Terkejut

68 9 0
                                    

"Aduhh.. pahal sakit sangat kepala aku ni." Ucap Fathiah di dalam hati dengan mata yang masih pejam.

"Ehh.. aku kat mana ni? Ni.. ni tangan siapa? Pahal dia pegang tangan aku ni? Ewwah.. suka suka dia ja kan pegang tangan aku."

Tiah yang sememangnya tidak sukakan sentuhan menarik tangan yang dipegang Syaf perlahan.

"Aduhh.. sakit nya belakang aku." Syaf yang tertidur di tepi katil Tiah mengadu kesakitan.

Biasalah. Selalunya anak bujang Tan Sri Malik itu akan tidur lena di katil yang empuk. Tapi semalaman semalam dia tidur secara duduk di sisi Tiah.

Bukannya tiada sofa empuk lain di wad mahal itu cuma semalam Tiah yang mengigau dah menghalang Syaf dari pergi.

Entah mengapa Syaf turutkan sahaja.

"Awak.. awak siapa eh? Rasanya ni bukan wad saya. Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

"Hmm.. dah bangun dah pun. Amacam tidur kat wad mahal aku ni? Best tak?"

"Hishh. Orang tanya lain jawab lain. Susah sangat ke nak faham soalan aku? Tak faham bahasa melayu ke apa ntah."

Tiah kemudiannya bingkas turun dari katil itu dan berjalan menuju ke pintu.

damn!!

Kepala Tiah bagai dihempap sebiji batu yang sangat berat.

Pusing. Kepalanya pusing. Rasa macam nak pitam.

"Ehh ehh ehh.. kau ni. Siapa suruh kau bangun ni? Tengok kan aku kena angkat kau sekali lagi. Aduhh.. menyusahkan betullah kau ni."

Syaf mengendong Tiah kembali ke katilnya.

"tak payah.. sa.. saya boleh ni. Saya kena balik ke wad saya. Saya..

"Apa? Apa? Kau ni kan. Dah sakit tu buat la cara sakit. Ni nak degil jugak!"

"Dah duduk sini jangan pergi memana! Aku nak panggil doc jap. Kau gerak siap kau! Sampai lubang cacing aku cari! Hahahhahaga"

Tambah Syaf lagi sambil ketawa acah acah dalam lakonan penculik yang sedang ketawa.

"Eh kejap.."

"Ape lagi kau ni!?"

"Sa- saya.. kejap.."

Syaf membuka pintu dan tetap meninggalkan tiah disitu tanpa menghiraukan panggilan tiah

"Ya Allah Tiah! Kamu pergi mana semalam hah? Puas mak cari tahu tak? Kenapa? Kamu tak kesian kan mak ke? Hah?"

"tak mak.. bukan macam tu.. Tiah.. Tiah.."

"Dah dah dah. Yang penting sekarang ni kamu selamat. Tu pun dah cukup. Betul tak Kinah?" Sampuk tok ketua.

Mak Kinah hanya mengangguk sambil membelek belek Tiah. Risau akan ada sebarang luka pada puterinya.

"Kamu sebenarnya dah boleh balik dah ni. Jom lah kita kemas barang pastu balik ehh sayang."

"Tapi mak.. bukan ke kita tak de duit nak bayar bil?"

"Alhamdulillah nak.. entah lah. Mak pun tak tahu insan mana yang berhati mulia sangat tu tolong bayarkan bil kamu."

"Hah? Ada orang tolong bayarkan?"

"Ye nak.. hmm dah lah. Kita kemas barang ehh sekarang. Mak dah tak sabar nak balik. Kita dah aman sekarang ni sayang." Ucap Mak Kinah sambil tersenyum.

Selesai mengemas seorang anak gadis dan wanita pertengahan umur itu berjalan menuju ke lif sambil di temani tok ketua dan isteri.

Isteri tok ketua menekan butang turun memandangkan wad Tiah di tingkat 3.

