Dia Lagi?

69 8 0
                                    

Zapppp' ingatan Tiah pada hari bersejarahnya berjumpa dengan lelaki ala mat salleh ni muncul di mindanya.

Syaf memandang tepat ke arah Tiah. Dia juga hampir terkejut dengan kehadiran Tiah di sekolah barunya itu. Syaf tersenyum seperti kera di situ melihat reaksi Tiah yang terkejut.

"What? Mamat ni? Aduhh.. apa nasib aku ni?"

"Hah? Kau cakap apa?" Tanya Nita yang terdengar bisikan sendiri Tiah.

"Hah?"

"Hah apa nya! Kau tu hah. Cakap apa tadi? Aku tak dengar."

"Ehh tak de apa lah. Sibuk je kau ni."

"Wehhh.. tengok lah tu! Aduhhh.. hensem nye.. tergugat weh aku kat sini. Lammakk.. wait wait wait. Dia kacukkan ke? Wehhh..."

"Ishh kau ni bising lah. Nanti cikgu dengar."

"Hah kamu berdua! Bisik apa dekat belakang tu! Dengar ni! Saya kan tengah bercakap! Attitude dekat mane hah?"

"Tengok! Kan dah kena." Marah Tiah pada Nita.

Semua pelajar 4 Cemerlang itu berbisik bisik akan ketampanan pelajar baru itu.

"Hahhahaha.. macam mana lah 'budak cute' aku ni boleh belajar kat sini jugak ni. Hahahahh. Memang berjodoh ke kitorang ni? Hahahahh." Syaf menahan tawanya sambil bermonolog dalaman.

"Hah kamu. Perkenalkan diri kamu dekat kelas." Arah Cikgu Raf.

Sepi. Syaf masih menahan tawa melihat wajah Tiah yang memerah.

"Ehh! Saya bercakap dengan kamu ni. Heyy!"

"Hah? Yes? What?" Tanya Syaf sepatah sepatah pabila lamunannya tersentak.

Satu kelas ketawakannya.

"Aaa.. nama saya Syed Syafiq. Korang boleh panggil aku Syaf je." Ucap Syaf sambil tersengih monyet di situ.

"Emmm.. depan Tiah tu takde sapa yang duduk kan? Soal Cikgu Raf.

"Haaa aaa." Jawab satu kelas kecuali Tiah.

"Aduhh.. jangan lah cikgu suruh dia duduk sini. Plis plis plis lahh..."

"Aa elok lah tu. Kamu pergi duduk situ. Arah Cikgu Raf sambil menghalakan jari telunjuknya di meja kosong itu.

"Aduhhhh.."

"Kau pahal ni? Hah? Macam tak suka je dekat budak baru tu. Tengok lah tu. Dah la hensem. Kacukkan. Siap boleh cakap melayu lagi. Aduhhhh.."

"Hi.. selamag berkenalan ye." Ucap Syaf sambil menghulurkan tangannya kepada Tiah.

"Ohhmm hi." sampuk Nita sambil membalas huluran tangan Syaf.

Sedang tiah pula hanya membisu dan memalingkan mukanya ke arah lain.

Syaf hanya tersenyum sebelum meletakkan beg nya di kerusi betul betul di hadapan meja Tiah.

"Ohh.. kau sombong yer. Nanti kau. Hahahahahah." Idea jahat Syaf muncul bercurah curah.

Selesai pembelajaran mereka pada hari itu. Bunyi loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan disambut riang segenap pelajar di sekolah itu.

"weh Tiah, aku takleh teman kau balik arr hari ni."

"Lahh kenapa pulak.. habis.. aku nak balik dengan siapa?" Tiah membuat muka cemberutnya.

"Hahahhaha. Apa lah kau ni. Dah tua tua bangka pun perangai masih macam budak. Aduhhh. Aku kena teman mak angkat aku pergi pekan lah. So dia la yang akan ambik aku kat sekolah hari ni. Sorry beb."

"Lah yeke.. hmm. Yelah yelah. Esok pagi macam biasa tau. Jangan lupa pulak. And plis lah jangan lambat." Tiah membeliakkan matanya sebagai tanda ugutan.

"Baik boss." Jawab Nita sambil menabik pada Tiah.

"Hahahahaha." Keduanya tertawa lagi.

"Emm. Okay lah mak aku dah sampai tu. Aku balik dulu eh. Bye.." Pamit Nita mesra.

"Bye.."

