"Awak?"
Tiah terkejut. Bukan dengan panggilan itu. Namun dengan suara itu. Suara yang sangat dia cintai suatu ketika dahulu.
7 tahun yang lalu..
"Awak.."
"Ya?"
"Awakkkkk.."
"Ya awak.. kenapa?"
"Ee.. awakkk..."
"ya awak.. awak ni kenapa? Cuba cakap."
"Awak." Kali ini suara Tiah direndahkan. Muka nya menunduk.
Sepantas mungkin Syaf mengangkat wajah itu. Ditatap lama. Suka. Cinta. Dan pastinya sayang yang terlalu mendalam pada pemilik wajah. Penerang hati. Penyejuk jiwa. Penenang minda.
"Sayang.. kenapa ni? Hah? Cuba cakap. Bagi tahu saya. Please.. tell me. Why?"
"I miss your voice. Whenever you call me sayang." Sekali lagi Tiah menundukkan wajah. Sengaja ingin melihat dan mengusik telatah si jejaka pengarang jantung hati.
Syaf tertawa. Besar tawanya. Suka hatinya. Geli jiwanya bagai sedang dicuit.
Berbeza dengan si gadis. Tiah nemerut kan muka. Geram dengan reaksi Syaf, Tiah bingkas bangun dan ingin melangkah pergi. Sayangnya langkah itu terhenti. Terhenti kerana ada satu pengikat yang telah menarik tangannya manja.
"Awak.. awak tahu kan saya sayang awak. Sayang sangat sangat. So, kalau awak rindu suara saya, cakap laa. Anything for you sayang." Sengaja Syaf mengerdipkan sebelah mata nya demi menggugat hati si gadis.
"Awak.. kalau macam tu kan.. awak lama dah tau sebenarnya tak nyanyi dekat saya. Saya ni kan peminat number satu suara awak. Tapi sekarang..." sengaja Tiah tidak menghabiskan ayat nya.
Bimbang Tiah akan bermuram wajah lagi Syaf mengikutkan saja kehendak gadis pujaan hatinya.
Di manakah bunga impianku
Haruskah ku tunggu
Hingga dikau layu
Alunan suara mu memanggil
Ingin ku mencapai tercarik duriOh! Bulan berikan cahaya
Agar terang malam tatkala ku rindu
Oh! Bulan lihatlah hamba
Yang hidup sendiri di dalam sepiOh! Bulan berikan cahaya
Terangilah jalan yang aku lalui
Oh! Bulan lihatlah hamba
Ingin ku sentuhi wajah mu kasihDi manakah bunga impianku
Haruskah ku tunggu
Hingga dikau layu
Alunan suara mu memanggil
Ingin ku mencapai tercarik duriOh! Bulan berikan cahaya
Agar terang malam tatkala ku rindu
Oh! Bulan lihatlah hamba
Yang hidup sendiri di dalam sepiSengaja Syaf memilih lagu daripada penyanyi terkenal yang sangat Tiah gemari. Sedang Tiah pula, pasti lah dia suka. Lagu kegemarannya dialunkan bersama pemilik suara yang tercinta.
Hari hari yang Tiah lalui selalu teringatkan pada suara itu. Kadang kala apabila lagu itu dimainkan di radio klasik, tidak pernah sekali pun Tiah mendengar nya lagi. Bagi Tiah, biarlah kali terakhir dendangan lagu itu masuk ke telinga nya ialah suara seorang insan yang terlalu diharapkan agar kembali menyinari hidupnya.
"Awak? Awak? Awak!"
Lantunan suara Syaf yang agak meninggi mengembalikan Tiah ke alam nyata. Secara tiba tiba bebola matanya berkaca. Segera juga di lap menggunakan jari jemari halus nya agar tidak siapa yang sempat perasan akan kehadiran cecair tidak bewarna di tubir mata nya.
"Awak.." Syaf sekali lagi cuba memanggil Tiah dari belakang. Ingin sekali rasa nya untuk menghadap ke wajah manis itu sekali lagi. Namun takut. Perasaan takut menghantui dirinya. Takut takut bahawa dia salah orang. Takut bahawa pernampakkan wajah iras iras Tiah itu hanya lah sekadar mainan minda nya.
YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...