"Asalamualaikum Pak Lang, Mak Lang. Sihat? Sampai pun akhirnya. Hah ni anak bertuah ni monyok jer kenape?" Sapa Hafreez sopan.
"Walaikumussalam. Baik aje haa. Kamu tu macam mana? Atok? Nenek? Sihat?"
"Syukur alhamdulillah dua dua sihat Pak Lang."
"Hah kamu datang ni dengan siapa? Kami ni nak balik naik apa ni?"
"Alarh Mak Lang ni. Ni Reez tau. Reez datang naik baby sport Reez lah." Jawab Hafreez dengan gaya poyonya yang seperti biasa.
Buntang kedua biji mata Tan Sri Malik dan Puan Sri Nuraisyah. Mana tidaknya kereta sport si Reez tu kan jenis yang boleh dinaiki oleh dua orang penumpang sahaja.
"Hahahaha. Relax lah Pak Lang, Mak Lang. Reez gurau jer. Disebabkan Pak Lang ngan Mak Lang dah lama tak balik, atok suruh Reez datang dengan Merz la." Tambah Hafreez lagi.
"Hish kamu ni. Terkejut Mak Lang tahu tak?"
Syaf yang membisu dari tadi masih tetap dengan perilakunya.
Sengaja ingin memprotes arahan Tan Sri Malik untuk pulang ke tanah air dan mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia.
Bagi Tan Sri Malik, SPM sangat penting untuk Syaf. Walaupun di Australia mempunyai peperiksaan yang tersendiri malah jauh lebih tinggi kualitinya berbanding SPM, Tan Sri Malik tetap mementingkan tanah air.
Biasalah Tan Sri Malik bukanlah anak kacukan omputeh seperti Syaf. Walaupun telah berjaya di tanah orang Tan Sri tidak pernah lupa akan nasihat arwah neneknya yang berkata 'hujan batu di negeri orang hujan emas tetap di negeri sendiri'.
Setelah beberapa minit dalam perjalanan mereka akhirnya tiba di rumah nenek dan datuk Syaf.
Rumah itu bukannya begitu asing bagi Syaf cuma dia kurang senang dengan keadaan landskap nya yang lebih kepada tradisional.
Biasalah anak remaja zaman sekarang dengan perangai kereknya yang menganggap tradisional itu sebagai perkara yang perlu dipupuskan.
Selepas menyalami datuk dan nenek, Syaf segera naik ke biliknya di tingkat atas. Walaupun rumah itu berkonsepkan rumah lama tetapi keluasannya cukup sehinggakan mampu memberikan Syaf dan beberapa orang sepupunya memiliki bilik sendiri.
Ditambah lagi dengan keadaan keluarga itu yang menjadikan rumah agam itu lebih sunyi. Hal ini kerana nenek Syaf hanya melahirkan seorang puteri dan seorang putera.
Puteri sulungnya bersama suami telah kembali ke rahmatullah selepas suatu insiden kebakaran. Mujurlah kedua dua anak mereka masih selamat dan dipelihara oleh datuk dan nenek bagai menatang minyak yang penuh.
"Haaah! Bosan! Bosan lah! Pahal arh daddy buat aku macam ni? Argggg!" Teriak hati kecil Syaf. Kecewa, geram dan amarah menguasai dirinya.
Tidak berpuas hati kerana segala keputusan yang melibatkan hidupnya ditentukan oleh Tan Sri Malik.
"Emm maaf yer encik. Saya.. saya betul betul tak sengaja."
"Ehh! Kau ni buta ke apa hah? Suka suka hati je kau kan langgar langgar orang?"
"Ta.. tapi kan saya dah mintak maaf. Saya.."
"Hish! Blah lah kau! Kebetulan aku tengah busy ni so aku lepaskan kau. Kau just perlu harap yang aku takkan tengok muka kau lagi. Atau.."
"Aa..tau?"
"Atau.. aku akan pasti kan kau menyesal! Faham?!"
'Zapp' tiba tiba sahaja ingatan itu muncul di minda Syaf. Entah mengapa baginya perempuan itu sangat menarik.
Perempuan itu bagai telah merentap jiwanya secara halus. Wajahnya..
"Hahah.." Syaf tertawa sendiri memikirkan kejadian di hospital yang membuatkan hati kerasnya mencair.
"Hishh.. apa kena dengan kau ni Syaf? Dah gila? Haishh dia tu kan cuma budak kampung mana entah. Aduhhh.. Syaf. Wake up! Perempuan tu tak layak la dengan kau!"
"Ehemm.."
Terkejut Syaf dengan deheman di muka pintu kamarnya. Dia hairan bagaimana pintu biliknya tidak berkunci. Sedangkan dia sememangnya seorang yang tidak suka sesiapa 'menceroboh' kamar 'miliknya' itu.
"Hmm.. mungkin terlupa sebab masa aku masuk bilik tadi asyik teringatkan perempuan tu. Huh." dihujung monolog dalaman itu Syaf tersenyum sinis.
"Haihh. Adik sepupu abang ni tengah angau ke ape? Hah? Cakap sorang sorang. Tersengih pun sorang sorang. Jangan macam tu dik, tak baik pendam pendam ni. Apa kata Syaf cite kat abang."
Syaf membuat muka menyampah. Sememangnya Syaf kurang senang dengan penghuni rumah itu.
Selalunya dia terpaksa berpura pura senyum supaya tidak dikata biadap. Tetapi kenyataan dalam lubuk hatinya berbeza.
Entah mengapa Syaf sendiri tidak pasti mengapa perilakunya begitu. Mungkin kerana kekurangan kasih sayang. Biasalah anak tunggal ahli korporat berjaya lah katakan.
"Emm.. Reez aku nak rest lah. Kejap kejap lagi jelah ehh kita borak." Pinta Syaf sopan.
Reez hanya tersenyum sebelum beredar dari kamar itu.
YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...