Segera tiah meminta diri daripada si ibu untuk mendapatkan salina.
"So, how is it?"
Sal menundukkan wajah. Dan tiah dapat membaca keputusan makmal melalui tingkah laku salina tanpa perlu membaca surat dari makmal.
"Ya allah. Kesiannya mak cik tu. Dah la dia sendiri pun nampak macam dah tak larat. Ni kan pulak.. allahu.. kos rawatan sekarang ni pulak.. hm.."
"Biasa lah doc.."
"Biasa? Macam mana kita nak cakap dekat mak cik tu. Awak sendiri tengok lah betapa dia mengharap yang anak dia sembuh. Sedangkan anak dia masih pengsan dan tak sedarkan diri."
"Doctor, ni kan tugas kita. Doctor ni dari dulu sampai sekarang. Masih tak sampai hati dengan keluarga pesakit."
"Saya tahu.. tapi.."
"Dah la doctor.. sekarang ni kalau doctor nak, saya boleh tolong cakap dengan mak cik tu."
"Awak tahu ka nak cakap apa dengan dia? Saya rasa ni first time kes jantung tersumbat awak. Betul?"
"Um.. ye jugak kan.."
"Sokay.. i can do this. I must." Senyuman nipis diberikan sebelum tiah melangkah ke arah si ibu pula.
"Mak cik?"
"Oh.. doctor.. jadi.. macam.. macam mana? Dengan anak saya doctor.. anak saya sihat kann.." senyuman penuh harapan diberikan.
"Macam ni lah mak cik, kami sarankan anak mak cik ni menjalankan pembedahan aniogram."
"Hah? An? Gram? Apa?"
" Angiogram koronari merupakan ujian x-ray salur darah jantung. Di mana suatu tiub kecil akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Kami para doktor akan dapat mengenalpasti sama ada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung anak mak cik atau pun tak. Sekiranya angiogram adalah normal, prosedur akan dihentikan dan anak mak cik akan dihantar pulang ke wad. Sekiranya sumbatan dikenalpasti dan sesuai, prosedur angioplasti akan dijalankan. Dan jika terdapat beberapa sumbatan pada salur darah jantung yang berlainan dan tidak sesuai untuk angioplasti, kami akan menghentikan prosedur dan berbincang dengan mak cik rancangan perawatan seperti pembedahan pintasan jantung, ubat-ubatan dan rawatan ‘shockwave’.
Walaupun si ibu mendengar syarahan tiah dengan teliti, namun tiada satu pun yang difahami nya. Malah si ibu membuat muka blurr tanda tidak faham.
"Macam ni lah mak cik, kami pasti akan buat yang terbaik untuk bantu anak mak cik. Bawak bawak bersabar dan doa lah banyak banyak. Okay mak cik? Apa apa pun saya pergi dulu. Kami masih ada banyak persediaan yang perlu dilakukan."
Senyuman sehabis ikhlas diberikan sebelum tiah sekali lagi meninggalkan si ibu.
YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...