Bab 1

421 27 2
                                    

"Hahahahhaha. Teruk la kau ni."

"Ehh pahal aku pulak? Kan kau ke yang beria ia tadi. Katanya cikgu mc lah apa lah. Tengok. Kan aku sekali dah terjebak ni." Rungut gadis berkaca mata dan berbadan comel molek itu kepada rakannya.

"Tapi kan wehh kau rase kan betul ke yang Cikgu Mia tak masuk kelas hari ni. Yelah buatnye singa berspek tu masuk canne? Kau takpela dia kan 'mummy' kau. Hahahahhha." Riuh.

Fatiah yang dari tadi hanya melihat gelagat rakannya itu mula memerah muka.

"What? Say it again and you will get 'special gift from me. Marah Fatiah.

Namun Nita tahu yang marah si Tiah gendut tu tak seberapa. Mana tidaknya mereka bersahabat baik sejak di sekolah rendah lagi.

Alhadulillah persahabatan yang terbina telah lama terjalin. Malah mereka sangat berharap semoga persahabatan itu akan kekal ke jannah. Amin.

Seketika keadaan menjadi sepi. Tiah masih dengan rajuknya dan Nita masih dengan nakalnya.

"Ehh 'jebon' cepat la pujuk aku. Tak nampak ke aku tengah hangin ni. Kang aku baham kau kang sian mama kau. Hahahahhha"

Kali ini Nita pula yang menunjukkan muka masamnya.

"Eleh aku tahu lah perut kau besar tapi still takleh muatnye aku dalam tu."

"Kau fikir kau siapa? Kau fikir kau raja? Kuasa perut besar mengaburi minda mengaburi jiwa dan bicara."

Secara tiba tiba minda Nita teringat akan lagu yang diperpopularkan oleh Syamsul Yusof dan Mawi ini. Malahan dia sengaja mengubah liriknya agar kena dengan keadaan.

"Bila bicara bicaranya semua besar. Mendabik dada besar egonya. Lupa diri lupa pencipta yang maha besar. Perutnya bulat sangat memboroi. Jiwa tak tenang kenyang tapi gemuk."

Secara spontan kedua dua mereka asyik mendendangkan lagu itu. Suara mereka kedengaran hampir di setiap pelusuk sekolah itu. Biasalah pada waktu itu sepatutnya waktu persekolah. Namun ketiadaan guru di dalam kelas kerana cuti sakit membawa mereka jauh dari kelas.

Kedebuk. Sakit. Pedih. Semuanya menyingkap kearah Nita. Tiah yang berada di sebelahnya tergamam. Apa yang berlaku? Kenapa tiba tiba seorang gadis dengan sintingan di lengan bajunya menumbuk Nita, kawan baiknya.

"Kau siape ehh? Pahal kau ganggu kitorang?" Marah. Geram. Semuanya bertaut di hati Tiah.

Biasalah kawan mana yang tidak sayang kepada kawannya. Tambahan pula kawan baiknya sejak kecil lagi.

"Wardah. Nama aku Wardah. Girlfriend Hazwan. Kawan kau ni kurang ajar kalau kau nak tahu."

"Hello cik Wardah. Siapa Hazwan? Apa kena mengena kau dengan boyfriend kau tu dengan kawan baik aku?"

Berang Tiah jadinya dengan dakwaan Wardah yang pelik dan tak berunsur itu.

Kebush. Sekali lagi Wardah melepaskan geramnya. Malahan kali ini lebih kuat sehingga membuat Nita terduduk.

Geram. Semakin geram Tiah dibuatnya. Namun Fatiah masih waras untuk membalas tumbukan Wardah. Dia tahu berbalas tumbukan bukanlah penyelesaiannya.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now