Bab 35

40 3 0
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Ya encik. Cari siapa?" Soal pembantu rumah yang telah mencapai usia warga emas itu.

"Betul ke ni rumah nur fatiah hazra?"

"Aa.. ye. Tu cik muda saya. Encik encik ni siapa? Maaflah. Cik muda tiada di rumah."

"Eh takpe. Kami ni datang nak jumpa tuan besar kamu."

"Oh.. tuan.. tuan ada di dalam. Mari lah masuk. Saya akan panggil kan tuan.

"Tuan.. tuan.."

"Ye kak? Ada apa ni?"

"Ada orang datang nak jumpa tuan. Ramai lagi. Siap dengan hantaran semua."

"Hah? Umm.. takpelah. Kak pergi dapur buat kan air eh. Biar saya pergi tengok siapa yang datang tu."

"Baik tuan."

"Assalamualaikum." Tangan dihulur mesra sebagai tanda persalaman sesama jantina. Dan disambut mesra oleh tan sri.

"Waalaikumsalam. Maaflah kami datang ni tak berjemput. Nama saya tan sri malik. This is my wife puan sri nuraisyah."

"Aa.. saya dato yasir. Aa.. macam tu. Takpe takpe.. duduk lah dulu.. jemput.. jemput.."

"Kami ni sebenarnya datang bawak hajat. Maaf lah berpantun pantun ni kami tak berapa nak tahu. Apa apa pun saya sebagai pihak lelaki, serahkan segalanya kepada wakil kami."

"Aaa..aaa.." balas dato yasir sepatah. Bingung dengan kehadiran tiga buah kereta ke astana mewah nya tanpa sebarang berita.

"Bercakap panjang dan kosong pun tak guna. Saya rasa elok pak hamid mulakan pembuka bicara."

"Izinkan saya.
Masak ranum buah halwa
Dipetik juga pucuk kemaman
Dari jauh hasrat dibawa
Ingin menyunting bunga ditaman"

Terkejut dibuatnya lelaki separuh abad itu dengan pantun yang diucap sebentar tadi.

"Haa? Hah? Sa.. saya.. ahahah.. maaf lah saya juga tak berapa nak pandai berpantun. Molek lah kalau tuan tuan hamba yang datang ni berterus terang sahaja."

"Ahahaha.. baiklah.. sebenarnya anak kami ni dah berkenan sangat dengan puteri dato."

"Oh.. hahahaha.. macam tu rupa nya. Mana satu tuan punya badan yang dah terpikat dengan anak saya ni. Tak datang sekali?"

"Sa.. saya dato." Tangan dihulur dan disalami.

"Oh.. rupanya ini lah bakal menantu saya ye?"

"Bakal menantu?" Ketiga tiga beranak itu saling berpadangan.

"Ja.. jadi.. dato setuju lah ni?"

"Tak payah la nak berdato dato ni semua. saya ni sebenarnya tak de apa halangan tan sri. Puan sri. Anak saya tu pun bukannya budak budak lagi. Kalau diorang dah lama berkawan dan decide nak halal kan hubungan diorang saya sangat sokong."

"Hahaha.. bagus.. baguslah kalau macam tu."

"Tapi tu lah.. saya ni sebenarnya bukan.."

"Assalamualaikum.. papa!! Papa!! Pa.." buntang kedua dua biji nata tiah saat itu. Laungannya juga dihentikan. Sebaik sahaja pintu astana itu dikuak dia terus menjadi tumpuan mata mata yang berada di ruang tamu rumah itu.

"Waalaikumsalam.. eh anak papa ni dah balik? Cepatnya.. cakap esok baru sampai. Ni tiba tiba ada apa? Ooo.. betullah bakal suami nak datang kan.. mesti lah kamu kena balik. Lupa pulak papa."

"Paa.."

"Kamu ni kan tiah.. tak baik tau. Lain kali cakap lah awal awal bakal suami nak datang. Boleh.. jugak papa buat persiapan ka apa. Ni.. tengok lah. Nasib laa papa balik rumah arwah mak kamu ni. Kalau tidak? Kan kesian diorang datang ni. Sia sia jaa kalau papa tak de."

"Ta.. tapi.. pa.. ti.. tiah.."

"Aaa.. kalau macam tu kita kira jadi lah ye. Ye tiah ye. Anak aunty ni memang nak sangat bermakmumkan kamu. Kebetulan papa kamu pun tak de halangan. Bagus lah. Kalau macam tu.. kita langsung kan aje lah dulu majlis pertunangan nye ye.. kamu pun dah cantik sangat tu. Sesuai aje."

"Hah?" Tiah masih terpinga pinga di muka pintu.

"Ala sayang.. sorry la I tak cakap yang kita nak bertunang sekali hari ni. I nak surprise kan u. Boleh la eh.. please.. mommy daddy I nak sangat kita bertunang hari ni. Nanti diorang dah kena balik australia dah. Hari nikah kita dah dekat nanti baru diorang fly balik sini pulak. Boleh eh.. boleh laaa.." syaf segera mendekati gadis yang masih dalam kejutan itu dan menarik tangan tiah ke sebelah tempat duduknya.

Kaku. Entah apa yang patut tiah kata kan. Masih dan sememangnya sangat sangat terkejut dengan hal ini. Niat baiknya bersiap dengan baju kebaya merah yang disiapkan dengan kain susun didepan. Sangat padan dengan kulit cerah tiah. Tujuannya mengenakan pakaian begitu adalah kerana ingin mengajak dato yasir ke rumah terbuka rakannya yang merupakan anak kepada kawan dato yasir sendiri. Tidak sangka hal lain yang terjadi.




Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now