"Aduh.. kenapa mak tak kejut aku ni? Mak.. makk.. lupa la tu yang hari ni hari isnin." Fikir Tiah dalam hati.
"Mak! Mak!" Tiah melaungkan panggilan sulungnya pagi itu.
"haah tak siap lagi? Puas mak ketuk pintu tadi. Kenapa ni? Tak pernah pernah kamu tak dengar mak ketuk pintu. Tak tidur ke semalam?" Soal mak Kinah sambil mengusap kepala puteri bongsunya lembut.
Tiah menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.
Wait.. mak dah kejut? Bila ehh? Pahal aku tak dengar? Like seriusly?
"Yeke mak dah kejut? Tiah tak dengar pun."
"Ye.. mak dah kejut dah sayang. Tiah tu yang tak bangun bangun."
"Asalamualaikum! Tiah! Ohh Tiah!"
Tiah dan Mak Kinah berpandangan. Kemudian jam dinding di kamar Tiah pula yang menjadi sasaran.
Aduhhh.. mati la aku kena marah ngan minah ni jap giii..
"Wehh tiah! Kau taksiap lagi ke?" Nita menjengukkan mukanya ke tingkap bilik tiah.
"Jangan kacau lah kau! Aku nak cepat nih!"
"Dasar! Tu lah.. lain kali bangun awal! Macam aku.." nita tersengih sendiri.
"Masuk bakul angkat sendiri!" Tiah mencebik.
"Eh betul apa!"
"Baju seragam disarung tiah pantas. Tudung sekolahnya juga diragut pantas dari tempat penyidai.
"Cepat lah siap! Aku tunggu kat depan rumah kau eh! Cepat tau!"
"Eh nita..!"
Hilang dari pandangan. Sekejap sahaja.
"Mak..... tolong." Pinta Tiah manja.
"Nak apa?"
"Ehehehh.."
"Mm.. yelahh yelah.. mak faham sangat kamu tu. Bukannya suka kalau ada orang tunggu kamu siap."
"Mak cakap dekat Nita yang Tiah suruh dia pergi dulu ehh." Tiah tersengih lagi.
Mak Kinah berlalu untuk mendapatkan Nita.
"Lammak.. dah pukul 7:15 ni. Kalau aku lari pun konfem tak sempat jugak nih. Aduhh.. bedal je lah."
"Mak! Mak!" Wanita berusia 40 an di ganggu lagi oleh anak bongsunya.
"Yee? Ada apa lagi ni?"
"Mak kejap lagi kalau Tiah balik lewat jangan risau tau. Tiah rasa nak stay back. Ada group discussion sikit." Kasut sekolah disarung pantas.
"Yelah.. dah pergi cepat. Dah pukul 7:30 tu. Pagar tutup 7:45 kan? Lari sikit ehh sayang."
Selepas menyalami Mak Kinah, Tiah berlari anak untuk ke sekolah selaju yang mungkin.
Tak mungkin lah dia nak berlari pecut dengan seragam sekolah bukan? Mujurlah sekolah dan rumah tiah hanya berjarak kurang 500 meter. Jika tidak.. jenuhnye nak berlari anak ke sekolah.
Aduhh.. lagi 5 minit ni. Matilaaa. Mintak mintak la bukan si harimau tu yang jaga gate. Tidak habis aku.
Tiah terjengket jengket untuk melihat siapa kah gerangan pengawas yang menjaga pintu pagar.
"Uhuk.. uhuk.. asalamualaikum. Buat apa tu?"
"Hah?" Tiah menoleh serentak.
Lantas lelaki di hadapan Tiah memberikan senyuman yang sangat manis kepadanya.
"Dia ni lagi.. aduh.. takde muka lain ke.. muak la aku tengok muka dia ni.."
"nak ape?"
"Kenapa lewat?"
"Kenapa sibuk sangat?"
Syaf hanya tersengih
Tiah kembali menoleh ke hadapan dan selangkah untuk kembali berjalan.
"Ehh awak.. kejap la."
"Ape lagi awak ni? Dah tahu saya lewat.. awak nak bagi saya lagi lewat ni dah kenapa?"
"Jawab salam tu wajib tau."
Tiah tersentak sedikit. Walaupun dia tidak menyukai lelaki di hadaoannya itu, tapi apa yang dikatakan oleh syaf benar belaka.
Sebagai seorang muslim, memberi salam itu sunat tetapi menjawabnya adalah wajib.
Tanpa menoleh Tiah menjawab sepatah dan terus melangkah ke dalam bangunan sekolah.
"Walaikumsalam."
Sekali lagi Syaf tersenyum.
Aku yakin suatu hari nanti dia pasti milik aku. Aku akan pastikan NurFatiah Hazra jadi pendamping dunia akhirat aku.
Tunggu aku tau Tiah. Tunggu aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...
![Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]](https://img.wattpad.com/cover/97947054-64-k661625.jpg)