"Haihh anak mak ni besungguh betul kan tonton drama cina tu. Best sangat ke?"
Shreett.. shreet..
"Best la mak." Balas Tiah pendek sambil mengelap hingus di hidungnya.
"So, apa yang jadi dah sekarang ni?"
"Jadi apa?"
"Apa yang jadi dengan cerita Tiah tonton tu lah. Hishh."
"Ohh. Emm emm.."
Kebetulan semasa Tiah sedang menangis mengenangkan nasibnya, part sedih dalam cerita ni muncul.
Dan saat itu juga Mak Kinah masuk untuk menjenguk Tiah.
Jadi Tiah terpaksa berpura pura sedih kerana menonton cerita itu. Sedangkan dia langsung tidak tahu menahu dengan episode itu.
"Kalau mak nak tau, mak tonton lah sendiri. Tiah tak tau la nak explain macam mana."
"Yelah yelah.. Tiah tengok lah cite tu sampai esok. Tapi jangan tak tidur pulak!"
"Yess boss"
Selepas itu Mak Kinah keluar dari wad Tiah dan duduk di kerusi luar.
"Macam mana lah aku nak cakap kat Tiah ni. Hmm.. Kalau lah dia tau yang aku tak ade duit sebenarnya nak bayar bil ni. Dah diorang pun satu kenapa nak bagi pesakit sorang satu bilik. Bagi jelah wad biasa macam dekat hospital kerajaan tu." Rungut Mak Kinah lagi.
"Hmm.. Tiah.. Tiah.. apa la nasib kamu nak. Mujur jugak la wad hospital mahal ni ade tv, boleh jugak kamu lepaskan tekanan. Mungkin dengan menonton tv kamu akan melupakan trauma kamu." Sejurus itu Mak Kinah tersenyum nipis.
"Mak.. mak.. tak de duit nak bayar bil?"
Monolog luaran Mak Kinah tadi didengari Tiah kerana dia cuba untuk keluar dan bertanya kepada Maknya berapa lama lagi dia harus menetap di hospital ini. Bosan duh!
Tetapi sebaik sahaja Tiah memulas tombol pintu dia mendengar kata kata Mak Kinah tadi.
"Ya Allah. Aku dah susah kan mak aku."
Pap pap pap..
Tiah menjenguk ke luar melalui cermin kaca ditengah tengah pintu.
Rupanya tapak kasut Mak Kinah yang berlalu pergi sambil memicit micit kepalanya.
"Aku.. aku kena pergi. Sekarang jugak. Aku kena tinggalkan hospital ini curi curi." Niat Tiah di dalam hati.
Baginya kalau dia keluar secara sembunyi, mungkin Mak Kinah boleh terlepas dari membayar bil. Tiah tersengih seperti kerang busuk di situ.
Tik tok tik tok tik..
Jam dinding wad mewah itu telah menunjukkan jam 11 45 malam. Mungkin inilah masanya untuk Tiah lari dari situ.
Semasa Tiah berlari bagai penyamun membawa lari hasil rompakan..
Bammm
Tiah terlanggar seorang jejaka.
Tanpa berlengah dia segera mengangkat muka dan melihat siapa lelaki itu.
"Aduhhh.. tak guna punya perempuan. Mata dia letak dekat lutut ke hapa?" Bebel Syaf di dalam hati.
"Lammakk.. kenapa aku langgar orang ni? Aduhh dah la nak cepat. Hishh mintak maaf jelah cepat settle cepat lari." Tiah segera bangun dan ingin mensegerakan niatnya.
Lelaki itu hanya memeluk tubuh di saat Tiah ingin bangun.
"Ehh! Kau ni buta ke apa hah? Suka suka hati je kau kan langgar langgar orang?"
"Ta.. tapi kan saya dah mintak maaf. Saya.."
"Hish! Blah lah kau! Kebetulan aku tengah busy ni so aku lepaskan kau. Kau just perlu harap yang aku takkan tengok muka kau lagi. Atau.."
"Aa..tau?"
"Atau.. aku akan pasti kan kau menyesal! Faham?!"
"Hish mamat ni. Sombong betul. Aku dah mintak maaf tu dah la." Bebel Tiah di dalam hati sambil membuat mimik muka menyampah.
"Ehh hello? Mak cik tua?"
"Hish dia ni dah kenapa? Siapa Mak cik tua? Ewwah sesedap je dia panggil aku mak cik tua!" Bentak hati Tiah.
"Ehh! Cantik sikit ehh bahasa. Plis lah siapa mak cik kau? Hah?"
"Ehh kau ni kan.. pekak ke? Aku tanya kau faham ke tak? Ni kau dah la tak jawab pastu bila aku cakap kau mak cik tua tak nak ngaku pulak!"
"Ehh suka hati aku la nak jawab ke tak! Kau sibuk sangat kenapa? And apa kena mengena mak cik tua dengan aku yang tak jawab soalan kau?"
"Ya Rabbi.. kau ni bukan setakat mak cik mak cik punya telinga rupanya.. haishh otak pun lembab macam siput jugakk!"
"Ehh!"
"Eyhh! Ape? Ape eyhh eyhh kau?"
"Hishhh kau ni kan..."
Ayat Tiah berhenti di situ. Pandangannya semakin lama semakin kabur. Kepalanya sakit bercampur pening. Damm.. penglihatannya gelap terus.
"Ehh ehh kenapa dia ni. Macam nak pitam je aku tengok."
"Eh ehh ehh.. Syaf segera menahan tubuh Tiah dengan lengannya agar Tiah tidak jatuh tersentak di lantai.
Dup dap dup dap dup..
Sebelah tangan Syaf memegang dadanya. Terasa bagai jantungnya ingin pecah. Laju sahaja jantungnya berdegup.
"Sekali imbas memang kau ni nampak macam perempuan separa lelaki. Lagak kau. Cakap kau. Ya Rabbi.. tak macam perempuan langsung. Tapi bila kau jatuh dalan pelukan aku ni.. kau nampak cantik sangat sebenarnya.. Astagfirullahaladzim. Syaf wake up!"
Dia segera mendukung Tiah ke wad suitnya yang jauh lebih mahal daripada wad wad biasa yang lain.
"Wait wait wait.. Syaf? Who's this girl? Kenapa dia.."
"Shhtttt.. mommy diam kejap boleh tak?"
Selesai Syaf meletakkan Tiah lembut di atas katilnya, dia kembali kepada Puan Sri.
"Yes mommy? What you said before?"
"Tuu.. siapa?" Tambah Puan Sri sambil memuncungkan mulutnya ke arah Tiah.

YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...