Bab 19

59 6 0
                                    

"Weh.. kau pikir apa tu?"

"Eh kau ainul. Aku ingat siapa la tadi."

"Yelaa. Aku ni haa. Kakak kau. Asal kau ni? Aku ingat abang sorang je yang dah hilang akal kat atas tu. Kau pun nak ikut jejak dia jugak ke? Makan malam tadi pun aku ajak turun dia suruh aku makan dulu."

"Tak de apa lah. Aku teringat kan kisah lama ja. aku tahu la salah aku tapi untuk dia buang abang terus sampai macam tu sekali aku rasa tak patut."

"Kau ni.."

"Memang abang salah sebab judge dia tanpa dengar penjelasan dia. Tapi.. abang dah beribu kali mintak maaf. And aku pun.. bukannya aku tak mintak maaf. Dah naik berbuih mulut aku ni haa. Disebabkan dia buang abang, abang yang sayang sangat dekat aku pun terus berubah. Dia benci kat aku ni Ainul." Air mata mija mula membasahi pipi lembutnya.

"Aku.. aku tak tahu lah nak cakap apa mija. Kau pun tahu. Aku tak de kat situ masa tu. Aku tak tahu apa yang jadi. Aku sendiri dengar dari mulut kau je. Mungkin kak Tiah betul betul terluka dengan abang. Siapa tahu? Hatinya. Kau pun tahu kan macam mana hangat nya cinta diorang. Tak mungkin kak Tiah sengaja nak buang abang macam tu ja."

"Entah lah. Aku still benci kan dia. Aku still rasa dia lah penyebab abang benci kan aku. And dia sendiri pun langsung tak de pujuk abang supaya jangan salah kan aku. Dia seolah olah seronok tengok abang marah aku. Dia.."

"Ainul! Datang sini jap."

"Eh.. kejap eh aq pergi dekat abang. Nanti aku datang balik."

Mija ditinggalkan di kolam renang sekali lagi. Ainul pergi mendapatkan si abang yang berada di ruang tamu.

"Ya abang. Anything?"

"Abang nak keluar. Kalau nak tido, tido jelah dulu. Jangan tunggu abang. Pintu tu jangan kunci selak pulak. Nanti abang nak masuk tak boleh. Kunci biasa je. Ok?"

"Baik bang."

Syaf menghidupkan injin lamborghini huracan miliknya selepas memesan apa yang patut pada si adik.

Kereta sport mewah keluaran terbaru abad ini dipandu laju meninggalkan perkarangan banglo mewah itu.

Ainul kembali ke kolam bagi menemani si adik. Kepala yang tidak gatal di garu. Kelibat Mija telah hilang dari situ. Muncul buah fikiran di minda Ainul yang menyatakan mungkin mija telah ke kamar untuk merehatkan mindanya.

Pintu bilik si adik dikuak perlahan. Bimbang mija yang sedang tidur terjaga. Benar tekaan fikirannya.

"Adik.. jangan fikir banyak sangat tau. Hal abang tu, dia dah besar. Tahu lah dia." Kepala mija diusap perlahan oleh si kakak sebelum beredar.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now