Tiah yang bercadang ingin terus pulang ke rumah terlena sebentar dibuai suara yang sangat merdu.

Suara itu. Datangnya dari surau sekolah. Ya. Itu azan.

Tanpa membelek jam pun Tiah tahu telah masuknya waktu solat zuhur. Mana tidak nya semasa dalam perjalanan pulang bersama Nita selalu juga dia terdengar azan dari surau sekolah.

Tiah menoleh ke arah surau. Dengan serta merta matanya dipejam bagi menghayati lagi laungan agar segera menunaikan kewajipan pada yang satu.

Selesai mendengar laungan itu Tiah mengangkat tangan untuk membaca doa selepas mendengar azan. Amin.

"Selalu ku dengarkan laungan azan dari rumahMu. Tapi kenapa kali ini terasa bagai suara itu telah memukauku." Tiah berbicara sendiri dengan nada puitisnya.

Tiah tertawa. Andai saja ayat nya tadi didengari Nita. Pasti pecah pula tekak mereka ketawa. Biasalah si Nita tu, pasti akan ada sahaja telatahnya yang mampu membingitkan suasana sepi.

Tiah kemudiannya menyambung berjalan semula untuk keluar dari perkarangan sekolah.

Tapi nampaknya niat Tiah terhenti lagi.

"Tiah?" Panggil Cikgu Nad sepatah.

"Ya?" Tiah menolehke arah pemilik suara yang menyebut namanya.

"Boleh temankan cikgu ke surau sekejap tak? Cikgu ingat nak mintak tolong kamu sikit ni. Tu pun kalau kamu tak sibuk la."

"Oh boleh." Tiah tersenyum manis kepada Cikgu Nad. Senang apabila dia boleh membantu guru penyayang itu.
Mereka berbalas senyuman sebelum melangkah ke surau.

Entah mengapa Tiah berasa tenang dan nyaman sekali saat dia bersama Cikgu Nad tiba di surau sekolah itu.

Dindingnya yang bercat hijau menambahkan lagi ketenangan yang mulai bersarang dalam hati Tiah.

Sejak kebelakangan ini hidupnya sangat bahagia. Ayahnya yang dahulu seorang pemukul dan penghisap dadah tegar kini berada di pusat pemulihan. Ayahnya juga sudah insaf dan selalu memohon maaf melalui surat yang dikirim pada Tiah dan maknya.

Walaupun abangnya pergi meninggalkan rumah selepas kejadian malam itu, Tiah tetap bersyukur. Sekurang kurangnya kehidupan dia dan Mak Kinah kini sangat tenang.

Kadang Tiah risau juga akan abangnya yang meninggalkan rumah. Entah makan entah tidur entah macam macam lah. Mana mungkin dia tidak risau. Walau bagaimanapun itu tetap abang kandungnya.

Mendung jiwanya saat memikirkan hal itu.

"Tiah? Tiah?" Cikgu Nad memanggil Tiah dan tidak disahut.

Jiwa dan fikiran Tiah melayang saat mengenangkan si abang seorang.

"Tiah." Cikgu Nad menghinggut badan anak gadis itu saat menyedari Tiah dalam khayalan.

"Hah? Ya?"

"Hmm.. kamu ni Tiah. Tadi cakap nak tolong cikgu. Sekarang..

"Ehh memang lah saya nak tolong cikgu pun. Haa cikgu nak saya tolong apa ni sebenarnya. Upah ada tak?" Tiah ketawa. Malu dengan soalan kebudak budakkan dia itu.

"Ehh mestilah adaaa.." Cikgu Nad melayan sahaja kerenah Tiah. Kenal benar dengan sikap anak itu.

"Emm. Maaf cikgu. Saya nak tanya semua al-Quran yang diwakafkan ni nak letak dekat mana eh?"

Cikgu Nad dan Tiah menoleh serentak.

"What? Aduhh.." Tiah mengeluh lagi. Buat kesekian kalinya entah berapa kali dalam sehari dia mesti bertemu dengan wajah lelaki itu.

Memang pendapat Tiah tu tak wajar. Dah nama pun sekelaskan mestilah seharian di sekolah tu akan ternampak muka masing masing. Haih Tiah Tiah..

Syaf tersengih. Bahagia sekali hatinya waktu ternampak wajah 'budak cute' dia tu.

"Syaf! Kamu tersengih apa? Dengar tak apa cikgu cakap?"

"Hah? Err maaf cikgu. Tak berapa jelas." Syaf tersengih malu dihadapan Cikgu Nad pula.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now