Bab 3

134 20 0
                                    

"Korang buat ape kat sini? Kenape tak balik balik lagi hah? Fatiah pergi balik cepat!" Arah satu suara yang sangat dibenci masyarakat setempat.

Suara itu. Ya itu suara ayah kandung kepada Tiah.

Suara yang Tiah selalu berharap agar pemiliknya berubah. Berubah dan kembali ke pangkal jalan.

"Ayah cakap balik kan kenape degil sangat ni?!!" Nadanya semakin jelas kuat dan penuh amarah.

Nita dan Tiah yang tadinya sedang ketawa bahagia tergamam.

Malu. Sangat malu.

Tiah malu berbapakan ayahnya. *dont get me wrong guys, her father is a drug addicted0*

Ayahnya bukan sahaja tidak bekerja seperti ayah orang lain malahan ayahnya seorang penagih. Malu yang amat sangat dirasakan oleh Tiah.

Malu itu makin mendesis hatinya tatkala tiba tiba lelaki itu muncul dan membuat onar dihadapan rakannya. Nita.

Walaupun dimalukan di hadapan nita sebergini bukanlah perkara luar biasa, tiah masih berharap dan sentiasa berharap agar ayahnya akan berubah suaru hari nanti. Menjadi seorang ayah yang mampu dia banggakan.

Mujurlah Nita bukan seorang yang bersifat mulut tempayan. Jika tidak mungkin satu sekolah akan mengetahui hal bapa Tiah dan kepincangan kekeluargaan yang dihadapi tiah.

Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Nikmat mempunyai seorang rakan yang baik. Perasaan itu perasaan yang sukar Tiah gambarkan melalui ucapan. Nita bukan sahaja tidak pernah bercerita soal ini ke rakan rakan yang lain, nita juga sentiasa menasihati tiah agar selalu bersabar dengan dugaan hidupnya.

Tiah tahu perasaan malu itu merupakan perasaan yang sangat tak wajar dan biadap kepada ayahnya. Namun mana ada seorang anak yang mahu melihat ayahnya sering lari bertempiaran kerana takut akan dipukul. Hal ini terjadi kerana sikap ayahnya sering berhutang ketika menagih dadah.

Akibatnya dia akan dikejar dan dipukul oleh penagih lain kerana menagih dadah dengan percuma.

Akibatnya tidak lain dan tidak bukan pastinya semua tabungan Tiah yang sering menjadi mangsa.

Bukan itu sahaja abang Tiah juga mengikut jejak ayahnya. Malahan ayah dan abang Tiah sering berebut bagi mendapatkan tabungan Tiah.

Sedih. Hiba. Dan lumrah sebagai manusia yang bergelar perempuan tiada apa yang Tiah dan ibunya mampu lakukan.

Hanya menangis. Menagis dan meratapi nasib. Mengenangkan segala galanya.

Malahan ibu dan Tiah sering dipukul demi mendapatkan wang kertas dari mereka.

Bagi si ayah dan si abang tiada apa yang lebih penting dalam hidup mereka selain duit. Hanya duit duit dan duit.

Bagi mereka lagi, pastinya mereka tidak akan dapat menagih dadah sekiranya tiada duit.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi 'benda' yang digelar duit.

Baik si ayah mahupun si abang.
Jika siang si ayah memukul demi wang. Maka malam harinya si abang pula yang akan menganti tugas.

Kerana itulah masa yang Tiah ada bersama Nita dimanfaatkan sebaiknya. Dia hanyalah seorang gadis yang mahukan kebebasan dan kebahagiaan seperti gadis lain.

Mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya dari seorang ayah. Perasaan itu bertambah hiba di saat mengenangkan sikap abangnya pula.

Yang lebih menyedihkan abang Tiah dulu ialah seorang insan yang sangat penyanyang. Bukannya pukul, tinggikan suara pada tiah pun tidak sama sekali.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now