamila masih tak sedarkan diri..pada mulanya Syamila ditempatkan di Hospital Sepang..tapi atas permintaan keluarganya supaya Syamila dipindahkan dihospital besar yang terletak di Kuala Lumpur maka kini Syamila diletakkan disitu..Ikram mengambil cuti sehingga isterinya sedar..

Meskipun doktor memberitahu peluru yang terkena pada Syamila hampir mengena pada jantungnya tapi kondisinya tetap lemah kerna banyak kehilangan Darah..Ikram hanya mampu berdoa agar Isterinya kembali sedar..

Ikram memerhati keadaan isterinya yang masih terbaring lemah sebelum keluar untuk membeli makanan di kafeteria ditingkat bawah...keadaan bilik Syamila luas dan jauh dari pesakit lain, disebabkan permintaan Sir Ahmad yang tak mahu ada gangguan dari pelawat yang hadir untuk melawat keluarga meraka maka Syamila ditempatkan diruang VIP.

Sedang Ikram berdiri lemah dihadapan pintu tiba-tiba terasa satu sentuhan dibahu kanannya lalu dia menoleh sebelum tersenyum tawar..

"Am.. datang pun kau..aku ingatkan kau tak datang.."Tanya Ikram..

"Kau ni..Ila adik aku mesti aku datang..ni kau nak kemana??Ila dah sedar ke??" Pertanyaan Ilham membuat hati Ikram bertambah sayu..

"She still like that..I really miss my wife Am.." Kata Ikram..mukanya diraup dengan tapak tangannya sebelum mengeluh lemah..

"Kau jaga Ila kejap..aku nak beli makanan kejap dekat bawah.."

"Tak payah..Rizz dengan yang lain tolong belikan..jom borak dekat dalam.." ujar Ilham sebelum membuka pintu wad itu..Ikram melangkah kakinya masuk kedalam sebelum duduk dikerusi yang berada ditepi kanan katil Syamila..

"Dah dekat seminggu dia tak sedarkan diri..risau aku tengok dia ni.."Luah Ilham yang sudah berdiri disisi kiri Syamila..

"Macam mana??lelaki yang tembak Ila dah dapat tangkap ke..?" Tanya Ikram dengan debaran..

"Dah dapat semalam..tapi lagi sorang mati kena tembak dengan Dian ..memang lunyai habis budak tu kena dengan Dian..bila dah puas tibai baru kitaorang bagi budak tu bernafas sekejap sebelum minta bagi maklumat.." cerita Ilham..kakinya melangkah kearah sofa yang berada didalam bilik itu..Ikram mengikutinya dari belakang..

"Apa yang korang dapat..?"

"Target diaorang kau..sepatutnya kau yang kena tembak bukan Ila..tapi mungkin disebabkan Ila perasaan tu yang jadi mangsa Ila.." Sambung Ilham..Ikram terkelu mendengarnya..

'ya Allah sepatutnya aku yang kena pada hari tu..tapi kenapa Ila..ya Allah..sayang kenapa sayang selamatkan abang..' tanpa sedar air matanya mengalir perlahan..Ilham mendiamkan diri..

"jadi lepas ni target diaorang mungkin kau..tapi budak tu tak bagi maklumat lebih sebab dia kata dia tak tahu, yang dia tahu cuma rancang tu je.." kata Ilham lagi..Ikram mengesat air matanya sebelum bangun berjalan kearah Syamila..

Tiba-tiba pintu wad dibuka dari luar..

"Sila cik..ni bilik kawan cik yang cik cari tu.." Kata Seorang nurse..Ilham serta Ikram sudah terdiam..

"Eh..Encik Ikram ada..Encik Ilham pun ada juga bagus la..ni ada seorang pelawat sedang cari Puan Syamila..katanya kawan baiknya.." Terang Nurse itu..pelawat yang dikata Nurse itu masih berdiri diluar..

Isteriku Ketua Gengster? (C)Where stories live. Discover now