Bab 12

61 7 0
                                    

8 years later  ✌😁😂

Pintu bilik kamar yang tertera nama doktor di hadapannya diketuk.

"Yes? Come in." Arah satu suara dari dalam.

"Assalamualaikun akak." Sapa seorang gadis lingkungan 20 an itu riang.

"Walaikumsalam. So, baca kan saya punya jadual hari ni."

"Okay.. hari ni doc ada 2 pembedahan. Satu kes yang jantung tersumbat lemak then satu lagi kes jantung berlubang."

"Okay. Ready the apparatus 15 minutes before it. Make it as usual. I dont want any mistake. Got me?"

"Baik doc. So tak de apa apa lagi kan?"

"No."

"Saya keluar dulu la ye?"

"Yes." Matanya masih ke arah kertas di atas meja.

Haih.. apa laa khabar mak kan. Aku ajak tinggal sini tak nak. Sibuk nak jaga abang tu. Sayang sangat. Erg.

"Sal!"

"Haa akak.. ada apa?"

"Jum pergi mengopi dulu ke apa.. akak bosanlah.. lagipun akak takde kerja sangat ni.."

"Boleh je.."

"wehh.. kau dari bilik doktor sombong tu ke?" Geena menyampuk dari tepi.

"Ye laaa. Aduhh.. rimaslah aku kau tahu tak? Erkk dah 3 bulan aku praktikal kat sini tak pernah sekali pun dia cakap dengan aku lebih dari 10 patah perkataan."

"Tulaa.. dari awal dia datang sampai laj sekarang. Still macam tu. Kalau bercakap tak pernah nak pandang muka orang. Menyampah betul aku!"

'Akak' yang disebut sebut tadi hanya menyepi mendengar bualan sal dan geena.

"Tapi tulah. Satu ja yang aku suka tentang dia ni."

"Apa?"

"Dia takcakap banyak so tak lah banyak kerenah sangat kan.. Takdelah nak menyusahkan aku sangat. HAHAHA"

"Hishh.. apa la kau ni!"

"Sal. Masuk bilik saya kejap." Pinta seorang wanita berjubah putih milik setiap insan bergelar doktor.

Kedua susuk tubuh yang riuh bersembang tadi menyepi. Saling memandang satu sama lain.

"Habislah kau Sal." Ucap seorang wanita di hadapan Salina sambil menggeleng kepalanya.

"Aduhh.. akak lah ni."

"Ehh kenapa akak pulak?"

"Ehh akak lupa ehh? Kan akak yang ajak saya datang kafeteria tadi.. And kau.. kau geena.. kau yang start dengan soalan pasal Doc Fat. Ni semua salah korang.. matilah aku.."

"Ehh.. aku tanya je. Kau yang mengata dia kan.. nak salah kan aku pulak.."

"Tak la.. aku.. aaaaa.. apa aku nak jawab nih.."

"Dah dah.. pergi jumpa dia cepat.. nanti lagi mengamuk dia tu.." arah 'akak' tadi.

Sal berlari lari anak ke arah lift. Memandangkan bilik si singa yang dibualkan mereka tadi berada di tingkat 4.

"Alammak.. lambat betullah lift ni.."

Sal kemudiannya terpaksa berlari lagi sekali ke arah lift pekerja pula memandangkan lift awam nampaknya berhenti di setiap tingkat dan akan mengambil masa yang lama.

"Aduh.... penatnyaa.. haih.. dia ni suka betul menyeksa aku kan.. apa la dosa aku kena practical kat bawak doktor yang macam dia ni.."

Pintu bilik doktor ditolak perlahan.

"Eyh... mana doc ni? Tadi suruh datang sini. Penat aku je lari. Huh.." satu keluhan berat dilepaskan.

Sal menjenguk ke luar pintu. Tiada tanda tanda yang doktor akan datang.

Sal kemudiannya kembali ke meja doktor itu. Terdapat banyak bingkai bingkai gambar yang tersusun rapi di atas rak di bilik itu.

"Cantik jugak dia ni masa muda muda dulu eh.. gambar convo dia pun ada ni.."

Bunyi tapak kasut seseorang dari luar mengejutkan sal.

Pintu bilik itu dikuak dan sal segera menyusun kembali gambar gambar yang diambilnya tadi.

Seoranf doktor yang sangat dikenali sal menjengulkan diri.

Sal berjalan ke arah doktor itu tanpa mengangkat wajah. Dia hanya memandang ke lantai. Takut untuk bertentang mata dengan si singa yang digeruni oleh semua staff staff di hospital itu.

"You are late!" Jerkah doktor itu.

"Saya.."

"Tahu tak betapa mahalnya masa? Hah! Sebagai seorang pegawai kesihatan, even you are late for 1 second, then your patient can die! Its just because of your attitude! If this is your way, i dont think you can survive if you are facing urgent condition that actually need for a doctor with sharp timing!..."

Bebelan doktor itu yang seperti biasa telah pun membuatkan sal tidak lagi terasa hati. Dia seakan akan telah mengganggap bahawa bebelan itu ialah kicauan burung kakak tua yang tidak tahu penat untuk berhenti bercakap.

"Sal! Sal!"

"Huh?"

Lamunan sal terhenti.

"Okay look. Saya tahu awak tak suka saya. Awak ingat saya suka ka bebel macam ni? Hah? Buat habis air liur saya je. Awak ingat saya dapat bebel macam ni? Saya tak nak pun lah! Tapi saya buat macam ni sebab saya nak awak jadi seorang doktor yang ada prinsip. Bukannya doktor yang akan bersembang membawang dengan mak cik mak cik cleaner kat cafe." Doktor itu berhenti seketika.

"Saya.. saya.. mintak.."

"Jangan mintak maaf kalau awak nak ulang lagi perbuatan awak ni. Awak mungkin nampak sebagai seorang yang kejam atau kurang ajar. Tapi sebab latigan saya ni lah, takde seorang pun lagi doktor praktikal yang dibawah saya gagal. Tak de lagi tau. Saya buat macam ni supaya awak jadi doktor yang ada kualiti."

Nada doktor itu mula menurun. Mungkin sebak kerana dia sebenarnya tahu yang hampir semua staff staff di hospital itu sering menggelarkan dia sebagai seekor singa betina.

"Dok.. doktor.. saya.."

"Get out. And this is an order."

Sal tahu dan faham apabila doktor itu menggunakan ayat this is an order dia tidak boleh melawan lagi.

Sal sekadar menggangguk perlahan sebelum meninggalkan bilik itu.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now