Flight penerbangan jam 8:00 pagi tepat mendarat di KLIA. Seorang gadis bersama beberapa bagasi di dalam troli tercangak cangak dalam lingkungan 20 ke 30 minit.
Hish diorang nih! Cakap nak jemput aku! Ergh! Ni bukannya diorang, batang hidung pun tak nampak! Geram betullah! Janji melayu betul! Menyampahnye aku!!! Bukanyya nak datang sambut aku ke apa! Ergh! Dah 5 tahun aku tak balik, diorang takkesah pun! Aaaaa! Bencinyaaa
Bentak si gadis di dalam hati. Sesekali kakinya menghentak sedikit. Sesal dengan 'janji manis' si abang.
BAMMMMNN!
"Aduhhh.." kepala disapu beberapa kali.
"Eh jala.." kata kata itu terhenti.
"Haaa? Fadzli?"
"Ainun?"
"Kau?" Serentak.
"Ahhahha."
"Aku." And yes, serentak lagi.
"Aku baru balik. Kau? Buat apa kat sini?"
"Aku.. nak balik jumpa someone. Hahaha"
"Eh jap."
"Ape?"
"Sejak bila kau tahu jalan balik Malaysia ni?"
"Eh kauu.. cantik sikit eh! Aku tiap tahun balik sini tau! Kau tu ha! Sambung belajar kat overseas sampai tak ingat dunia!"
"Hahahahah! Eh hello! Aku nak balik eh! Diorang yang cakap tak payah. Ntah lah. Kau tengok la kawan baik kau nih. Bukan setakat halang aku balik sini, dia bukannya tak tahu aku nak balik. Datang ambik aku pun tak! Ergh! Menyampah betol!"
"Hahahaha! Eleh kau nih! Bukannye tak tahu abang kau tuh!"
"Tak, yang lagi pelik kan.. mija. Mana dia eh? Kau selalu balik sini kan. Mesti kau tahu apa jadi kan? Kan?"
"Ha- ah? Mi-ja? Di- dia.. a- aku.."
"Haah. Mija. Asal kau nih? Gagap pulak?!"
"Aku- alamak! Aku lupa la weyh! Aku nak cepat sebenarnya nih! Alamakk cemana la aku boleh lupa.. aduhh.. sorry eh weyh! Nanti ada masa aku belanja kau makan? Okeyh? Bye!"
Dengan pantas lelaki itu hilang dari pandangan ainun.
"Adik!"
"Huh?"
"Ahhahaha.. alolo siannyaa.. mesti lama kan tunggu."
"Eh tak lah, tak lama pun. Ada la dalam 20 jam?"
"Sorry laaa.. kak tiah nunun ni haa.. lambat sangat nak siapnya pun!"
"Eh awak! Mana ada! Tak.. sebenarnya, kitorang kena singgah rumah my mom dulu. Drop Ariana kat sana. Tahu jelah dia tu. Sibuk je nak ikut mana umi dia pergi."
"Eh, mana ada dia nak ikut umi dia. Dia nak ikut walid dia lah!"
"Perasan!" Satu jelingan dihadiahkan
"Korang ni datang nak jemput nunun ke, saja datang nak gadoh kat KLIA. Gadoh kat rumah tak best eh?"
"Ahahhaah!"
"Ee.. dah la nunun, tinggal je beg dekat mat bangla nih! Biar dia je yang tolak bagasi. Sesuai dengan muka dia tu."
"Ha ah. Muka bangla ni la yang awak angaukan dulu. Kan?"
"Eeee.. tengok tu nunun! Perasan!"
"Hahahah. Korang ni kan. Dari dulu sampai sekarang, tak berubah langsung!"
"Biasalah. Akak nunun tu mana tahu matang!"
"Ewahhhh.. seronok nampak cakap orang."
"Pintu kereta dibuka. Tiah masuk dan duduk di tempat duduk belakang. Diikuti nunun."
"Cepatlah driver!" Jerit tiah. Sengaja ingin membuli suaminya.
Mungkin kerana terbawak dengan sikap keanakannya dari isi dalam perut.
Atau mungkin juga kerana nunun. Tiah sememangnya sangat selesa dengan nunun jika hendak dibandingkan dengan mija.
"Akak." Panggil nunun perlahan.
"Yes?"
"Kenapa mija tak datang sekali? Dia.. tak rindukan nun?"
Sepi.
Ya Allah.. apa aku nak jawab nih.. aku.. takkan lah aku..
"Akak!"
"Eh apa jerit jerit ni nun.. akak kan tu. Cakap elok elok sikit!" Tegur syaf. Agak terkejut dengan nada nunun yang meninggi.
"Sorry kak tiah."
"takpelah.. nun.. kita sambung sembang kat rumah jap lagi eh. Akak penat lah. Tahu lah kan, " perut diusap perlahan.
"Wait.. akak?"
"Yup!" Sampuk syaf penuh riang.
Kalau boleh nak dia sampaikan berita itu ke seluruh dunia. Tiah sahaja cukup pening dengan perangai suaminya yang kadang kala lebih keanakan dari nya.
"Fuyoooo.. nun dengan mija kawin pun tak lagi, korang dah nak masuk anak kedua."
"Dah rezeki nun.."
"Ha ah lah kan, nunun takde calon lagi ke? Atau nak akak dengan abang cari kan?"
"Hahahahah"
"Eee.. tak nak lah! Nanti korang cari yang ntah haper haper ntah!"
"Eyyyy.. akak kenal ramai junior hensem tau.."
"Aipp aipp..!" Syaf membunyikan suara.
"Alaaaa.. junior je pun! Tu pun nak jeles! Mengada!"
"Ntah! Kak tiah nak recommend kat nun je pun. Bukannya dekat dia!"
"Kan! Ergh!"
"Eh mesti lah kena jeles! Bini abang lawa kut. Abang ni lain laa.. bangla je bagi kak nun tu." Sengaja syaf merendahkan nadanya.
"Haaaa dah dah laa tu.. eee! Korang nih perangai macam tengah couple! Cuba lah matang sikit!"
"Haa aa betul tu! Ape la kak tiah nih!" Ngomel syaf. Sengaja ingin menyakat si isteri.
"Haaa tak payah nak cakap orang eh! Abang tu pun sama je!"
"Akak tak jawab lagi.. Mana mija? Huh?"
"Mi.. mijaa.."
"Dalam tahanan." Sampuk syaf perlahan.
"What?!"
YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...