BAB 39

11.7K 335 9
                                    

Syamila masuk kedalam bilik tidur Sir Ahmad diikuti Ilham...dengan perasaan marah dan geram syamila menghempas tubuhnya diatas sofa..Ikram yang baru keluar dari bilik air bergegas menuju ke Syamila..

"Sayang!ya Allah lega abang semua okay..ab-..eh!! darah sapa ni!!Ila cedera ke..?? " Kata Ikram dengan kerisauan..seluruh tubuh Isterinya dibelek..

"Tak..Ila tak cedera.."

"Kalau tak ni darah sapa??"

"Darah konco El..diaorang nak sangat merasa penangan dari Ila tu yang diaorang dapat tu..sekali kena padan muka.."Terang Ilham dengan muka bersahaja..

"Semua dah settle Ilham??.."tanya Sir Ahmad..dia duduk berhadapan Ilham..Ilham hanya menganggukkan kepalanya..

"Alhamdulillah..lega.." Sir Ahmad menarik nafas lega..sepanjang penantiannya tadi..nafasnya bagai disekat..tahap kerisauannya mengatasi segalanya..

"Erm! yala lega sampaikan nak dapat maklumat pun tak lepas!" Marah Syamila..Ikram hanya mampu mengusap tangannya meminta bersabar..

"Kenapa pula??apa jadi??" Tanya Sir Ahmad..

"Ada gangguan tadi.." balas Ilham..

"Maksud??" Belum sempat Syamila menjawab pintu bilik itu dibuka dari luar..kedengaran satu suara menjerit menyapa mereka..

"Hello guys!!" Sapa lelaki tadi..Dian Amir turut berada disitu..

"Zack?!" Jerit Sir Ahmad dengan nada terkejut..

"salam uncle..hee..sihat ke??" Sapa lelaki yang bernama Zack sebelum menyalami tangan tua Sir Ahmad..

"Huh!tadi daddy tanya pasal gangguan kan??tu la gangguannya.." jari telunjuknya dihala ke arah Zack..

"Heih!aku bukan pengacau lah!aku tolong je.." bangkang Zack..

"Ah!tolong apa kalau sampai bunuh maklumat aku!!kau memang dari dulu menyusahkan aku tahu tak!!" Marah Syamila..hatinya panas dengan kejadian tadi.. zack hanya mencebik..tiada riak bersalah dimukanya.

"Huh!mana aku tahu.."

"Kau pura-pura tak tahu! bukan betul-betul tak tahu pun!.. huh!serabut aku dengan kau ni.." Syamila memandang kearah lain..Ikram hanya mampu menjadi pemerhati..

"Err..Ila..sebenarnya abang Dian yang lupa nak bagitahu dekat zack pasal rancangan Ila tu.." Dian Amir menerangkan keadaan sebenar dengan ragu-ragu..Syamila yang mendengarnya sudah menahan marah..

"See??abang kau sendiri lupa nak bagitahu aku..so jangan nak salahkan aku lah.." jawab Zack..rasa sakit hati ditahan..matanya tiba-tiba memandang kearah Ikram yang sedang elok berada disebelah Syamila..

"Kau!kau sapa??asal tiba-tiba duduk sebelah buah hati aku ha??".. Kasar suara Zack menanya kepada Ikram..Syamila sudah merengus..

Belum sempat Ikram memberi jawapan..Syamila sudah menjawab dulu..

"Dia laki aku..dan kau!sapa kau nak kata aku buah hati kau ha?!!" Syamila membaling bantal kecil yang berada disofa itu kepada Zack..zack yang tak sempat mengelak sudah terkena dengan balingan itu..

Isteriku Ketua Gengster? (C)Where stories live. Discover now