"Awak.. awak..."
Sepi.
"Abangggg..."
Syaf memalingkan muka ke arah tiah seraya mengangkat kening.
"Mengada!"
"Okayh!" Syaf berpura hendak bangun dari tempat duduknya itu.
"Abang... kejap laaa."
"Hahahahah! Tak payah panggil kalau tak ikhlas, sayang."
"Tak.. tiah cuma.."
"Tiah mimpikan dia lagi ke?"
"Dah tak dah.. alhamdulillah.. im okay now. And even much better."
"Alhamdulillah. Awak jangan risau eh sayang. Im always here. By your side. And will always here. Got me?"
"Eee tak payah nak bersemut sangat lah. Hahhhaha."
"Alaa awak ni.. orang baru nak sweet sweet. Tak sporting betul lah!" Syaf menarik muka.
Dengan segera tiah menarik kerusinya agar berhadapan dengan syaf.
Syaf menoleh ke arah kolam yang tenang disebelah mereka. Air hot chocolate kesukaan syaf dihirup perlahan.
Tiah masih memerhati gerak geri suaminya.
Sengaja ingin melihat setakat mana syaf mampu bertahan dengan renungan tajamnya.
"Sayangg... eee.." syaf mengalah. Air hog chocolate tadi diletakkan semula di atas meja. Tak mampu menahan renungan tiah yang semakin lama semakin memanaskan muka nya.
Lebih lebih lagi apabila tiah sengaja mendekatkan wajahnya kepada muka syaf.
"Tak adil lah!" Syaf menghentak kaki nya perlahan.
"Apa yang tak adil?" Kening kiri tiah diangkat.
"Huh!" Syaf melepaskan keluhan.
"Awak tu hah. Mentang mentang la awak selalu menang dengan mata. Awak nak guna senjata rahsia tu eh."
"Yelah.. macam yang awak selalu cakapkan.."
"Dari mata turun ke hati." Syaf menyampuk mesra.
Pipu si isteri dicubit manja. Geram dengan telatah si isteri yang sentiasa berjaya menyejukkan mindanya.
"Awak.." tiba tiba tiah bernada perlahan sekali lagi.
"Kalau awak nak cakap pasal dua beradik tu, baik awak lupakan." Syaf bingkas bangun dan bergerak ke ruang tamu.
Remote tv ditekan. Memilih siaran kegemarannya. Bola. Luar negara.
"Ee awak.. " tiah mengekori dari belakang. Dan seperti kebiasaannya, dengan halaju yang rendah dan malar.
"Hish muatan berat nih! Duduk tak senyap sungguh. Cuba duduk je diam diam dekat situ. Sibuk je nak ikut orang. Tak boleh berenggang langsung dengan suami dia ni."
"Ee perasan. Tiah.. tiah.."
"Tiah takut kan. Kalau duduk jauh jauh nanti tiah rindu dekat abang. Kan?"
"Ya Allah.. perasannya suami aku nih.!" Tak awak.. seriuslah. Awak tak kesian ke dekat.."
"Awak!" Nada syaf meninggi. Wajahnya diraup pantas.
Saat ini tiah tahu bahawa syaf akan mengamuk.
"Saya.. saya.." air mata palsu nya keluar.
Selalunya air mata aku akan lembutkan hati dia. Heheheh.. tak salah kan mencuba.
"A.. awak.. tak.. tak tak.. awak jangan la nangis.. tak saya.. saya bukannya saya marah awak..saya.. sorry sayang please jangan macam ni.. please jangan nangis."
Elehh... macam la aku baru kenal kau semalam tiah.. aku tahu lah air mata palsu kau tuh! Kau lupa ka dulu..
13 tahun lepas
"Fullammakkk.. terer lah kau.. terdiam cikgu ramlah. Terbaik ah kau."
"Well.. ni tiah lah! Kau tahu kan aku? Air mata aku yang mahal ni.. mampu tumbangkan sesiapa pun. Hahahah."
haih.. tiah tiah.. tak pernah nak berubah langsung! Cuba la matang sikit. Nasibla aku sayang.. kalau tak.. takde masanya nak melayan!
Syaf kembali ke alam nyata. Tiah masih tersedu disisinya.
"Eee.. dah dah.. nak ke esok anak keluar perangai macam ni? Hah?"
"Pe.. rangai macam a..a ap?" Tiah masih berpura.
"Sayang abang yang cantik, comel molek intan payung.. saya mintak maaf. Okay? Satisfied?"
Tiah menggeleng. Kaki diletakkan di atas kabinet meja.
Syaf yang sebenarnya sudah fahan dengan kemahuan tiah sedangkan ini bukan kali pertama tiah mengandung berpura pura mengangkat bahu.
Tiah menghentak kaki di atas meja tersebut.
Syaf hanya tersenyum nipis sambil memicit kaki si isteri.
Tiah pula gembira dan tersenyum lebar.
"Awak.. tak kesian ke dekat.." tiah masih tidak mengalah.
"Awak." Syaf memandang tiah tajam.
"What ever it is, she' s still your sister. Dah 5 tahun dia tak balik sini wak.. awak sampai hati nak biar dia menginap dekat hotel lama lama? Pergi sana sini naik teksi? Sampai hati ke?"
"Huh.." syaf mengeluh lagi.
Dia bangun dan beredar dari situ. Dia tahu, jika dia masih kekal, hanya perbalahan yang akan berlaku.
Walhal dia seboleh boleh nya ingin menjaga hati tiah dan mengelakkan pergaduhan. Lebih lebih lagi pergaguhan yang disebabkan oleh adik beradik angkatnya.
"Awak.." tiah memanggil namun dihiraukan syaf.
Kaki syaf pantas sahaja melangkah anak tangga. Tiah yang kepenatan dan malas untuk bergerak hanya mengekori syaf dengan anak mata.

YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...