BAB 22

12.8K 417 15
                                    

"Aish?? kenapa tak masuk lagi ni?.nak gantikan muthu jaga rumah ni ke??" Tegur Sir Ahmad sebelum mengambil keputusan untuk duduk disebelah Syamila..

"Urgh!Aish tunggu abang Il balik ni daddy..tak pernah balik lambat tiba-tiba hari ni balik lambat..tadi keluar pejabat cepat je..SEJAM awal tahu tak daddy..ingatkan bila keluar pejabat awal sampai rumahnya awal tapi ni tak..lewat juga.." Bebel Syamila sambil memeluk tubuh..nasib baik tubuhnya disarung dengan baju tebal kalau tak mesti esok demam disebabkan duduk diluar rumah waktu malam..

"Sejam??awalnya..tak pernah Ilham keluar awal  tapi kenapa harini awal??ada apa-apa yang jadi ke??" Pertanyaan Sir Ahmad membuat Syamila terkedu..

'Erk!alamak nak cerita ke??aduh!! malu aku..' Omel Syamila didalam hati..

"Aish..Daddy tanya ni..ada apa-apa ke??" Pertanyaan Sir Ahmad buat kali kedua kedengaran tegas..

Akhinya Syamila mengeluh berat sebelum menganggukkan kepalanya perlahan..

"Ada daddy.." Syamila mengigit hujung bibirnya menaham rasa..

"Apa dah jadi??cuba cerita dekat daddy.." Sir Ahmad mengusap rambut Syamila dengan lembut..

"Hurm..tengahari tadi..actually sebelum tengahari kiranya..Abang kata Ada client datang nak berbincang tentang hotel yang bakal kita bina nanti..abang kata client tu rakan kongsi Syarikat kita..Aish tak terfikir pula yang client tu Ikram..bila Eliza bawa Ikram naik kepejabat kitaorang..dan perkenalkan Ikram kepada Aish baru Aish tersedar dan teringat tentang tu..Aish dah la belum bersedia nak jumpa Ikram tapi abang buat plan nak pertemukan kitaorang..nasib baik Ikr-.." Kata-kata Syamila dipotong Sir Ahmad..

"Aish nak kata nasib baik Ikram tak dapat kenal Aish macam tu sayang??Aish sesiapa pun tak dapat kenal Aish disebabkan perubahan yang Aish ubah dekat diri Aish tu..daddy nak tanya..Aish rindu Ikram tak??" Pertanyaan Sir Ahmad membuat Syamila terdiam..sebelum mengangguk lemah..

"Aish cintakan Ikram tak??"

"Err..Aish..Aish..erm.." Syamila menundukkan kepalanya dari memandang wajah Sir Ahmad.

"Daddy tahu Aish cintakan Ikram kan..daddy tahu Aish tak boleh nak kembali dekat Ikram sebab Aish nak settle kan dulu masalah tu dulukan.." Jawapan yang dikeluarkan oleh Sir Ahmad membuatkan Syamila terkedu..lalu serta merta Syamila memeluk  tubuh tua Sir Ahmad dan menangis semahunya didada ayah angkatnya itu..

"Aish rindukan semua daddy..Aish rindukan Ikram..Aish cintakan Ikram..tapi Aish kecewa daddy..hati Aish sakit bila dapat tahu yang suami Aish ada perempuan lain..perempuan tu kawan Aish sendiri..diaorang siap merancang nak berkahwin daddy..bila Aish dengar dari mulut kawan Aish sendiri Aish rasa semangat Aish hilang daddy..Aish silap menaruh harapan..Aish silap dalam mencintai orang daddy..Ikram sama dengan Eddy..dua-dua berjaya mainkan hati Aish.." Luah Syamila bersama sedunya..Sir Ahmad yang mendengarnya turut terasa sedih dengan keadaan anak angkatnya itu..

"Aish..tak semua lelaki sama..mungkin Ikram tak sama seperti Eddy..mung-.."

"Tak daddy..Ikram sama je dengan Eddy..kaki perempuan..Aish benci Ikram daddy.."

"Syyhhh..Sayang cuba dengar apa yang daddy nak kata kan ni.." Pujuk Sir Ahmad sambil mengelap airmata yang mengalir dipipinya..

Isteriku Ketua Gengster? (C)Where stories live. Discover now