Pintu lif terbuka beberapa saat kemudiannya.

Bulat mata Tiah apabila melihat lelaki yang sudah 2 kali mengendongnya setiap kali dia mahu pitam.

Syaf sengaja mengenyitkan mata nya kepada Tiah. Mujurlah Mak Kinah dan tok ketua bersama isteri sedang berbual rancak semasa pintu lif terbuka. Jika tidak mereka pasti akan melihat gelagat Syaf.

Tiah segera membuat isyarat senyap menggunakan jari telunjuknya kepada Syaf. Risau akan dirinya dikesan oleh Mak Kinah.

"Aduhh.. canne boleh terserempak kat sini pulak ni..aduhh Tiah Tiah.. malang betollah kau ni." Marah Tiah pada dirinya sendiri dalam hati.

"Haa Tiah. Tak nak balik ke? Yang kamu tercegat kat situ tu kenapa? Meh masuk cepat." Ajak isteri tok ketua. Mak Kinah yang tidak tahu apa apa hanya tersenyum ke arah Tiah.

"Ha aa nak masuk la ni."

Kini Tiah berdiri betul betul di hadapan Syaf. Entah kenapa Mak Kinah menariknya ke situ. Biasalah ruang di dalam lif kan sememangnya kecil.

Selepas pintu lif dibuka semula Tiah segera menarik lengan mak nya keluar dari situ. Tiah begitu gementar. Entah mengapa. Tiada sebab musabab langsung.

Sedang Syaf hanya tersengih melihat telatah Tiah. Benarlah nama timangan yang diberikan Syaf kepada Tiah. 'Budak cuteku'. Hahahha. Syaf menahan tawanya.

"Tiah.. oo cik Tiah."

Sama seperti Syaf, Tiah juga mengelamun panjang.

"Ya Allah budak ni. Tiah!"

"Opocot mak kau jatuh masuk dalam gua!"

"Hahaha. Apa lah kau ni Tiah."

"Ishh kau ni! Terkejut tau tak? Nasib la aku ni takde sakit jantung ke apa. Tidak haa.. nanti kau jangan nangis haa." Ugut Tiah

Bukannya Nita tak tahu akan sikap pelik Tiah yang suka melatah tu. Tapi sengaja dia ingin memecahkan tekaknya di pagi hari.

Kebetulan selepas waktu rehat tadi Cikgu Raf tak masuk. Huhh apa lagi zoo lah jadinya kelas tu.

Tapi Tiah.. ewwah boleh pulak dia berangan ingatkan mamat hensem tu kan.

"Haihh Tiah Tiah.. dah lah aku nak gi toilet ni. Nak ikut tak?"

"Emm jom lah aku pon bosan ni."

Selangkah mereka melangkah keluar dari kelas itu tiba tiba..

"Haaa.. ni nak pergi mana ni hah? Dah dah dah. Pergi duduk tempat kamu sekarang." Arah Cikgu Raf.

"Tapi cikgu.." Nita merengek manja.

"Dah! Takde tapi tapi.. pergi masuk sekarang jugak. Saya pun nak masuk ni."

"Yelah yelah..." jawab Tiah sambil menarik lengan Nita ke dalam.

"Bangun! Asalamualaikum cikgu.."

"Asalamualaikum cikgu."

"Walaikumsalam.. hah duduk duduk. Haa kamu datang sini." Arah Cikgu Raf sambil melihat buku rekodnya.

"Emm cikgu panggil siapa eh?"

"Ish sibuk jelah. Saya panggil tu haa.. ehh mana budak ni? Tadi ada kat belakang saya."

"Emm maaf cikgu. Tali kasut terkeluar pulak. Kejap ye saya ikatkan dulu." Ucap lelaki itu sambil melangkah masuk.

Mata bertentang mata...................

________________________________

Hahahahahahaha! Nampak tak author tengah ketawa jahat ni. Korang tunggu lah next episode yer.. hahahahhahahahahah

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now