Bab 23

44 5 0
                                    

Sekilas Tiah menoleh. Wajah itu. Wajah yang dirindui nya sekian lama. Mata bertemu mata. Jantung bekerja keras. Segera Tiah melarikan pandangan mata.

Syaf hampa lagi. Walau gadis yang menjadi buluh perindu nya selama beberapa tahun ini telah dijumpai namun dapat di baca riak muka Tiah. Seolah tidak menginginkan pertemuan itu. Seolah ingin berlalu pantas meninggalkan nya di situ. Meninggalkan Syaf buat kesekian kali.

Risau. Segalanya bercampur baur. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian Syaf. Gadis itu. Gadis dihadapannya ini bukan lagi Nurfatiah Hazra yang dicintainya dahulu.

Perubahan ini. Perubahan fizikal yang mampu merentap jiwa sang lelaki. Muncuk bibit bibit cemburu di hati Syaf. Tidak menyangka bahawa suatu hari nanti Tiah akan secantik ini.

Ciptaan tuhan dihandapannya ini diserikan bersama selendang biru air laut dan kemeja putih beserta kain kembang pelangi yang sangat sesuai digaya bersama.

"Cantik." Secara tiba tiba Syaf menyebut sepatah perkataan yang mengejutkan. Bukan sahaja pada tiah namun dirinya sendiri. Terlalu asyik dan leka dengan keindahan anugerah Tuhan di hadapannya.

"Hah?" Tiah kembali menghalakan pandangan ke arah Syaf. Deria pendengarannya seakan akan mendengar Syaf mengatakan sesuatu. Namun kurang jelas.

"Eh.." kepala yang tidak gatal digaru. Bingung dirinya saat itu.

Aduhh.. macam mana boleh terlepas cakap ni.. haihh syaf syaf.. buat malu betul! Apa aku nak cakap ni.. ha!

"Umm.. awak.. awak sihat tiah?" Syaf memulakan percakapan. Sneaker merah miliknya ditanggalkan sebagai alas duduk. Tanpa diajak atau diundang Syaf duduk di sebelah tiah selamba.

Terkejut dengan tindakan syaf yang duduk terlalu hampir dengannya, tiah bingkas bangun dan duduk lebih jauh dari syaf.

Yaa.. gadis ini. Hahahah. dia betul betul dah berubah. Walau apa pun perubahan yang dilakukannya merupakan perubahan yang sangat baik. Tak sangka aku. Dah la makin cantik. Aurat makin terjaga. Tingkah laku makin sopan. Jarak antara kami pun dijauhkan. Baguslah. Dia dah tak macam dulu.

Benar. Tiah dahulu terlalu sempoi atau dia tiada masalah untuk bergaul. Tidaklah sehingga pergi ke kelab atau bersosial dengan bebas. Sekadar biasa. Persahabatan lelaki dan perempuan sama sahaja baginya. Risau syaf dengan sikap tiah pada waktu itu. Risau akan ada lelaki yang mengambil kesempatan.

"Awak?" Sepatah Tiah menyapa syaf yang larut dalam kenangan.

"Ohh.. yes?" Tersentak syaf dengan panggilan itu. Suaranya. Sekali lagi hati syaf bergelora. Merdu sungguh. Seolah memanggil manggil hatinya.

"I thought awak yang nak cakap something. You know.. awak tiba tiba datang duduk sebelah saya. I..

"Ohh.. um.. ha! Yes.. um.." syaf memintas ayat tiah sebelum tahu apa yang sebenarnya ingin dia katakan.

"Are you okay?" Tiah memuncungkan bibir. Sudah menjadi tabiat gadis itu apabila ada sesuatu kemusykilan maka lahirlah mulut itik itu.

Huh.. comel.. masih macam dulu. Haihh.. tiah tiah.. i miss you.. so much.. apasal lah kau ni makin cantik. Dah berubah sampai macam ni pulak tu. Tergugat aku ni oii!!

"Im okay. I'd just.. rasanya saya ada tanya something dekat awak kan. So.. how are you?"

"Alhamdulillah. Much better. How bout you?" Tiah memberikan senyuman ikhlasnya.

Gawat. Jantung syaf terpaksa bekerja lebih masa hari ini. Jantung ini. Sudah lama tidak bekerja sekuat itu. Seolah berlari demi mendapat gelaran johan dalam maraton peringkat kebangsaan.

Sekali lagi juga syaf terpaku. Terpukau dengan senyuman mahal tadi. Senyuman yang sangat dirindui. Dicintai. Suatu ketika dahulu.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now