Bilik tidur utama riuh dengan gelak tawa semua orang yang sedang mentertawakan Dian Amir..Syamila yang baru sedar tentang apa yang jadi turut tersenyum..kepalanya masih pening sukar untuk dia menghadam apa yang terjadi dengan sepenuhnya..
Teringat apa yang jadi dia pengsan sewaktu ingin minum air didapur dan tiba-tiba kepalanya berpusing..matanya berpinar..belum sempat dia ingin mencapai apa-apa untuk membantunya imbangkan badan dia sudah jatuh terbaring dan tidak sedarkan diri..bila sedar dari pengsannya..dia perasan dia sudah berada didalam bilik tidur milik dia dan Ikram..
Ikram pula kelihatan teruja selepas apa yang doktor peribadi keluarganya sampaikan..dia dan isterinya bakal mendapat cahaya mata..itu yang membuat dia bertambah bahagia..dan yang membuat dia geli hati tentang cabarannya terhadap Dian Amir..
"so Dian??macam mana??minggu depan atau secepat mungkin??" tanya Ikram dengan nada sakat..
Dian Amir sudah menggigit jarinya tanda geram..kalau dia tahu tu cabarannya pasti dia tak akan sahut!
"Ruby.." panggil Dian Amir..Pertanyaan Ikram diabaikan..Ruby yang berada di atas katil itu memandangnya
"I want talk with you..come here baby.." panggil Dian Amir..Ruby teragak-agak untuk turun dari situ disebabkan malu..
"Pergi jela..tu pun nak malu apa..nanti kau piat je telinga Abang Dian tu sebab sahut cabaran yang buat kau malu..tapi kalau kahwin pun apa salahnya kan.." celah Syamila..dalam beri cadangan dia menyakat juga Ruby..Ruby sudah mendegus perlahan namun turuti juga kemahuan Syamila serta Dian Amir..
masing-masing memandang kearah pasangan itu keluar dari bilik dengan senyuman kemenangan..
"abang dah bagitahu semua keluarga kita kepasal perkara ni??" Tanya Syamila tiba-tiba, yang sudah duduk sambil bersandar dikepala katil..
"Hehe..dah..tak sabar abang nak tengok anak kita lahir nanti.." Balas Ikram teruja..tangannya memgusap lembut perut Syamila..
"Piiiweet!!sweet couple la!!.."sampuk Ilham dengan siulan..
"Kau ni Am..sibuk lah..dah-dah keluar sana..nanti Mak Ina hidangkan makanan untuk korang makan tengahari..yang lain pun keluar ya..aku nak bersweet dengan kekasih aku ni.." Halau Ikram dengan muka pura-pura marah..
"Ceh!!haalau!yala kami semua keluar..jom semua tuan rumah dah halau..huhuhu.." Ajak Ilham dengan suara sengaja dilirihkan ..yang lain sudah tersengih sebelum mengiikuti Ilham..
Setelah semua keluar..Ikram bangun untuk mengunci pintu..perlukan privasi..tak nak nanti ada yang kacau!..
"Bila semua nak datang??.."Tanya Syamila setelah Ikram berada disisinya sambil mengusap tangannya lembut..
"Tadi call mummy..mummy kata esok sebab hari ni daddy ada outstation..call mama sayang..pun sama jawapannya..lagi pun mama Ila kata Hari ni Aira dengan Aizad sibuk dengan kelas tu yang tak dapat datang hari ni.." terang Ikram..Syamila hanya menganggukkan kepalanya..
"Doktor bagitahu apa dekat abang tadi.."
"Dia suruh sayang banyak kan rehat sebab ni baru awal..yala baru nak masuk sebulan..jadi risau lah..baby tak kuat lagi.." Ikram mengusap perut Syamila..dahi isterinya dikucup lembut..
YOU ARE READING
Isteriku Ketua Gengster? (C)
Action"Isteriku Ketua Gengster ??"..Nur Syamila Aishah adalah Seorang wanita yang naif,pemalu tetapi tersembunyinya satu kisah yang dimana tiada siapa tahu siapa sebenarnya dia. termasuk keluarga dan teman rapatnya..Mahupun suaminya sendiri.. sehinggalah...