"Ehem!. " Tegur satu suara yang berada dibelakang Syamila. Syamila memusingkan kepalanya kebelakang tapi tiada siapa. Syamila menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
"Rasanya tadi ada orang, tapi tak ada pula." Omel Syamila sendirian. kemudian Syamila menyambung pembacaannya yang tergendala tadi.
Sedang elok Syamila melayan majalah fashion tiba-tiba telefon nya berbunyi lalu dia mengambil telefonnya yang berada didalam handbag nye itu.
"Hurm? tak ada nama? siapa pula ni?" Syamila merenung seketika sebelum mengambil keputusan untuk menggangkat panggilan yang tak dikenalinya.
"Hello "
"..."
"Siapa ni?aku dah hello tak reti nak menjawab ke?" Marah Syamila kepada pemanggil itu.
"..."
"Kau si-.."
"Syamila..Nur Syamila Aishah Binti Azman. kau jangan ingat kau selamat, aku akan pastikan hidup kau merana, orang yang kau sayang akan tinggalkan kau, " Bagai ia memberi amaran.
"Eh! kau siapa ha?! tiba-tiba call aku lepas tu ugut-ugut aku, kalau kau berani sangat jumpa aku secara berdepan bukan belakang-belakang. " Balas Syamila dengan amarah, berani sungguh orang yang call dia mengugut dirinya.
"Kau ingat aku bodoh sampai tak tahu siapa kau?!silap besar. rahsia kau ada dekat tangan aku. jangan ingat mudah kau nak terlepas dari aku lepas apa yang kau dah rampas dari hidup aku. ingat!! AKU AKAN SENTIASA PERHATIKAN KAU!! " Tengking pemanggil tersebut lantas mematikan talian sebelum mendengar kata-kata dari Syamila.
Syamila mengetap giginya menandakan dia marah dan geram dengan pemanggil tersebut. Mukanya merah menahan amarah yang bakal meletus bila-bila masa sahaja.
"Shit!! Cilaka siapa yang berani ugut aku ni?!!. " Secara langsung Syamila menumbuk meja kaca yang berada dihadapannya. Berderai kaca disebabkan impak tumbukan Syamila yang kuat. semua pekerja dan pelanggan yang berada didalam butik itu memandang Syamila dengan terkejut dan terkelu.
Tak lama kemudian, Rizz serta yang lain baru keluar dari spa terkejut dengan keadaan Syamila. Darah menitis melalui kesan lukanya. Dengan pantas mereka bertiga berlari kearah Syamila.
"Ya Allah! Aish! kenapa ni? " Tegur Rizz sambil memegang tangan Syamila yang luka dengan berhati-hati. Izz dan Mirul meminta pekerja di butik itu mengambil kain dan air basuhan serta first Aids..
"Balik sekarang, aku nak semua berkumpul dekat tempat biasa." Arah Syamila tanpa memandang yang lain, tangan yang berada di pegangan Rizz ditarik tanpa menghiraukan kesakitan yang dirasainya.
"Ta-.."
"Tak ada tapi-tapi, Aku kata balik sekarang! aku maksudkannya. faham! "
"Ba..baik! " Syamila berjalan mendahului yang lain, tangannya yang berdenyut diabaikan. hatinya yang sakit kerna diugut masih terasa.
"Aku dapat siapa yang berani ugut aku memang mati sekarang tu juga.!" Getus Syamila didalam hati.
Saat kakinya ingin melangkah keluar dari butik, tiba-tiba badannya dilanggar sehingga nyaris terjatuh kebelakang.
YOU ARE READING
Isteriku Ketua Gengster? (C)
Action"Isteriku Ketua Gengster ??"..Nur Syamila Aishah adalah Seorang wanita yang naif,pemalu tetapi tersembunyinya satu kisah yang dimana tiada siapa tahu siapa sebenarnya dia. termasuk keluarga dan teman rapatnya..Mahupun suaminya sendiri.. sehinggalah...