Bab 39

63 3 0
                                        

"Haa tu pondok abang! Cepat laaa!"

"Yee.. abang tengah cepat la ni. Awak tu jangan lari laju sangat jatuh nanti!"

"Cepat la abang!"

"Ala awak ni kan yunk.. hujan je pun."

"Hujan je pun? Ooo.. habis tu kalau demam? Sakit je pun?"

"Eh bukan dulu sayang suka ke main hujan?"

"eee tu dulu lah. Abang ni asal. Orang dah besar kut. Takkan nak main hujan lagi. Lagipun ni kan tempat orang. Tepi pantai pulak tu. Ee malu lah!"

"Hahhahah.. alaa awak ni. Setakat pantai Maldives ni ape da hal? Hahaha.. bukannye mat mat salleh kat sini kenal kita pun. Kannn?"

"Ee.. abang ni kan. Eh abang!"

"ape?"

"Ee.. kenapa tarik tiah main hujan ni! Malu lah orang tengok!"

"Alaa abang cian lah dekat sayang abang sorang ni. Asyik tenung je hujan tu. Dah macam nak telan semua air air hujan ni ha. Abang tahu kalau sayang nak main sorang mesti malu kan. So abang temankan lah. Tak la malu sangat! Ahahah." Pipi si isteri dicubit berkali kali dan menambahkan lagi memerah dia muka tiah yang sememangnya telahpun memerah kerana malu.

"Hachimm.. shrett shrett.."

"Hah! Kenapa abang ni! Eh abang takkan la selsema kut. Ee.. dah dah. Jum balik hotel dulu. Nanti demam lah! Tu la orang cakap tak nak dengar! Kan tiah dah cakap jangan main hujan! Abang lupa ke dulu masa sekolah menengah abang demam seminggu lebih and all of that because of abang sibuk nak main hujan dengan tiah jugak! Lupa? Hah? Abang ni kan..."

Sepanjang perjalanan pulang tiah langsung tidak berhenti berleter. Seolah olah bibirnya bagaikan mesin yang tiada button off. suaranya pula bagaikan radio buruk yang rosak namun tetap syaf sabar mendengarnya.

"Sayang.."

"Apa abang ni? Jangan nak mencelah eh! Tiah tak habis lagi!"

"Sayang bagi abang 5 patah perkataan je. Diam, Kalau tak abang cium."

Tersentak tiah dengan kata kata yang barusan syaf ucapkan. Seraya itu tiah menjulingkan mata ke atas.

"Dah?"

Tiah hanya menggelengkan kepala.

"Ey.. abang tanya kan. Jawab la."

Sekali lagi tiah tidak bersuara. Sebaliknya tiah menekupkan mulutnya dengan kedua dua tapak tangannya.

"Ya Allah! Saaaayang!"

"Apa abang ni! Tadi suruh diam pastu sekarang suruh cakap pulak! Abang nak apa sebenarnya!"

"Hahahaha" riuh kereta itu dengan suara gelak syaf.

"Okay okay.. abang takkan suruh tiah diam dah eh? Sayang cakap lah banyak mana pun yang sayang nak. Abang janji selagi Allah tak tarik nikmat pendengaran abang, abang akan sentiasa dengar ape je yang sayang nak bebelkan. Okay?"

"Ee.. abang ni! Ingat sweet dah la tu! Wekkk! Abang.. abang! Abangg!"

"Ya allah! Saayang! Abang kat sebelah ni je kan. Hah ade ape?"

"Hehehe.. takde.. saje.." tangan si suami sengaja ditarik ke pipi mulusnya.

Kereta yang disewa syaf dihentikan serta merta. Mujurlah tiada kereta lain di belakangnya. Jika tidak, mungkin nahas boleh berlaku. Dengan kereta sewa lagi. Biasalah kehadiran mereka ke pulau ketiga terindah di dunia itu tidak mungkin bersama kereta kesayangan syaf. Mahu tidak mahu dia tetap perlu menyewa kereta.

"Ee abang! Terkejutlah! Kenape berhenti mengejut?"

"Sayang.. abang janji. Walau apa pun yang jadi abang akan cuba sedaya upaya untuk bahagia kan tiah."

"Abang.. tiah akan bahagia asalkan abang sentiasa ada dekat tiah. Abang janji eh abang jangan tinggalkan tiah tau."

"Ye sayang. InsyaAllah. Abang nak nanti kita sama sama bersarkan anak yang comel comel. Abang janji abang akan ada dengan tiah masa perut sayang tengah mengemuk tu." Syaf kemudiannya sengaja mengembungkan pipinya.

"Ee abang! Jahat!"

"Ye sayang.. awak kena lahirkan baby yang cute tau untuk abang azankan nanti."

"Ye abang.. kita besarkan anak anak kita tu sama sama tau. Janji?"

"Janji." Seraya pipi kanan tiah dikucup perlahan oleh si suami.

"Ee abang! Malu lah. Kalau orang nampak macam mana?"

"Awak ni kan sayang. Banyak betul awak punya ee tu hari ni. Nak abang cium lagi eh." Senyuman gatal diberi khas buat si isteri. Siapa sangka syed syafiq. Seorang lelaki yang amat tegas di pejabat dengan bersarungkan uniform polis rupa rupanya seorang pencinta suci si isteri.

"Ya Allah gatalnya! Suami siapa ni? Tak malu ee.."

"Eh suami awaklah! Suami awak yang awak sayang sangat sampai taknak lepas semalam tu.."

"Abang! Ee dah la.." tiah membuat muka seakan ingin merajuk.

"Sayang.. sayang!" Baju si isteri ditarik manja.

"Ape abang ni!"

"Sayang.. tak baik tau tinggi suara dengan suami."

"Um.."

"Sayang.. awak mana boleh marah dekat abang. Awak tak kesian ke dekat abang ni? Kalau awak marah abang, nanti abang nak kawan dengan siapa? Kesiann abang.." syaf pula yang membuat muka merajuk kali ini.

"Abang.. ti.. tiah mintak maaf. Tiah tahu tiah salah. Ampunkan tiah eh.. tiah janji, tiah tak buat dah. Okay abang?"

"Yela yela.. abang mana boleh merajuk lama lama dengan sayang ni. Nanti rindu." Sekali lagi pipi tiah menjadi mangsa syaf. Mana tidaknya pipi si isteri yang dikatakan 'pau' benar benar mampu mencabar hati lelaki syaf.












Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang